* PART 21 *

733 70 9
                                    

" Ada apa eh dalam kotak ni.." kotak yang diberikan oleh ayahku diambil dari atas meja. Masih lagi sama seperti pertama kali aq menerima kotak ini.  

Bukan tak nak buka tapi tula, terlupa pulak. Dah seminggu kotak ni ada dengan aq, baru hari ni nak teringat. 

" Rasa sayang pula nak buka. Bukan kemain lagi abah balut kotak ni. Cantik betul...ke abah suruh orang kedai yang balut.." aq membelek kotak itu. Sesekali aq menggoncangkannya. 

Disebabkan bunyi yang terhasil dari goncangan itu kuat, aq merasakan hadiahnya mesti akan besar. Perasaan teruja mula timbul dalam diriku. Dengan berhati hati aq membuka kotak itu. Riak excited aq perlahan lahan hilang dari wajahku.

" Seriously ? " aq merungut apabila kotak itu dibuka. Dalam kotak tu ada kotak yang lain! and ada sticky note yang tertulis " Sabar..tak lari pun hadiahnya  :) ".

 Abah ingat Alyaa ni gelojoh sangat ke nak buka, aq pun fikir dua kali tau sebelum nak unboxing benda ni. Aq menayangkan muka menyampah. 

Dengan hati yang tertutup, aq membuka lagi satu kotak yang ada di dalam kotak tadi. Hilang mood excited tadi. Potong mood betul abah ni.

" Hmm ? Rantai ? " mata aq membesar apabila melihat isinya. Dah kenapa abah nak bagi rantai dekat aq. Salah orang ni, patutnya bagi kat mak. Yela, makkan bini dia ehe. 

Tapi ni bukan rantai emas. More like rantai lama tapi still cantik sebab takde karat langsung. And ada batu berlian bentuk bulan sabit tergantung dekat rantai tu.

" Cantiknya...abah dapat rantai ni kat mana eh? Shopee? Lazada? Trivago? eh tu hotel..salah salah..tapi kenapa abah tiba tiba je nak bagi.." aq mengambil semula kotak itu lalu menggoncangkannya.

As I expected, Satu lipatan kertas terkeluar dari kotak itu. Aq mengambilnya lalu membaca isi surat itu.

" Turun temurun? " surat itu menceritakan dari mana datangnya rantai itu. Rupanya nenek moyang ku selalu memakai rantai ini kerana ia merupakan pemberian suaminya. 

Dia kata rantai ini belum lengkap dan akan sempurna apabila ia bergabung dengan rantai yang berbentuk purnama.Dan rantai itu hanya lelaki sahaja yang boleh pakai dan ada satu je dalam dunia ni. Jadi maksudnya dia pasangan hidup kau la .

Aq ingat zaman sekarang je pakai rantai matching matching ni, rupanya orang dulu dulu pun pakai juga. Maju eh moyang aq. Salute.

Aq mengerutkan muka. Macam tak masuk akal je. Suka hati dia je nak tentukan jodoh orang pakai rantai ni. Abah percaya ke benda karut ni? takkanlah, aq meneruskan bacaanku.

" Ceh, mempergunakan anak " abah tak pernah guna pun rantai tu, dia hanya terjumpa rantai ni di bawah katil arwah nenek aq sewaktu mengemas biliknya. Dia suruh aq cuba dengan alasan tak sabar nak dapat menantu. Sebijik sejebon macam bini dia.

Aq melepaskan keluhan. Rantai ditangan ditenung...bentuknya yang cantik dan unik menarik perhatian aq untuk memakainya. Aq memasangkannya pada leherku.

" Aq pakai ni bukan nak cari suami eh, aq pakai sebab rantai ni nampak cantik je " aq membisik pada diri  sendiri. Bulan itu diusap beberapa kali olehku...tapi kalau betul macam mana?

" Oi! "

" Eh mak kau pink!

" HAHAHAHA, Kau buat apa dok termenung dari tadi ? takde kerja eh ? " Wijah menggelakkan aq, sementara Epa hanya menggelengkan kepalanya.

" Ish kau ni, aq tak kacau kau, kau jangan la kacau aq. Ni macam mana korang dapat masuk? " aq memarahi Wijah. Dia pun sama macam Hayden. Tak reti nak bagi muqadimah dulu. Main terjah je.

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now