19 : Balik Kampung

52 10 2
                                    



Semilan belas


Ibu jari menarik di sudut atas sekali skrin telefon. Tempat terpaparnya pelbagai ikon yang biasa dalam suatu telefon pintar macam screenshot, lock screen, wifi dan banyak lagi. Ikon mobile data ditekan dan simbol tiga bar muncul di skrin paling atas. Setelah itu, skrin itu ditolak balik ke atas. Terpapar lock screen dengan wallpaper gambar keluarga masa raya. Ibu jari segera swipe ke atas untuk unlock skrin tersebut. Muncullah pelbagai aplikasi di medium home. Ikon Instalgram ditekan.

Sementara dalam perjalanan ke kampung, layan Ir kejap. Ni je peluang aku nak layan internet. Sampai kampung nanti kerja 'layan' pacat je. Internet pastilah takdak.

Azzubair tu mesti ada. Cun jugaklah masa dia cuti kitaorang balik kampung. Hm. Nanti panjang dan gemuk je akal dia kenakan aku. Tunggulah. Aku ada rancangan cukup bagus kalau dia kacau aku. Plan yang melibatkan kak Azzabirah sekali. Heheh.

Sambung ke Instalgram, aku tekan story Ziani yang ikon profilnya ada kat sebelah ikon profil aku je. Story Ziani yang memaparkan quotes tentang taqwa menyapa pandangan. Uish. Termasuk yang ni, dah dua kali aku tersentap disebabkan story dia. Simbol love di sudut kanan bawah sekali ditekan.

Sesudah habis story Ziani, story following aku yang lain pula muncul silih berganti. Tiba ke story orang yang tak tutup aurat, aku reply.

Ermm... maaf awak. Lengan kawan awak nampak sikit... ^^"

Hm, malas nak tengok story lagi. Balik dari tempat pm, aku terus ke feed home. Aku swipe swipe sambil mata perhatikan post post yang ada. Kalau post tu menarik perhatian dan bermanfaat, aku like. Kalau ada gambar tak tutup aurat, aku tak like. Sebab bila like gambar orang tak tutup aurat, kita pun dapat saham dosa. Kira macam kita sokong dia yang tak pakai tudung ke, kain belah tepi ke, seluar atas lutut dan apa lagilah.

Tiba pula ke suggestion people. Macam biasa, aku gerakkan jari dari kanan ke kiri. Mencari kalau ada orang yang aku kenal, aku follow.

-profile picture stick man-

idnanas
Nas

Eh... macam kenal. Jap aku cuba teka. Ni Idna Hensem kan?

Sengih meniti di bibir. Heh, nama dialah paling senang aku nak ingat. Jarang sungguh orang yang ada nama Hensem. Aku agaklah, adik-beradik dia yang perempuan mesti ada yang bernama Cantik. Kalau tak pun Anggun.

Aku tekan profil dia.

-profile picture stick man-

idnanas
Nas
:3

Follow

0                87                  123

posts    followers   following

followed by adakukesah

This account is private. Follow to view the posts.

Idnanas? Eh kenapa tak nak letak username idnahensem je? Barulah padan dengan nama dia. Ni tak, idnanas? Berangan nak jadi nanas ye tak?

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now