*BAB 4*

895 72 0
                                    

"Urghh..." cahaya dari jendela mengganggu lenaku. Rasa sekejap sahaja aq melelapkan mata malam tadi. Badan aq masih perlukan rehat. Tambah dengan kepala yang tak berhenti berdenyut membuatkan aq ingin tidur semula.

"Apa jadi malam tadi?" seingat aq malam semalam ada something berlaku. Ruangan bilik ku sepatutnya bersepah disebabkan angin kuat semalam tidak terjadi, kemas seperti biasa macam takde apa apa berlaku. And semalam bukan aq pengsan kat atas lantai ke, macam mana boleh ada atas katil pulak ni?

"Mimpi lagi ke camne?" otakku mula mencipta 1001 persoalan. Namun aq membiarkan ia tidak berjawab. Malas nak berfikir, nanti buat sakit kepala je lagi. Aq meneruskan rutin harian ku seperti biasa. Mandi, makan, kerja dan kerja. 

Hari ni nampak lain..sebab apa? sebab terlalu tenang..takde benda yang terjadi..takde gangguan or benda pelik yang terjadi. Kekadang aq rasa aq yang pelik, tenang salah, tak tenang lagi salah. Complicated. Sedangku menghirup udara segar dari balkoni rumah, ada seorang lelaki menarik perhatianku.

"Kenapa dengan dia tu?" lelaki itu asyik berjalan jalan dihadapan rumahku. Berulang ulang kali sehingga menimbulkan rasa curiga dalam diriku. Tapi lelaki tu tak nampak macam pencuri dan jauh sekali orang gila. Tengokla penampilan dia, baju nampak mahal, segak, tinggi and of course keretanya yang membuatkan aq rasa nak curi je. Lamborghini kut. Kau ada?

Untuk mengelakkan aq menambah dosa menuduh dia macam macam, baik aq pergi tanya. Tapi belum sempat aq keluar dari rumah, dia dah pergi. Biar betul mamat ni, kau bla centu je. Penat penat aq kumpul kerajinan aq untuk turun, rajin aq ni limited tau. Aq masuk semula ke dalam rumah dan merehatkan diri di atas sofa.

"Yaya..yaya" Rehatku diganggu apabila merasakan diriku dipanggil seseorang.

"Sa..sape pulak tu" namaku disebut berulang ulang kali. Suara itu kedengaran sangat dekat dengan diriku. Takut tak yah cakap la..menggeletar habis tangan aq. Aq rasa menyesal tak bersyukur dengan ketenangan sebelum ini. Aq hanya berharap tiada apa apa yang berlaku. 

"Eh, kenapa awak menggeletar ni?"

"Makkk!! hantuuu!!" aq berlari lintang pukang di dalam rumah sehingga tersadung akibat tersilap langkah. Sakit matt.

"A..awak ni ja..jangan lari laju sangat. Semput tahu tak saya nak kejar." aq mencari dari mana suara itu datang. Mana ada orang lain dalam rumah ni selain aq. Tapi suara dia macam pernah aq dengar, kat mana eh. Aq memberanikan diri untuk bertanya.

"A..awak siapa?"

"Laa, takkan dah lupa kut. Baru malam semalam kita berkenalan kan?"

TING! sel otak ku mula bersambung. Baru aq ingat. Ni ke mamat malam semalam tu. Hayden an nama dia kalau tak silap aq. Tapi macam mana? bukan tu semua hanya sekadar mainan mimpi semata mata ke?

"Saya tengah bermimpi kan?" aq masih lagi tidak percaya dengan situasi aq sekarang. Macam mana aq boleh dengar suara dia and apa yang paling pelik, aq boleh rasa kehadiran dia berdekatan dengan aq. Macam sekarang ni, aq dapat rasa ada orang kat sebelah aq, hembusan nafas kedengaran di sampingku sedangkan tiada orang pun.

"Awak tak bermimpi yaya. Ini realiti. Kalau awak tak percaya juga, nah rasa

"Aduh, sakitla!" tanganku dicubit seseorang. Berbekas tangan aq dengan kesan cubitan tu. Kuat betul eh kau cubit. Suka hati kau je nak main cubit cubit orang.

"Tapi macam mana?" raguku.

"Diri awak yang panggil saya kesini. Sekarang di sini la saya, terperangkap dalam dunia yang saya pun tak tahu kat mana. Dan hanya awak seorang sahaja saya boleh berkomunikasi. Sebab tu saya minta tolong kat awak."

"Apa yang jadi sebenarnya kat awak?

Jadi Hayden menerangkan segalanya dan apa yang telah berlaku padanya dengan lebih teliti. Rupanya dialah mangsa penculikan di jalan tu. Dia kata dia ditekup dari belakang dan dipukul dengan kayu untuk dipengsankan. Tapi perbuatan penculik itu untuk membawa Hayden pergi terbantut apabila ada orang menjerit minta tolong. Mereka membiarkan Hayden disitu dan berlari pergi.

"Ouh macam tu, awak nampak tak siapa penculik tu?" Kesian pulak aq dengar cerita dia ni.

"Tak nampak tapi apa yang saya tahu ada dua orang lelaki masa tu."

"Nampak macam mereka tak berpuas hati dengan awak. Cuba awak ingat balik apa yang awak pernah buat, mesti ada sebab kenapa mereka buat macam tu." aq dah macam polis main siasat siasat orang ni. Anak polis kut. Like father like daughter.

"Saya tak ingatla..memori saya sampai situ je. Dan saya tahu saya pergi jalan tu sebab nak jumpa seseorang..perempuan" Tak pelik la macam mana dia boleh lupa semua benda. Yela, dia kan kene ketuk dengan kayu. Mesti otaknya bergegar.

Macam mana aq nak tolong dia ni...dah jadi satu masalah untuk aq berfikir macam macam. Time tu jugak la fon aq berbunyi. Terpapar nama epa di skrin. Aq mengangkat penggilan itu.

"Apa kau nak?"

"Ya, jum reunion."




MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now