* BAB 19 *

636 56 5
                                    

"Ha, nak kemana tu ?" aduh, kantoi!

"err, nak ke popular, beli novel" walaupun itu bukan tujuan sebenarku tapi redah jelah.

Aq dah berjanji dengan Syawal nak pergi siasat lorong tu hari ni. Memandangkan kaki aq ni dah kurang sikit sakitnya.

"Kenapa tak suruh daus yang belikan? selama ni semua barang yang kau nak, dia yang tolong beli dan dia sendiri yang hantar ke sini kan?" betullah tu apa yang Epa cakap.

Selama aq duduk terperap dekat dalam rumah ni, dia lah yang tolong belikan semua barang aq nak. Aq nak tu, dia beli, aq craving tu, dia beli.

Macam mana dia boleh tahu semua benda yang aq nak? huh, Epa lah mengada. Dia pergi bagitahu Daus aq selalu minta macam macam. Bersengkokol dua orang tu.

"Ala, takpelah. Biar aq yang pergi kali ni. Lagipun dia tak tahu aq nak beli buku apa. Nanti dia salah beli, membazir pula kan." ha, pandai aq buat alasan kali ni. Belajar dari kesilapan katanya.

"Kesian lah kat daus, asyik dia je bazirkan duit dia kat aq."

"Eh biar lah, memang patutpun sebab dia kan future husb.." aq menutup mulut Epa sebelum dia sempat habis bercakap. Ada ke dia cakap macam tu?

"Apa kau ? Aduh kau ni. Biarlah aq keluar pula, bosan aq dalam ni. Lagipun kaki aq kan dah pulih sikit. So, dont worry lah." aq merenung Epa menggunakan cat eyes aq. Please...

"Yela, yela. tak yah buat muka macam tu, menyampah. Tapi pastikan kau balik sebelum pukul 7 malam. Ingat!" tegas Epa

"Yes, miss" aq bergegas keluar apabila mendapat keizinan. Risau Syawal dah sampai dulu, kesian dia tunggu lama lama.

Aq menuju ke sana menggunakan kereta aq sahaja, kalau suruh Syawal ambilkan, nanti Epa fikir apa pulak. Pastu mesti dia report kat Daus, Kan dah double problem kat situ.

Sampai saja aq di sana, boleh lihat Syawal sedang menyandarkan badannya pada kereta. Dia tak panas ke? 

Matahari dah lah tengah terik sekarang ni, aq yang duduk dalam air cond pun panas lagi.

Mata ku terpaku pada kereta Syawal. Bukan kaleng kaleng keretanya. Bugatti weyhh. Aq pun pakai axia je tau. 

Haih apasal semua orang yang aq jumpa ni macam baru keluar dari dunia wattpad ni. Kaya, hensem, baik....Daus pun apa kurangnya. Dia pakai Mustang tau. 

Aq tahu gaji arkitek aq ni lebih dari mampu tapi kita still kena berjimat. Bukan kedekut ya. Sedang aq bercakap sendirian, tingkapku diketuk.

"Eh, Ya Allah. Saya lupa tentang awak. Sorry Syawal" laju aq keluar dari kereta. Tu lah kau berangan lagi.

"Takpe, saya pun baru je sampai." ha..nak menipu biar bertempat. Macam aq tak tahu dia dah lama sampai, saja nak sedapkan hati aq lah tu.

"Tak yah nak menipu, tengok dahi awak tu, berpeluh teruk" aq menghulurkan sehelai tisu kepadanya. Tak tipu weyh, dia macam tengah mandi je sekarang ni.

Nasib baik baju dia tak melekat dekat badan, dah lah pakai baju warna putih, kalau tak percuma je aq dapat free show hari ni. Eh, salah weyh salah. 

Apa fikir macam tu yaya! aq menampar pipiku. Argh..otak kuning betullah. Gatal.

"Awak dah kenapa? sakit lagi ke? are you okay principessa ?" Syawal menunduk sehingga menyamai dengan ketinggian ku. Dia meneliti muka aq.

"A..aa..saya..saya okay je" aq menutup mukaku.

"Kenapa muka awak merah? awak tak tahan panas ke?" Syawal merapatkan badannya dengan aq untuk menghalang cahaya matahari daripada mengena diriku.

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now