* BAB 11 *

628 55 2
                                    

"Hayden?" mana dia ni. Semalam ada, hari ni takde, macam chipsmore. Dia merajuk lagi ke? Problem aq ngan Daus dah settle. Pasal lelaki tu tolak ke tepi dulu. 

Kalau pasal kes pula, aq tak boleh nak buat apa apa sebab aq perlukan maklumat dari Hayden juga walaupun maklumat yang diberikan oleh Syawal lebih dari mencukupi. Keluhan dilepaskan.

Takpela, kita buat apa yang ada dulu. Malam ni aq tak ngantuk sangat sebab lama juga aq tidur semalam. Model kerja aq pun dah siap, boss pun dah approved. Jadi aq free harini. Boleh la aq siasat tentang kes ni. Alang alang takde kerja nak dibuatkan.

"So, kita start dengan profile dia." aq membuka fail yang diberikan oleh Syawal. Aq meneliti satu persatu isi kandungannya. ceh, bukan nak bagi gambar. Baru nak usha muka Hayden, mana tahu hensem kan.

Nama: Hayden Hakimi Bin Hairul Haize
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: CEO di H.H Holdings
Tarikh lahir: 22 Julai 1996
Jenis darah: B-
Lain-lain: Mempunyai 3 orang adik beradik. Hayden merupakan abang kepada dua orang adik beradik lelakinya. Hayden terlibat dalam kes penculikan dimana dia menjadi mangsa. Dia hampir diculik tetapi diselamatkan oleh orang awam ketika kejadian berlaku. Tetapi mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan disahkan koma.

"Hmm..tiga adik beradik eh? Dia abang, Syawal adik, lagi sorang siapa?" Fikirku. Aq rasa aq kena berjumpa dengan Syawal baliklah. Nak tanya tentang adik dia. Tapi aq kena hati hati, nanti jadi macam malam haritu pulak.

"Macam mana aq nak contact Syawal eh?" terlupa pulak aq nak exchange nombor dengan Syawal. Tu lah laju sangat nak balik kan. Payah betulla. Ha! baru aq teringat, Syawal kan pernah call aq sebelum ni. History call dibuka lalu nombor Syawal dicari.

"Nasib baik aq pandai. Settle satu masalah" tersengih bangga aq apabila nombor Syawal dapat dijumpai. 

Aq memberitahu Syawal tentang niatku melalui Whatsapp.Tak lama lepas tu, Syawal sudah membalas message aq. Laju betul dia ni.

"Okay, nice. Esok jam 9 pagi kat tempat sama" nasib baik dia tak busy esok. Aq tak tahu mengapa aq terlalu bersemangat kali ini. Rasa macam ada sinar harapan untuk kes ini diselesaikan.

"Next..diselamatkan orang awam..kalau aq cari orang tu, mesti dia boleh bagitahu aq apa yang terjadi sebenarnya." Tapi macam mana aq nak cari? Jalan tu ada CCTV tak? kalau ada boleh aq tengok. 

Fokus aq terganggu apabila jendela tiba tiba terbuka. Terus aq berhenti melakukan kerja. Aq memandang ke arah jendela, menggeletar badan ku melihat satu bayangan berdiri disebalik langsir.

"a..apa tu?"

"KAU AKAN TERIMA PADAHNYA!" suaranya yang nyaring menyakitkan gegendang telingaku. Angin kuat memasuki ruanganku. Habis berselerak semua fail dan kertas di atas lantai. Aq menutup mata untuk mengelakkan kecederaan berlaku.

Angin yang makin kuat itu membuatkan aq tidak mampu untuk bertahan lagi. Aq mula hilang keseimbangan dan akhirnya aq terpelanting ke belakang.

"Ah!" kepalaku terhantuk pada bucu meja. Aq meringis kesakitan sambil memegang kepalaku. Terkejut aq melihat kesan tompokan darah pada tangan. Kepalaku mula berdenyut denyut.

"Sakit.."penglihatanku semakin kabur. Sebelum aq pengsan, sempat aq melihat bayangan itu mendekati aq lalu..

"Yaya!! Epa, Yaya dah sedar!!" suara wijah bergema di telingaku. Laju Wijah menekan butang merah untuk memanggil doktor.

"Aduh..sakitnya. Apa jadi?" satu badan aq rasa sakit terutamanya pada bahagian kepala. Aq memegang kepala aq yang berbalut itu.

"Aq yang sepatutnya tanya soalan tu. Apa jadi kat kau ha?! Kitaorang call tak angkat, pergi rumah kau takde orang menyahut. Nasib baik aq ada kunci pendua. Masuk je bilik, tengok kau dah terbaring nyawa nyawa ikan. Dengan kepala kau yang berdarah! Rumah kau kena ceroboh ke? kenapa bilik kau bersepah? apa yang jadi sebenarnya ha?!" panjang betul bebelannya. Elok kepala aq berdarah nanti telinga aq pula yang berdarah.

"Sabar Epa, Yaya kan baru je sedar, bagila dia rehat dulu. Nanti makin teruk, lagi susah kan" Wijah cuba untuk menenangkan amarah Epa. Nasib baik ada wijah, kalau tak boleh pekak aq dibuatnya.

"I need explanation after this young lady." Tajam Epa memandangku sebelum keluar dari bilik. Aq menelan air liur. Rasanya tak selamat la aq lepas ni. Matila..

-

"Sekarang bagitahu aq, apa yang jadi sebenarnya?" laju je Epa bertanya. Tak rilek betul. Macam aq ni boleh lari dari dia. Rupa rupanya kakiku juga tercedera semasa kejadian itu berlaku. Doktor kata aq tak boleh berjalan dan kena tahan wad untuk seketika.

"Err, aq terjatuh.." ehehe, jawapan bodoh lagi aq bagi. Seram aq tengok muka marah Epa. Rawr...

"Jangan main main boleh tak ?!" garang betul member aq sorang ni. Gurau sikit pun tak boleh. Tak sporting langsung.

"betullah, semalam aq buka jendela sebab nak bagi Comel masuk. tak expect pula dia nak lompat pergi dekat aq, aq pun terkejut astu terundur kebelakang. Aq tersadung sebab kaki aq terlanggar kertas yang aq susun dekat atas lantai and then kepala aq pula terhantuk astu pengsan. End of story." macam masuk akal juga penipuan aq kali ni. hehe. boleh dapat anugerah ni.

Epa memandang aq dengan muka yang kurang percaya dengan kataku. Aduh..susahla nak tipu dia ni.

"betul Epa.." aq cuba menyakinkan dia.

"Haa.. aq bukan tak nak percaya tapi.."

"tapi apa?" main stop stop pula ayat dia. Straight to the point jela.

"Doktor kata dia jumpa kesan lebam kat badan kau" patutla badan aq rasa sakit je dari tadi. Ni mesti kerja bayangan tu.

"Yang tu mungkin kesan hantukkan kayu time aq buat kerja kut. Macam kau tak tahu aq ni cuai sikit." aq cuba mempositifkan epa daripada bersangka buruk padaku. Dari air mukanya, jelas terpampang riak kerisauan.

"Ya, kalau kau ada masalah bagitahu kitaorang. Jangan simpan" kata Wijah setelah lama mendiamkan diri.

"Aq mana pernah berahsia bagai dengan korang. semua benda aq dah bagitahu." terpaksala aq menipu sikit..sikit je takpe kan..

"Kau jangan tipu kitaorang Ya" tegas Epa. Dah macam mak cakap dengan anak.

"Ye, betul tak tipu." kataku sambil mengangkat tanganku seperti sedang berikrar. Perbualan kami terhenti apabila pintu bilik diterobos masuk.

"Korang senyap sikit boleh tak?!" Epa memarahi mereka kerana menjerit tak kenal tempat. Nasib baik pintu tu tak roboh dibuatnya. Bukan perlahan tau depa buka, dia punya buka pintu tu sampai bergegar hospital ni.

"Ala, sorryla. Kitaorang risau pasal Yaya je. Tu kitaorang gelabah tu. Kitaorangkan caring dan penyayang." nak termuntah aq mendengar Farish memuji dirinya sendiri.

"Risau tu bagus tapi berpadalah sikit. Ingat kita kat mana. Hormat pesakit lain juga. Ni bukan hospital bapak korang nak main terobos macam tu je." pedas teguran daripada Nebi. Terkedu mereka mendengar. Terkekek kekek aq menahan tawa.

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now