20 : Mentor Mentee Add Maths

58 10 8
                                    



Duak puloh



Pagi masih muda. Jam di atas papan baru menunjukkan pukul 6:15 pagi. Sementara menunggu pukul 7 pagi, aku mengisi masa dengan menyapu kelas. Siapkan tugas awal-awal baru tak lupa. Haa...

"Penatnya... Kalau buat semalam tak boleh ke?" Terdengar suara Iyad mengomel perlahan sambil kepala dilapik dengan tangan di atas meja.

Hm? Apa yang semalamnya?

Aku ingat nak tanya Iyad tapi tak jadi. Takut kena palau. Dia nampak macam penat sangat tu. Aku teruskan saja kerja menyapu sehinggalah classmate aku ramai sikit dah sampai.

Tepat pukul 7:10 pagi, Cikgu Zuhardi masuk. Macam biasa, kami beri salam dan baca doa apa semua sambil berdiri.

"Okey, duduk semua." Cikgu memberi arahan. Kami pun duduk.

"Buat pengetahuan semua, ni dah minggu kedua selepas peperiksaan diagnostik kamu. Alhamdulillah, semua guru dah habis semak. Kami saja buat surprise tak beritahu kamu kami dah habis semak. Oleh itu, sila tengok bawah meja kamu sekarang."

Bawah meja?! Ada apaa??

Terus aku rendahkan kepala nak jenguk bawah meja. Dan alangkah terkejutnya aku, terdapat sehelai kertas putih yang kosong kat bawah tu.

"Oohh jangan terkejut. Itu bukan kertas kosong. Cuba kamu terbalikkan kertas tu." Sambung cikgu lagi.

Aku ambil kertas tu dan terbalikkan dia. Terus aku terkaku.

"Ya, itulah keputusan peperiksaan kamu."

Satu kelas menjadi sepi.

"Apa-apa pun keputusan kamu, terimalah seadanya. Muhasabah diri kalau kamu rasa itu belum cukup lagi. Ingat, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Kamu masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan kamu. Selepas ini, cikgu-cikgu kamu akan mula edar kertas ujian mengikut subjek.

Ambil iktibar dari ujian ini untuk buat yang lebih baik untuk ujian akan datang.

Saya sentiasa buka peluang pada kamu sekiranya kamu ada apa-apa soalan. Dan sentiasa juga mendoakan kejayaan kamu semua. Jangan mudah mengalah, ya?"

🫧

"Kalau nak tahu akulah yang letak semua laporan exam ni kat meja takrang. Cikgu Zuhardi suruh. Beliau denda aku terlanggar dia pagi tadi." Bisingnya suara Iyad sampai dapat didengari dari tempat duduk aku.

Oh, sebab tu ke dia kata dia penat pagi tadi? Masa aku masuk kelas, memang muka dia paling awal aku nampak. Aku orang kedua yang datang awal. Lepas masuk kelas, aku letak beg dan terus keluar kelas. Tak elok la berdua dengan lelaki dalam kelas.

"Serius ah... Kau? Datang awal? Eh tak pernah dibuat cerita kau datang awal. Kenapa tiba-tiba hari ni? Mimpi apa malam tadi?" Alif Samsudin galak mengusik.

Err... malaslah aku peduli dengan perbualan diaorang ni. Aku kembali pandang kertas result exam aku hari tu. Maths, 68. Alhamdulillah. Subjek Sains lain 50 ke atas... paling tinggi pun Fizik, 59. Dan Add Maths...

40. Atas pagar.

"Wah gila weh kau punya Add Maths!!"

Kecoh suara Bio di tengah kelas. Aku angkat muka dan nampak Bio, Zik, Kim berkumpul di meja Adma.

"Berapa weh?" Iyad jerit kuat dari belakang.

"Add Math dia 85! Bapoook!" Zik membalas.

"Math dia A+ tak guna!" Bio menyambung sambil menyiku Kim.

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now