*PROLOG*

1.9K 120 2
                                    

"Haa.." Mengeluh aq sambil termenung ke arah lautan yang luas.Cantik sungguh ciptaan Allah...Tenang je rasa..tenang la sangat.

"Boleh naik gila aq lama lama"Rungut aq sebelum bangun pergi meningggalkan kawasan itu.Ditemani cahaya bulan yang menerangi malam, bersama dengan otak yang bercelaru dan berserabut, aq meneruskan perjalanan sehingga tiba di rumah. 

Nasib baik rumah aq dekat dengan laut, senang le kalau nak healing healing gitu. Suis lampu ditekan setelah memberi salam. Boleh nampak ruang tamu yang kelihatan SEDIKIT berselerak dengan barang kerjaku.

"Nantila kemas, penat." Aq merebahkan badan di atas sofa.Termenung aq memikirkan perkara yang mengacau kehidupanku."Hayden.."

PANG!!

Terkejut aq dibuatnya.Bunyi kuat dari dapur membangunkan aq dari perbaringanku. Kacau aq nak rehat je, memang takle tengok orang senang ke camne...Jantungku mula berdegup laju. Aq mencapai sesuatu untuk dijadikan senjata, mana tahu tu perompak ke. Tak ke naya aq.

"Macam mana nak lawan kalau pakai pisau kecik macam ni?" pisau mengukir dijadikan pilihan sebab memang takde benda lain dah kat situ. Punyala bersepah tempat, satu benda pun takde.

"Takpela, mati tanam, dah sampai ajal nak buat camne kan?" perlahan-lahan aq menuju ke arah dapur. Tangan ku meraba dinding untuk mencari suis lampu. Karang dia sambar tangan aq, innalillah la jawabnya.

Suis lampu ditekan lalu..

"Laa..awak ke..." kus semangat aq. Rupa-rupanya comel, kucing aq sedang bermain dengan kuali sehingga terjatuh. Aq mendukungnya ke dakapanku.

"Nasib baik sayang, kalau tak aq dh buat awak jadi rendang." Comel mengiau tanda membalas konversasiku. Aq kembali ke ruang tamu tapi langkahku terhenti apabila melihat satu sosok hitam berada di atas sofa. Sosok itu sangat dikenali olehku.

"Awak.." Secara tiba-tiba, sosok itu berubah menjadi seorang perempuan. Mukanya yang hodoh seperti menahan kemarahan yang bila bila masa sahaja boleh meletus. Mata dia takyah cakapla, bukan main merah pekat lagi.

"KAU AKAN TERIMA PADAHNYA!!" jeritan itu menggegarkan rumahku seperti berlakunya gempa bumi. Semua barang jatuh lalu bertaburan di atas lantai. Ada yang sudah pecah dan apa yang paling teruk, projek ku hancur!! Penat penat aq buat, macam tu je hancur. Semoga anda aman di sana..Eh, sekarang bukan masa nak bersedih, perempuan tu tak settle lagi.

"DIA AQ PUNYA, KAU JANGAN SIBUK!" sosok itu kemudian meluru laju ke arah ku lalu mencekikku. Dapat ku rasakan kukunya yang tajam, mencucuk leherku.Dan disebabkan 'dia'lah, hidup aq jadi macamni.

"Le..lepaskan.." pandanganku semakin kabur, tercungap-cungap aq cuba bernafas. Badanku semakin lemah dan...

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now