57 : His Best Plans

31 7 0
                                    



Limak puloh tujoh



Baca chapter ni sekali dengan lagu di atas utk dapat vibe terbaik. In shaa Allah . Abaikan je nama lagu tu. Muzik dia takde orang nyanyi. Just tune je, heheh

Letak duduk di hujung katil dibetulkan. Aku merenung imej wajah sendiri di pantulan cermin di depan. Dada aku rasa sempit. Air mata mula bertakung. Rasa panas menyelubungi seluruh muka. Aku menunduk kepala. Karpet yang menjadi tempat letaknya kaki kabur-kabur di pandangan mata. Aku mendongakkan kepala cuba menghalang sesuatu dari tertumpah.

Tapi gagal. Akhirnya air mata aku gugur.

Macam kelakar je aku nangis sebab hal remeh ni.

Dah, Ainiy... Kalau dia bukan jodoh kau kau kena move on. Aku selalu cuba pujuk diri. Dari kau kejar orang yang kau tak pasti tu jodoh kau, baik kau kejar impian sendiri.

At the end of the day, kalau kau dapat kerja yang lari sikit dari impian kau... at least kau dapat peluang berkhidmat pada masyarakat. Dapat pahala, dapat benda baik. Tapi kalau kau kejar lelaki yang dah confirm suka kat orang lain, yang kau suka kat masa yang tak sepatutnya, at the end apa yang kau buat hanyalah menyeksa hati kau dengan kejar sesuatu yang tak pasti.

Memori berputar semula ke peristiwa hari Rabu bulan lepas. Bilamana aku jumpa Athirah menangis dalam bilik wuduk... Bila ditanya, dia kata Adma ada crush dekat perempuan lain dan perempuan tu bukannya dia.

Betullah tu... Adma sukakan Hanie. Hari ni dalam kelas, aku tertengok diaorang berdua tengok masing-masing sebelum alihkan kepala ke tempat lain bila kantoi bertembung mata. Lukisan yang aku nampak hari tu memang lukisan Adma. Dia lukis Hanie. Dan keychain tu... aku tak tahulah sama ada diaorang kebetulan ada keychain sama atau macam mana. Tapi tengok rupa, Adma memang sukakan Hanie, dan Hanie pun suka Adma.

Hari Isnin tadi masa balik, Athirah cerita yang dia dah move on. Dia ambik masa hujung minggu dia nangis tu sebenarnya untuk healing. Dan masa yang lain dia manfaatkan untuk move on.

"Aku amalkan doa ni. Ya Allah, jika dia baik untukku Engkau dekatkan aku dengan dia... jika dia bukan untukku, Engkau jauhkanlah aku dari dia...

Mula-mula tu memang sakit. Tapi Alhamdulillah, lama-lama aku dah move on.

Aku rasa tenang jugak. Dah tak fikir sangat hal jodoh ni. Sebab aku percaya kalau orang tu jodoh aku, semestinya dia orang yang baik sebab Allah Ta'ala yang pilih untuk aku. Aku percayakan Allah. Dia tahu apa yang baik, apa yang buruk untuk aku."

Mungkin... mungkin aku jugak perlu buat apa yang Athirah buat.

Air mata yang menitik dikesat dengan hujung lengan. Dahlah, Ainiy... move on okey, move on...

Jari ligat scroll reel di iftagram. Satu reel yang menarik mata membuatkan aku berhenti scroll.


Wanita tidak perlu kejar lelaki.




Kerana lelaki yang baik akan mencari wanita yang baik.



Jika dirimu baik


usah bimbang



lelaki baik sendiri yang akan pergi cari kamu.

dan nikahi kamu


supaya dia dapat menjagamu dengan halal.


Aku tersenyum di bawah sedar.

Hm... nasib baiklah aku tak pernah terfikir nak confess. Sekali dia reject nanti lagi aku patah hati.

Alhamdulillah... terima kasih, ya Allah.

Aku mengesat lagi air mata yang mengalir. Allah's plans are the best. Ingat tu.



Ingat tak Athirah? Yang dia buat homework Maths dengan Ainiy kat taman herba pastu diaorang bercakap tentang Adma. (chapter 48: Lelaki Limited)

Broken tu memang pedih, tapi be positive dear. Dia mungkin bukan jodoh kita, tapi yang pasti Allah Ta'ala ada someone yang terbaik utk kita. Tunggu masa yg sesuai je. Stay qowiy, dear. ❤

Anyways, H pernah buat story highlight ttg feeling Ainiy towards Adma. Blh tengok kat ig H, kat highlight ni. (Drama BDA)

 (Drama BDA)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now