64 ; Janji dan Janji

29 5 1
                                    


Enam puloh empat


"Cari siapa?" Iyad berdiri di sisi pintu. Aku kembali menunduk wajah menyambung kerja Add Maths.

"Ainiy, ada budak cari kau." Automatik kepala aku angkat balik sekali dengan kening kiri dijongket tanda bertanya 'siapa?' Iyad hanya memuncung bibir dan menunjuk dengan jari telunjuk ke arah pintu. Aku mencondongkan sikit kepala ke kanan untuk intai.

Myra? Kenapa budak tu nak jumpa aku?

'Kata kat budak tu, berambus je. Aku tak nak jumpa dia.' Tapi tu aku cakap dalam hati jelah. Gila apa nak sebut ayat tu. Aku dengan mahu tak mahunya pergi ke pintu.

Anak matanya direnung tanpa sebarang rasa. "Kenapa?" Datar nada bertanya.

"Erm... kita pergi tangga hujung, kak."

"Sorrylah, dik. Akak busy ni. Banyak kerja." Baru je aku nak masuk balik ke kelas, Myra tarik tangan aku membuatkan aku terhenti.

"Akak pleaselah... sekejap je..." Tangan dia yang sebelah lagi mencapai tangan aku yang ditarik tadi. Dia mengkelam bibir sebelum menunduk wajah memandang lantai. Aku menghela nafas. Apa lagi ye dia nak kenakan aku?

"Okey." Aku merenung tangan dia yang memegang tangan aku tadi. "Mintak lepas boleh?"

Myra senyum pahit. Dia melepaskan tangan. Terus aku mengayun langkah menuju tangga hujung sambil dia berjalan membontoti aku. Sebaik tiba, aku mematikan langkah dan berdiri menghadap Myra. Kedua tangan disilang di dada. Myra berdiri dengan kedua tangannya diletak di belakang. Kaki kanannya menguis lantai.

"Akak marah ke?"

Aku merenung dia tiga saat. "Awak rasa?"

Dia melepaskan nafas. "Maafkan saya kak... Ye saya ngaku, saya bagitahu Abang Adma. Tapi sumpah saya tak tahu pun akak betul-betul sukakan dia."

Aku rasa nak membeku di sini. "Habis tu kenapa awak cakap kat dia? Macam mana awak tahu?" Kut kut dia curi diari sekolah aku ke terbaca luahan aku tentang Adma pastu dapat teka orang yang aku mention tu Adma hah... memang habislah aku. Tapi... nampak sangat ke tu Adma? Tak ingat pulak kalau aku describe detail habis macam rambut dia berapa helai, hari ni dia pakai seluar warna apa...

Eh... ada ke patut aku cakap tentang ni sekarang.

Myra menghembus nafas dengan kuat sampai aku dapat dengar bunyi nafas dia keluar tu.

"Kalau saya cakap ni... akak jangan marah ye?"

'Kalau tak cakap, lagilah saya marah dik.' Dan sekali lagi, aku cakap tu dalam hati je. Aku pandang dia dengan renungan tanpa perasaan. "Cakap je."

"Hm... sebenarnya... saya jeles bila akak selalu dengan abang Adma. Saya terfikir yang kalau akak terlalu rapat ni, sebenarnya mesti akak ada sebab lain nak rapat dengan dia. Saya fikir akak sukakan dialah."

"Pastu... sticky notes akak ngan Hamzah tu... sebenarnya saya yang buat..."

Terbeliak besar mata aku. Yang ni betul aku tak percaya. Banyak-banyak orang, kenapa dia yang buat? Belum sempat aku nak tanya kenapa, Myra dah potong terlebih dahulu.

"Saya buat tu supaya Abang Adma tahu yang Kak Ainiy dah sukakan someone. Jadi dia tak perlu sukakan akak lagi."

Aish... nak pecah kepala aku dibuatnya. Aku membawa tangan ke dahi dan menggeleng kepala perlahan. Macam ni ke pemikiran budak tingkatan 2 sekarang... Lagipun, dik. Adma sukakan orang lain.

"Oh. Akak dah tak suka dia lagi."

Dia menatap anak mata aku. "Akak marah ke?"

Aku membuang pandang ke taman herba sebelah kami. "Marah. Cuma janjilah jangan buat lagi."

"Ye kak. Janji."

"Dan Myra satu lagi."

Myra diam menanti jawapan.

"Belajar untuk tak menyebar berita tentang orang lain. Lagi-lagi kalau berita yang tak elok dan benda tu tak sahih pun. Nanti yang awak bawa tu fitnah. Fitnah tu berdosa." Aku memandang Myra sekilas sebelum kaki menapak pergi tanpa berkata apa-apa pada dia lagi.

Biarlah. Biar macam ni. Yang penting dia hadam apa benda yang aku cuba sampaikan.



Orang baik, kalau dah patah hati, susah. Sebab tu jangan suka hati buat sesuatu kalau ia libatkan orang lain jugak. Reminder for me and you.


Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now