21 : Keychain Bunga Matahari

46 8 0
                                    



Duak puloh satu



"Untuk program akan datang ni, Biro Majlis akan mainkan peranan utama. Tugas kita pulak pastikan program tu berjalan lancar. So kena lantik AJK yang terlibat la dulu." Alif Lam pandang setiap muka antara kami, tak ubah macam jeneral perang yang nak pastikan anak buah dia dengar arahan dia.

"Okey." Aku catat dengan tulisan comot perkara yang Alif kata. "Jadi kita kena contact dengan Biro Majlis ni. AJK pula macam mana? Semua ambik dari Biro Majlis ke atau siapa-siapa je boleh?"

"Siapa-siapa. Asalkan Biro Majlis ada at least tiga orang la."

"Okey." Aku sambung mencatat lagi.

"Kita lantik ke atau Biro Majlis sendiri?" Sufian yang duduk di sebelah Alif Lam mencelah. Jawapan Alif Lam kepada soalan tu hanya kedengaran samar-samar di telinga aku. Ada benda yang lagi menarik perhatian aku membuatkan kepala aku terdongak ke atas. Memandang tangga di blok depan aku.

Aku tahulah kitaorang AJK tertinggi bersidang masa tengah rehat ni diaorang nak naik remos. Sebab tak ada pengawas jaga kat sana ya? Tapi janganlah nampak kantoi sangat.

Geng budak 3KAA lah tu! Diaorang buat apa berdiri kat tangga tu? Masa rehat ni mana boleh pelajar kat atas. Aku tak nampak Rafiq, yang ada cuma Idna dan Mahzul. Aku tengok diaorang, diaorang tengok aku. Ah ingat ni Program Mencari Cinta ke main bertentang mata macam ni?

Aku tinggikan tangan kanan. Jari telunjuk kanan diangkat dan diturunkan dua kali. Isyarat suruh diaorang turun bawah. Tapi diaorang ni patung ke apa. Tak peduli langsung arahan aku. Siap sengih-sengih lagi.

Arghh! Tak boleh jadi ni! Aku buat lagi benda sama. Kali ni muka segarang harimau ditayangkan.

"Turun!" Aku separuh menjerit.

Irdina, Alif Lam dan Sufian terkejut dengar aku tiba-tiba menjerit. Automatik kepala Sufian dan Alif menoleh ke belakang, manakala kepala Irdina mendongak.

"Tu bukan adik Hanie ke?" Soalan Irdina buat kami terkejut.

"Hani? Hanie ada adik?" Sufian berkerut dahi. Yelah... aku ingatkan Hani bongsu.

"Ha'ah. Ada. Hari tu aku nampak Hanie dengan adik dia. Tapi tak ingat dah. Tapi macam budak tu."

Hm? Yang mana satu. Aku terkebil-kebil untuk dua saat. Idna ke Mahzul?

"Eh suruh diaorang turun." Aku minta sama ada Alif atau Sufian paksa dua 'ekor' homo sapiens tu turun. Aih diaorang ni, memang ada aje buat hal. Tak pernah nak serik ke?

"Kak Ainiy." Satu suara yang aku rasa aku kenal memanggil. Kepala dengan beratnya menoleh belakang. Pleaselah... janganlah tekaan aku ni betul-betul bahawa budak yang seorang tu yang...

Aaa! Kepala ikan sardin betul!!! Kan betul aku teka Rafiq yang tegur aku! Dia bergerak ke sebelah aku. Di tangannya ada sebuah plastik hitam kecil. Aku menggeruk wajah. Nak buat muka marah pun ada.

Rafiq tersengih dengan muka dia yang sangat aku alergik tu. Dia memasukkan tangan kanan ke dalam plastik yang dia bawa lalu mengeluarkan sesuatu. Dia meletakkan sesuatu di atas meja. Tapi tangan dia masih menutup sesuatu tu sampai aku tak dapat nampak dan teka langsung apa benda tu.

Tumpuan Irdina, Alif dan Sufian pada budak dua orang kat tangga tadi terus teralih ke Rafiq. Wah... baguslah engkau ni Rafiq. Found good timing to make fool of me, huh?

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now