*BAB 1*

1.4K 101 2
                                    

"Hah...Hah..." lelah aq apabila tersedar dari tidur. Aq melihat keberadaanku. Sekarang aq berada di dalam bilik, di atas katil dan badan ku agak...basah. Badanku berpeluh seperti baru habis lari pecut 1000 m. Aq tak rasa bilik aq panas sebab air cond sudah ku pasang.

"Mi..mimpi tu lagi ?" aq mengeluh. Ini bukan kali pertama aq bermimpi benda tu. Dah berkali kali. Stress aq lama lama sebab tak cukup tidur. Sambil menggosok mata, nak hilangkan taik mata, aq menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Tertawa aq melihat diriku pada pantulan cermin.

"Teruknya muka." Wajah aq selepas bangun dari tidur memang teruk. korang bayangkan la, air liur basi, rambut serabai dengan eyebag lagi. Memang buruk. Entah entah hantu pun takut. Selepas selesai melaksanakan niatku di tandas, aq menuju ke dapur untuk bersarapan.

 Mug diambil lalu kopi dibancuh. Haa..itula sarapan aq setiap pagi. Simple an. Takyah susah susah pergi starbuck beli kopi, buat sendiri lagi sedap.(tolong jangan kecam).

 Setelah selesai, aq menuju ke meja kerja untuk menyiapkan kerjaku. Terlihat sebuah model bangunan yang belum siap sepenuhnya. Aq melabuhkan punggung lalu melepaskan pandangan ke luar jendela. Teringat aq tentang mimpi tadi. Apa yang mereka nak? Siapa mereka?

Perkara ini terjadi selepas satu kes penculikan di jalan yang sering aq lalu untuk pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja. Di mana cubaan untuk menculik seorang lelaki gagal kerana kantoi dengan orang awam. 

Lelaki tu selamat tapi disahkan koma sebab kena pukul dengan kuat dibahagian kepala. Penculik tu pula berjaya melepaskan diri dan polis masih lagi melakukan siasatan.

 Rasa menyesal pulak tak balik pakai kereta haritu. Dalam banyak banyak jalan, jalan tu jugak kau nak guna untuk culik orang. Aq mengeluh sebelum mula menyiapkan kerja. Setelah beberapa jam berlalu, kerjaku terhenti apabila terdengar bunyi pintu tandas terbuka. Aq menoleh."Apa plak tu?

Aq bangun menuju ke tandas lalu menolak daun pintu. Kosong? Pelik. Sebelum sempat melangkah keluar, terpantul satu sosok tubuh lelaki pada cermin tandas. Aq cuba melihat dengan lebih jelas kerana suis lampu tidak berfungsi apabila ditekan.

"Yaya..tolong saya.." terbeliak mata aq. Ma..Macam mana dia tahu nama aq. Aq tak pernah bagitahu nama aq kat mana mana lelaki selain daripada classmate aq sendiri.

"Tolong..tolong saya.." bunyi macam terdesak, macam merayu pun ada. Terasa bahuku disentuh seseorang. Pantas aq menoleh namun ia tetap sama. Tiada orang dan pantulan sosok itu sudah pun hilang. Aq menggosok mataku. 

"Aq penat sangat ni" aq keluar menuju ke dapur untuk memasak. Dah berjam jam buat kerja, perut pun dah berbunyi minta diisi. Peti sejuk dibuka...ceh, hampeh..

"hah.. aq lupa nak beli barang lagi." barang basah aq lupa nak beli. Bukan malas, tapi tak sempat, aq busy sejak kebelakangan ni. Beginila kehidupan sebagai seorang arkitek. Tidur tak cukup, makan tak kenyang, hidup pun berterabur. Aq redho seredho redhonya. 

Pintu utamaku diketuk. Pantas aq membukanya lalu terpaculla dua ekor babun.

"Korang rupanya..masuk masuk".

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now