* BAB 3 *

933 83 8
                                    

Bilikku dituju. Terasa penat kerana seharian bekerja tanpa henti tapi model tu entah bila nak siap. Kang boss potong gaji parah weyh..

"Mengantuknya.." seluas alam mulutku menguap. Tak padan dengan perempuan betul. Pintu bilik dibuka lalu suis lampu ditekan. Tap..Tap...Tap..

"Aduhh, ni dh kali ke berapa suis nak rosak ni...tadi lampu tandas, ni lampu bilik pulak.." serabut betulla. Aq melangkah masuk ke dalam bilik, malas dh nk ambil kisah..buat sakit kepala je. 

Namun, setibanya aq di situ, terkejut aq melihat satu sosok hitam yang serupa macam lelaki dalam tandas petang tadi. Tapi macam biasa, aq tak nampak dengan jelas sebab lampu beban tu. Hanya cahaya bulan dari jendela menerangi bilikku.

"Tolong saya" perkataan yang sama macam petang tadi. Dia minta tolong aq ke ? Aq melihat sekelilingku, mana tahu kan ada orang lain..terserlah kebodohan aq. Tapi dalam banyak banyak orang kenapa dia minta tolong aq? siapa dia ni sebernanya? Apa kene mengena dia dengan aq? otak aq dipenuhi pelbagai soalan.

"Tolong.." bosan pulak aq dengar dia asyik ulang perkataan sama. Bagitahu jela straight to the point kan senang. Ni tak, satu satu dia cakap, sampai aq mampos pun aq tak tahu kenapa dia minta tolong kat aq.

"Tolo--

"Diam ! Memang dh takde perkataan lain ke awak boleh cakap? Dari haritu lagi, asyik tolong.. tolong..bagitahu jela apa awak nak. Siapa awak. kan senang." pintas ku. Elok otak aq dh serabut, dia tambah lagi serabutnya. Aq berani menjawab sebab lelaki tu tak nampak bahaya pun bagi aq.

"Nama saya Hayden. Saya perlukan bantuan awak." bruh..boleh pun cakap, ni tak nak kena marah dulu, baru nak buat. So, nama dia Hayden. hmmm.. Sedap sedap

"Awak nak saya tolong apa dan kenapa saya?" minta la tolong kat orang lain, dari 8 bilion orang kat dunia ni, kenapa aq juga kau nak pilih. Astaghfirullahalazim, apa kau cakap ni. Ini semua takdir Allah, jangan salahkan takdir. Teruknya aq. Ok takpe, back to the situation.

"Tolong lepaskan saya dari sini" mamat ni gila ke camne. Dia ni literally opposite dimension dengan aq, macam mana aq nak tolong, lain la kalau aq ada kuasa or something yang boleh tolong dia. Lagipun bukan aq yang masukkan dia kat dalam dimensi tu pun, kenapa aq kena keluarkan dia balik?

"Awak kalau perlukan bantuan, pergila cari polis atau pun untuk kes macam awak ni boleh cari pak ustaz, afdal sikit. Muka saya ni ada nampak macam polis atau ustazah ke? takde kan" budak tadika pun tahula nak cari siapa kalau ada masalah. Benda basic pun nak diajar ke. Ni mesti tak graduate kat tadika kan.

"Awak je yang mampu tolong saya" eh mamat ni, aq starlight jugak otak dia, kasi betul sikit. Dah la tiba tiba muncul dari dimensi mana tah, astu minta macam macam. Demand betulla. 

"Awak ni tak paham bahasa melayu eh? nak saya cakap bahasa jepun dulu baru nk paham? saya cakap saya takk boleh, tak boleh la. Lagipun bukan saya yang buat awak jadi macam ni" bentak ku. Malam malam mood dh hancur.

"Awak salah. Awak la penyebab saya ada kat sini, diri awak yang panggil saya ke sini, awak yang tarik saya ke sini. Jadi awak kena tolong saya. Tanpa awak, saya akan kekal kat dalam ni..selamanya" sedih bunyinya. Aq boleh bayangkan riak wajah Hayden seperti merayu supaya aq membantu dirinya. Tapi macam mana aq boleh jadi punca dia jadi macam ni?

Tiba tiba jendelaku terbuka, angin kuat memasuki ruangan bilikku. Habis berterbangan semua barangku. Angin itu diikuti dengan suara perempuan yang seakan akan memberi amaran kepada ku.

"SEKALI KAU CAMPUR TANGAN,AQ TAKKAN LEPASKAN KAU! JANGAN SIBUK HAL AQ!" badan ku menggeletar apabila melihat seorang perempuan berdiri di jendela sambil menuding jarinya kearah ku. Kaki ku terasa longlai, bila bila masa je aq boleh jatuh. Namun, aq merasakan sesuatu yang hangat memegang tanganku. 

Hangat macam tangan manusia.." Jangan takut, awak kena berani Yaya " terdengar suara Hayden di telingaku. Pengangan pada tangan terasa dieratkan. Jeritan daripada perempuan itu mengejutkan aq.

"JANGAN KAU SENTUH DIA!" jeritnya nyaring. Terkejut aq apabila dia meluru laju ke arahku. Kepalaku berdenyut kuat menyebabkan aq rebah ke lantai. Aq boleh dengar suara Hayden memanggil namaku. Namun tidak mampu ku jawab dan akhirnya duniaku gelap.


MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now