15 : Calon Pengawas

64 10 14
                                    



Limak belas


"OK. Siapa nak ambik subtopik apa bagitahu cepat." Bio selaku orang bawahan memberi arahan. Adma, si ketua kumpulan pula sedang duduk cool sambil pandang kami. Err... tugas diaorang macam terbalik je?

"Aku ambik 4.1" Felicia menjadi orang pertama.

"Err... ana pulak 4.2." Farhana si pemalu mengangkat tangan kanan.

"Kalau macam tu, aku ambik 4.5" Aku pandang Bio si orang bawahan supaya dia confirmkan although-

"Eh aku chop dulu 4.5! Kau ambiklah 4.3."

"Bila masa? Kau tak ada kata apa-apa pun tadi?" Aku mengerut muka seribu. 4.5 tu subtopik favourite aku sebab ada Rosli Dhoby. Dia yang tak chop awal-awal, senang-senang je nak rampas subtopik aku ikut kepala dia? Ada ke patut?

"Ada ke tak ada tapi aku chop 4.5." Basyar masih berdegil. Aduh, liat rupanya classmate aku yang seorang ni. Geram pulak!

"Aku dulu kata tadi. Kau tak kata apa-apa pun masa mula-mula?"

"Ada. Kau je tak dengar."

"Bila masa? Bukti? Bukti? Prove me right now."

"Tak ada tak ada. 4.5 aku punya. Kauorang ambik topik lain."

Aku dan Basyar yang bergaduh sakan tadi terus terhenti dan kami sama-sama menoleh ke tuan punya suara yang tiba-tiba menyampuk.

"Kenapa kau pulak?" Basyar tayang muka menyampah tahap laut ketujuh.

"Sebab aku ketua."

Ceh. Apa pulak macam ni? Mana adil! 

"Tapi aku dulu kata 4.5 tadi. Basyar beritahu selepas aku kata, so tak kiralah dia punya tu." Buat bazir air liur aku je bagitahu aku nak 4.5 tadi, tapi alih-alih si Adma pulak yang ambil.

"Call me Bio. Takyah Basyar. Basyar is only for my nenek."

Aku pandang hambar Bio. Tak ada orang tanya, OK?

"No. Muktamad. Kauorang gaduh sebab hal ni. Aku sebagai ketua kena hentikan kauorang. So as the solution, let me pock 4.5. Both of you please pick another subtopics."

Adma besarkan mata dia macam cikgu garang selalu buat. Aku tak jadi nak menjawab sebab aku takut habis tengok muka dia sekarang.

Rasa macam... aura cikgu disiplin tengah menyelubungi aku...

"Tolonglah aku, Adma. Aku nak sangat 4.5 tu. Aku kan kawan kau? Tolonglah, Ma." Tak serik lagi ke Bio ni? Kan Adma dah muktamadkan keputusan tadi.

"Tak boleh."

"Please, Adma. Kita kan kawan?"

"No."

"Ah kau ni." Bio bunyi macam dah putus asa. "Kau tolong perempuan boleh. Tapi aku yang kawan kau ni, kau tak tolong. Why?"

Kali ni Adma tak membalas apa-apa.

"Aku kawan kau, kan? Tolonglah aku, Adma. Kali ni je. Kawan kan? Kan?" Bio nampaknya masih berusaha.

Dalam dua saat, Adma yang tadinya memandang tempat lain lalu memalingkan wajahnya menghadap Bio. "Tapi aku nak tanya kau satu soalan."

"Apa?"

"Kau ni... pergunakan kawan je ke?"

Pfft! Aku lekas menutup mulut menahan diri dari ketawa. Soalan tak terfikir dek akal!

Bio aku lihat terkaku. Tiba-tiba dia menarik sengih sehingga ke pipi. Adma pula tersenyum kecil.

Ketawa Adma dan Bio pecah serentak dan ia membingitkan suasana dalam kumpulan kami. Eh... boleh pula diaorang ketawa? Aku pun tak fasal-fasal ketawa juga jadinya.

Aih, hahahah! Kadang-kadang aku tak faham dengan lelaki ni. Macam manalah diaorang masih boleh ketawa dalam hal macam ni? Ni kalau perempuan yang kena soalan Adma tu (terutamanya aku), memang dah kecik hati seminggu tak datang sekolah.

Hmm... yang tahu je tahu macam mana perempuan kan?

Tok tok tok!

Ketawa dua ekor kera tu berhenti apabila ada seseorang mengetuk pintu kelas kami. Oh, junior perempuan tingkatan 3 tak silap dia ni. Rupa macam dialah, sebab aku selalu terserempak dengan junior-junior masa rehat je. Jadi tak hairan la kalau aku tak kenal sangat diaorang.

"Assalamualaikuumm... maaf mengganggu. Cikgu, saya nak panggil beberapa orang dari kelas ni."

"Wa'alaikumussalam, panggillah." Guru Sejarah aku menyahut dari tempat duduknya.

Pelajar form 3 tu pandang sticky note di tangan dia. "Cikgu panggil Ad... Adam Muammar Nurathir, Ainiy Nadia, Eizwan, Felicia, bla bla bla."

Bio terus menyiku lengan Adma sambil tersengih. "Weh, kau kena panggillah. Hahh habis kau, mesti ada buat masalah ni."

"Ok." Adma angkat dari kerusi tanpa mempedulikan Bio, semacamnya Bio itu kulit pisang di tepi jalan. Dia toleh ke aku yang tengah duduk dan beri isyarat mata bagaikan nak cakap 'cepat berdirilah, pandai.'

Aku telan air liur. Aku kena panggil? Why? Aku ada buat masalah ke nama kena panggil ni?

Ah, sudah. Overthinking lagi.

Nak tak nak, aku berdiri juga. Dengan langkah yang teragak-agak, aku berjalan di belakang Adma dan rakan-rakan lain pergi ke junior form 3 itu. Melihat wajah junior tu membuatkan jantung aku berdegup laju macam orang tengah rap lagu.

Kami lalu keluar dari kelas dan berkumpul di koridor berdekatan pintu kelas.

"Kenapa, dik?" Felicia pertama menyoal.

"Okey, dengar ni. First of all, congratulations sebab sah dan disahkan abang-abang dan kakak-kakak semua jadi pengawas. Tinggal mas kahwin... eh silap mas pengawas tiada diberi. Esok hari masa rehat, Cikgu Elyas minta berjumpa di bilik akses sebab ada sedikit taklimat."

"Oh, seriuslah dik? Wow!! Thanks thanks!" Eizwan menjerit teruja sambil senyum nampak gigi. Kami serentak menoleh kepala ke dia.

Krik krik...

Eizwan mula mengecilkan saiz senyuman dia. Kami semua kembali pandang adik junior.

"Ha'ah. Jadi ingat isok ya. Okey tu je." Selepas junior tu mengucap terima kasih pada guru kami, dia lalu berlalu pergi ke kelas sebelah. Mungkin nak maklumkan hal sama juga pada mereka.

Aku... aku jadi pengawas? Alhamdulillah. Merasalah aku pakai tudung berwarna selepas ni. Setelah tiga tahun aku ikat perut macam kerengga sebab nak turunkan berat badan...

"Ainiy! Tak nak masuk ke?"

Oh mak terkejut aku! Lamunan aku terhenti. Bila aku menoleh ke punca suara, oh, Adma rupanya yang panggil. Aku tengok sekeliling. Patutlah dia panggil. Aku masih di luar kelas rupanya.

Aku main dengan jari sendiri sambil kaki melangkah masuk ke kelas. Sengihan di wajah ditahan-tahan daripada ditarik lebar.

Eheh, excited sangat. Sampai tak sedar rupanya aku sedang mengelamun. Patutlah dulu pernah masa aku tengah berfikir, alih-alih tiba-tiba aku berdiri kat depan tandas lelaki pula.

Adeh... apalah aku ni!



Sifat Bio tak pernah habis-habis kan. 😌

Sifat Adma pula kadang-kadang membuli, HAHAHAHA!

Jangan nangis ya peminat Adma. 😍😘

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now