54 : The Sketches

32 6 3
                                    



Limak puloh empat




Ma shaa Allah... Siapa mengaji ni? Merdu betul. Taranum dia tajwid dia semua lancar. Tenang je bila dengar.

Setiap kalimah yang disebut lancar masuk ke telinga. Serius buatkan aku tertanya-tanya dan curious habis. Siapa yang ngaji ni?

Ma shaa Allah.

Aku tanpa buang masa terus berjalan ke lobi 2, tempat loker. Aku cuba intai-intai sikit di bahagian depan sekali saf di sebalik tangga. Tch, aish... tapi tak nampak lah.

Aku rasa kena gerak depan sikit baru nampak ni. Tapi aku tak berani nak ke depan sikit, sebab once aku buat macam tu boleh kantoi nanti.

"KAK AINIY!"

"Wah mak kau terbang!!" Tanpa dapat diimbang, kaki aku terlajak ke depan. Nyaris jatuh wei! Aku toleh kepala ke kiri. Haila budak ni pun...

"Kalau awak tegur akak sekali pun, tegur baik-baik anak." Aku menghela nafas panjang sambil merenung Myra.

"Hehehe, sorry. Akak ushar siapa tu?" Myra menoleh ke arah saf lelaki.

"Ushar? Apa awak merepek ni." Cover... cover... Macam mana dia tahu? Dia perhatikan aku ke dari tadi.

Myra mengalihkan kepala menghadap aku balik. "Yang baca tu suara dia sedap kan, kak. Bang Ilyas tu."

Eh... macam tahu-tahu je budak ni. Aku telan liur, gugup.

Jap... Ilyas? Ilyas 5KAA tu? Ish... tak pernah aku expect dia dapat baca cantik sangat macam tu. Serius hampir sebijik dah macam orang baca kat TV tu. Eh, jaga telinga Niy. Cepat-cepat aku mengusir perasaan dulu sebelum dia datang balik.

Aku menapak beberapa langkah ke belakang. Bila dah tahu siapa yang baca, tak perlu la aku nak usyar lagi tengok. "Eh, akak! Akak nak ke mana?"

"Pondok! Akak kena check attendance pengawas!" Aku berjalan melepasi Lobi 2. Lupa aku yang Alif tak hadir hari ni jadi aku ganti dia supervise group dia ambik nama pagi ni. Myra aku tinggalkan macam tu je tanpa melihat reaksi wajahnya. Aku agak dia keliru kut.

Rasa nak tercabut jantung aku bila dia bagitahu mamat mana yang baca Yassin tadi. Macam tahu-tahu je apa aku cari. Budak ni telepati macam Aniya ke apa. Hm... Apa-apalah. Yang penting dia tak syak lagi sekali yang aku suka Adma.

🫧

Aku baru habis lepas mengasah pensel di tong sampah luar kelas. Iyad kata letak luar sebagai 'cara' untuk usyar cikgu tanpa orang syak. Yelah, students nowadays kan bila cikgu lambat masuk, dia orang paling suka nk terusyar-usyar cikgu kat pintu.

Kalau nasib baik, cikgu tak ada kat luar masa kita usyar dia. Tak pun cikgu on the way tapi tak nampak kita kat sebalik pintu. Kalau nasib buruk, jenguklah sekejap kepala kau kat pintu tup tup cikgu muncul kat belakang kau. Pernah sekali terjadi macam tu. Mana kawan aku yang usyar tengok depan tu nak perasan sebab rupa-rupanya cikgu muncul dari belakang.

Saat aku nak balik ke meja aku, tiba-tiba cikgu di depan kelas panggil. Aku berjalan guna laluan lain (which is bukan laluan yang aku pakai untuk pergi ke tong sampah tadi) untuk pergi ke meja guru. Dan rezeki aku tempat duduk Adma ada dalam lingkungan jalan yang aku guna.

Semasa kaki menapak di sebelah meja dia, kebetulan ada sehelai kertas jatuh di depan aku. Adma rupa nak ambik kertas tu, tapi disebabkan kertas tu paling dekat dengan aku berbanding dia, aku offer nak tolong.

"Takpe ni aku tolong." Aku duduk mencangkung sesaat dan memungut kertas tu. Mata tertancap pada sesuatu yang ada pada kertas tu.

Sketches... A girl... Mask...

Kelu. Bisu. Kaku. Speechless.

Dunia terasa terhenti untuk beberapa ketika.

Betul ke apa yang aku nampak ni?

"Ainiy?" Suara Adma yang menusuk telinga menyedarkan aku. Aku berdiri semula dan cepat-cepat menyerahkan kertas tu pada dia.

"Thanks."

Senyum plastik ditayang. Aku tak sanggup nak balas 'sama-sama' seperti kebiasaan. Aku terus beredar pergi dari meja dia. Tak sanggup nak tengok muka dia sekarang...

Ah, hati... ni bukan masa yang sesuai...


maaf sebab lambat habis nak update. baru lepas habis exam 😫

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now