12 : Taman Herba

60 11 4
                                    



Duak belas



Tengah aku menepis lalat yang terbang dari tong sampah berdekatan, aku tertepis juga sesuatu. Sesuatu tu terjatuh dari meja. Aku ambil 'sesuatu' tu dan secara automatik ia mengingatkan aku tentang Mahzul, Idna dan Rafiq.

Surat Mahzul beri dan dikirim oleh Idna dan Rafiq. Huh, surat apa kalau isi dia kosong? Tak semena-mena membuatkan aku terfikir.

Ada logik ke orang confess suka kat kita lepas tu beberapa hari kemudian, dia nak pindah? Kenal lagi aku tak, macam mana aku nak tahu dia tu siapa?

Eh!

Aku tengah risau ke sekarang? Eh tak tak. Aku tak risau. Aku tak nak telan kepala lutut aku.

Ahh kenapalah aku percaya kata budak Rafiq tu. Dia mesti prank lagi kali ni. Tahulah rupa dia baik bak baby baru lahir, tapi ia tak menjamin dia takkan kelentong aku.

Okey, Ainiy. Keep focus on for your exam things right now. Hal anak-anak bawah umur sila campak ke laut. Aku tepuk kedua-dua pipi aku. Yosh!

Pada pukul 2 lebih petang ni selalunya kelas aku ada kelas tambahan. Tapi cikgu cancel tiba-tiba. Jadi aku ambil peluang ni untuk buat ulang kaji Math dengan Dhia kat pondok kecil berdekatan taman herba.

Banyak-banyak pondok kecik kat sini, saja Dhia pilih pondok yang paling hujung. Sebabnya aku pun tak tahu.

"Dia camni tau. Orang lalu lalang boleh dia buat tak kisah. Hai, ni aku geram ni."

Lamunan aku terhenti. Dhia, kawan yang suka membawang (dan juga suka usyar tengok lelaki) nampaknya masih merungut dengan perkara pagi tadi.

Cerita dia macam ni. Masa rehat tadi, dia guna satu jalan ni nak ke kantin. Tapi tiba-tiba ada sekumpulan budak lelaki lepak kat jalan tu.

Masalahnya tu memang jadi laluan orang ke kantin. Yang diaorang ikut kaki diaorang melepak kat sana dah kenapa. Halang laluan. Nasib baik aku tak pergi kantin hari ni.

Dhia masih mengerut dahi, kening dia bertaut. Dah marah sangatlah tu.

"Weh, sabar weh. Sabaaar. Sabar itu sebahagian dari iman. Kau marah camni buat aku seram je." Aku tepuk paha dia sambil ketawa. "By the way, yang BI kerja kau tadi dah siap?"

Terus muka Dhia berubah jadi muka terkejut beruk.

"Weh lupa aku weh. Yang BI tu buat ms mana tadi? Semua salah budak-budak tak bertamadun tadi. Kau pun sekarang baru nak ingat. Aku ingat nak go through terus dengan Math tadi." Gelabah Dhia selongkar isi pencil case dia. "Pen biru aku tadi mana? Ai semua jadi kecoh. Ni sebab kau punya hal la."

Laa menda? Aku jugak yang dipersalahkan. Nasib baiklah cikgu BI aku ngan cikgu BI dia tak sama.

"Pen ni?" Aku hulurkan sebatang pen yang dari tadi sebelah buku teks aku je. Dhia tersenyum lebar bila nampak pen tu lalu dia angguk kepala style burung belatuk. Pen itu diambil daripada aku.

"Jahatnya kamu ni! Kesian Mummy nak buat kerja tapi tak dapat sebab kamu hilang." Dia peluk-peluk pen tu macam seorang mak tengah peluk anak dia. Aku yang tengok ni pun macam... alaa dah biasa. Dhia dengan 'perangai' dia tu berpisah tiada.

Tiba-tiba Dhia jeling aku tajam setaraf pedang samurai.

"Apa tengok-tengok? Sambunglah buat kerja." Dia turunkan balik pen.

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now