* BAB 7 *

763 57 0
                                    

"Yaya..oo Yaya.." panggilan dari pintu utama melajukan lagi langkahku. Susah pulak nak berjalan, bukan sebab dress ni tapi sebab high heels ni ha. Tak pernah pernah aq pakai, tiba tiba hari ni kena pakai sebab dipaksa oleh Epa. Nasib member.

"Wah, cantiknya anak dara sorang ni!" Epa memuji ku sejurus selepas pintu dibuka. Bukan main puji melambung lagi minah ni. Tahu dah kenapa, sebab dia tengok muka aq yang tak puas hati ni. Masam mencuka.

"Kau jangan nak melebih, dah jum" Epa melangkah pergi ke kereta sementara aq sedang mengunci pintu rumah. Setelah memastikan semua berkunci, aq menuju ke kereta. 

Apabila hendak beredar dari kawasan rumah, aq perasan ada sesuatu sedang berdiri di jendela rumahku. Nampak macam dia sedang merenung ke arahku. Bayangan itu hilang apabila Epa memanggilku.

"Ya, jauh termenung. Pikir future husband ke?" aq hanya tersenyum tak ikhlas padanya. Otak aq masih memikirkan tentang perkara tadi.

Terkejut aq setibanya di tempat pertemuan kami, mana taknya, kat hotel 5 bintang kut!

"Sape yang sponsor ni?" ternganga aq melihat bangunan tinggi itu. Bukan main lawa lagi design dia. Aq sebagai arkitek berjaya, ingin mengambil sedikit idea dari bangunan ini. Jangan marah, nanti aq letak credit.

"Jiha yang sponsor." aq menganggukkan tanda faham, no wonderla, jiha kan dah jadi model terkenal, mesti berkepuk duitnya. Tak baik simpan lama lama, jadi lebih baik dia guna. Lagi lagi kalau dia guna untuk belanja aq novel, lagi baik.

Kami disambut mesra oleh pekerja pekerja disitu. Mereka membawa kami menuju ke dewan utama dimana majlis dijalankan. "Yaya! Epa!" serentak kami menoleh ke arah si pemanggil.

"Hi, Nebi" Sapa Epa. Nebi atau Nabihah merupakan seorang psikiatri di hospitalnya sendiri. Dia sangat cantik dan periang, but dont judge the book by its cover, sekali kau buat dia marah, keluar la seni silat dia tu. Dia akan hantar kau 7 feet kebawah secara percuma.

Nebi tersenyum melihatku.

"Hi Yaya! lama tak jumpa, Jom, depa dah tunggu tu" kami berjalan ke satu meja. Nampaknya semua orang dah sampai, awal betul.

"Yaya! OMG, rindunya!" laju Fatanah memelukku. Dia ni nak peluk aq ke nak bunuh aq? takle bernafas mat. Fatanah merupakan accountant di sebuah syarikat terkenal. Tak sia sia dia pulun belajar balancekan time sekolah dulu.

"Hi, ya" Syah melambaikan tangannya kearahku. Rindunya aq dengan budak kecil ni. Dia sekarang dah jadi macam Soloz, Jadi Gamer terkenal. Dia kata jadi gamer tak yah banyak buat kerja. Just buat stream, main game and then duit masuk. Sesuai sangatla dengan perangai dia tu.

"Hello, sis" slay betul cara sapaan. Orangnya pun mestila slay juga.

"Hi Aqish, Jiha" Dua orang tu memang takle berpisah, sejak dari Mrsm lagi, berkepit je dua minah tu. Ambil pekerjaan pun related to each other, sorang designer, sorang lagi model. Haa..

"Macam mana dengan dress tu? Do you like it?" tanya Aqish. Widihh, ber-english eh, mentang mentang anak mara. " Of course, thank you for this dress and the discount" kami menghamburkan tawa bersama.

Semua rakanku hebat belaka, semua dah capai impian masing masing. Aq pun apa kurangnya kan. Hehehe, semua nya diatas usaha kami bersama. 

"Kitaorang tak nak tegur ke?" sindir Elman. Lupa pulak kita ada jejaka jejaka kat sini.

"Kan dah jumpa petang tadi, dikira la tu" tergelak aq melihat muka cemberut Elman. Setelah 8 tahun kami sibuk dengan haluan masing masing, akhirnya kami berjumpa semula.

"Hi, yaya" Daus tersenyum padaku.

"Kau nampak cantik hari ni" tersedak air liur aq mendengar pujiannya. Kedengaran bunyi sorakan dari belakang membuatkan aq pantas menoleh. Pandangan tajam ditujukan kepada rakan rakanku. Cepat cepat  mereka memandang ke arah lain. Macam aq tak tahu je depa yang buat bunyi tu.

"Biar jela depa tu" ketawa daus. Boleh pulak dia gelak, yang menahan malunya, aq jugak.

"Jum duduk"  Daus menarik salah satu kerusi untukku. Teragak agak jugakla nak duduk tapi akhirnya terpaksa terima je pelawaan dia sebab kerusi lain dah penuh. And of course dia duduk sebelah aq.

Macam aq tak perasan semua orang dari tadi asyik tersenyum melihat layanan Daus kepadaku.

-

Lama juga kami berborak, sampai kebas bontot aq dibuatnya. Aq meminta izin untuk keluar sekejap. Nak ambil udara segar katanya. 

Taman di tingkat hotel itu dituju, terpegun aq melihat kecantikkannya. Ada gazebo yang cantik terletak di situ tambah pula dengan pokok pokok yang cantik menghiasi taman itu. Dan apa yang menarik perhatian aq ialah air pancut di tengah tengah taman. 

Angin di atas sini sepoi sepoi bahasa sahaja. Pemandangannya pun apa kurang cantiknya. Dapat ku lihat kesibukan KL di malam hari di bawah bintang yang menghiasi malam hari.

"Seronok?" macam biasa takde salam, Hayden menegurku.

"Bolehla, so..so centu. Jauh eh awak ikut saya" hotel ni jauh dari rumah, macam mana dia boleh sampai ke sini?

"Saya hanya boleh pergi ke tempat di mana awak berada" jadi, dia dapat pergi ke sesuatu tempat tu kalau aq ada kat situ la jawabnya. Dah macam stalker je. 

"Dia nampak macam suka kat awak je" aik asal mamat ni. Sape pulak nak suka kat aq?

"Siapa?"

"Ala, mamat yang puji awak cantik tu." tergelak aq dibuatnya. Dia maksudkan daus ke?

"Entahla, dia pernah confessed kat saya tapi dulula, masa form 1 tak silap saya." lawak pula bila diingatkan balik. Tapi benda betul tau.

"Yaya?" aq berpaling dan melihat daus sedang menuju ke arahku. Panjang umur dia.

" Cakap ngan siapa?" Ah, sudah. kang dia ingat aq gila cakap sorang sorang. Aq cuba mencipta alasan. Hmm... Ha!

"Tengah cakap dengan burung, tu.." kataku sambil menunding jari ke arah seekor burung yang hinggap berdekatan. Dia menayangkan muka pelik.

"Kau ni macam tak tahu pulak yang aq suka bercakap dengan haiwan" tolongla percaya. Otak aq dah kering nak fikir alasan ni.

"Hmm, betul jugakkan." Alhamdulillah. Lama kami mendiamkan diri sehingga daus memulakan perbualan dahulu.

"Yaya, berapa lama lagi aq kena tunggu?" haa..soalan cepumas dia bagi kat aq guys. Aq tidak membalas pertanyaan tersebut.

"Kau kata lepas kau capai apa yang nak, kau akan ikut aq." ikut kau pergi mana mat? pergi neraka?

"Pergi mana?" Daus memandang aq dengan wajah yang tidak berpuas hati. Menyesal aq bergurau tadi. Janji tak buat dah. Seram..

"Kau dah janji, Ya. Kau dah janji nak ikut hidup bersama dengan aq."  berkerut aq mendengarnya, sejak bila? masa? ketika? weyh, apa ni!!

Tapi apa dia cakap tu betulla, but aq tak cakap aq janji, dia cakap benda ni time form 1 kut, time kita masih lagi budak hingusan. I thought dia bergurau je time tu.

Belum sempat aq menjawab, bunyi jeritan dari dalam hotel mengejutkan kami. Kami bergegas masuk dan terkejut melihat keadaan dewan itu.

"A..apa jadi?"

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now