28 : Hari Keempat

33 8 1
                                    



Duak puloh lapan



Termasuk hari Rabu ni, dah empat hari Adma tak datang sekolah sejak dia terima kertas Add Maths pada Khamis minggu lepas. Kenapa eh?

"Aku mesej dia, dia seen je." Bio menongkat kepala. Pandangan menala ke papan putih di depan.

"Ye? Aku ingat aku sorang je kena." Zik memuncung bibir, sambil tangan kanan buat spinning pen.

"Aku rasa memang betullah dia ada problem." Kim tak mengangkat wajah dari modul SPM Kimia.

"Hari tu ajak buat volcano dalam makmal pun dia tak nak ikut." Zik menemukan mata pen ke atas buku latihan Bio dan dicoret contengan ikut suka hati dia macam dia tu budak tadika. Dengan subjek yang dia alergik, boleh la dibuat macam tu. Cuba kalau buat kat Fizik. Memang haram terus contengan tak berkaitan dekat nota Fizik dia tu.

Bio angkat dari kerusi dan lempang bahu Zik. "Diam! Nak rasa humerus kau patah? Yang kau sibuk ajak dia apahal?"

"Hah? Korang nak pecah masuk lab lagi ke?" Kim mengangkat muka dari soalan persamaan kimia. Zik dan Bio dipandang silih berganti.

"Eh shh shh shhhhhhh!" Bio menekup mulut Kim.

Eh eh jap... Entah-entah makmal tutup dua minggu hari tu sebab diaorang ni? Ada something meletup kut dalam tu.

Aku menurunkan tangan yang dari tadi menongkat kepala memandang diaorang. Pandangan dibuang ke luar tingkap.

Kalau dengar perbualan diaorang ni, aku rasa diaorang mention Adma. Aku ingat aku seorang je perasan. Tapi ye, betullah kata diaorang. Adma macam semakin menghilang diri. Orang mention dia dalam group kelas tanya tentang Add Maths pun dia tak balas. Kalau harapkan Akmarizal lagilah. Dia acting macam dia tak wujud langsung dalam group tu. Hm... orang pandai kalau dah sombong macam tulah... Na'udzubillah. Semoga dia berubah suatu hari nanti...

Aku ada jugak hantar message kat group tu. Bila aku check siapa seen message aku, Adma tak seen pun. Macam dia tak buka langsung group tu. WhatsUp pun aku tak tahu dia bukak ke tak sebab dia tutup last seen.

Dia macam teramat terlalu terlampau sedih je... Hmm...

"Cikgu datang cikgu datanggg!!" Iyad yang baru masuk dalam kelas terus menjerit. Kelam-kalibut kawan-kawan aku pergi tempat duduk masing-masing. Cikgu Habsah weh, cikgu Habsah! Jangan main-main. Untunglah hari ni tak pergi lab. Mungkin sebab beliau dah nak beri balik kertas Bio dah.

Dan betul kata Iyad, Cikgu Habsah masuk. Setelah beri salam dan baca doa, kitaorang duduk. Di tangan cikgu ada fail besar warna biru. Ha confirm tu kertas exam.

"Baik, kelas. Hari ni cikgu nak beri balik kertas-"

Tok tok tok! Pintu diketuk. Macam tak biasa.

Seluruh pandangan kelas tertumpu ke pintu kelas.

Eh...

"Assalamualaikum, cikgu. Boleh izinkan saya masuk?"

Muka Cikgu Habsah sama macam kami. Terkejut beruk bila tahu yang datang tu Adma. Sekarang dah pukul 8:00 kut.

"Wa'alaikumussalam. Adma? First time cikgu tengok kamu datang akhir ni."

"Maafkan saya, cikgu. Ada road block tadi."

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now