* BAB 13 *

580 52 4
                                    

"Feel better?" tanya Syawal lalu melabuhkan diri diatas kerusi yang disediakan.

"better dari semalam, sorry tak bagitahu awal awal, kesian awak tunggu lama lama kat cafe"

"its okay, jadi apa yang saya boleh bantu?" kami memulakan perbincangan. Aq bertanyakan tentang orang awam yang menyelamatkan Hayden tapi Syawal tidak mengetahui tentangnya. Dia kata dia tidak terfikir pula untuk menyiasat tentang perkara itu.

Untuk CCTV pula, Syawal kata kalau memang ada CCTV di situ, dia akan membawa klip cctv itu kepadaku esok. 

Ada soalan yang harus aq bertanyakan kepada Syawal tapi aq risau menyinggung perasaannya. Ahh tanya jela..

"hmm..Syawal, awak ada adik ke?" boleh aq lihat badan Syawal terhenti seketika. Sensitif sangat ke soalan aq ni?

"Kenapa awak tanya?"

"Dalam profile hayden yang awak bagi dekat saya haritu, dalam tu ada tulis Hayden ada 3 adik beradik termasuk dia. Kalau awak salah seorang adiknya, siapa lagi seorang?" Kedengaran keluhan daripada Syawal.

"Takpela, kalau awak tak nak bagitahu..mungkin itu hal peribadi awak."

"Tak.. takpe.." Syawal menarik nafas panjang lalu menghembusnya perlahan.

"Nama dia Iman. Umur dia sama macam saya. Dia..dia menghilangkan diri sewaktu dia berumur 10 tahun..kami pun tak tahu kenapa dia buat macam tu.." kedengaran nada kesedihan dalam suara Syawal. Aq hanya mengangguk perlahan.

"Takpe awak tak perlu sambung, maaf saya tanya soalan macam tu" risau aq bila nampak muka Syawal macam nak menangis. Hati tisu rupanya. Dia mengangguk tanda mengerti,

Aq mula memikirkan sesuatu..jadi, besar kemungkinan malam itu adalah Iman atau orang lain yang menyamar sebagai Syawal untuk memperdayakan aq. Pintu bilik tiba tiba dibuka membuatkan kami menoleh.

"Err, saya ganggu ke?" aq menggeleng. Nurse yang bertugas untuk menjagaku kemudian masuk dan memberikan aq sedulang makanan tengahari kepadaku. 

Dia tidak berkata apa apa dan hanya beredar meninggalkan kami. Hmm..aq dah makan dah tadi. 

Tapi nurse lain la yang bagi. Pembetulan, mak aq yang bagi ehehe. Mak aq kerja dekat sini sebagai nurse juga tapi dia bertugas di wad pembedahan. 

Mak hanya datang hantarkan makanan sahaja kepadaku. Dan dia bukan hantar sembarangan, dia hantar mengikut jadual masa makan aq..tapi ni dah lain dah ni.

"Tak nak makan ke?" Syawal pelik melihat aq termenung pada makanan itu.

"Bukan tak nak, tapi sekarang ni bukan waktu sepatutnya saya makan. Lagipun saya dah makan tadi. Masa makan saya pada pukul 1 tengahari bukan 3 petang. Salah ni.."tu yang aq pelik tu..takkan nurse tu tak tahu jadual aq kut. 

Baru masuk kerja semalam ke macam mana? Aq memanggil Mak aq untuk datang ke bilik. 

Aq menceritakan kesalahan nurse itu kepada Mak. Aq pantang orang buat salah, terus aq report ehehe..nasib kau la nurse.

"Takpe, nanti mak tegur dia. Alyaa betul tak nak makan ni?" jangan pelik kenapa mak aq panggil aq Alyaa. Yaya itu hanya sekadar nama panggilan sahaja. Nama sebenar aq Alyaa Syafiah. Sedap kan

"Tak nak la mak. Alyaa dah kenyang. Mak ambillah tapi mak jangan makan dan jangan bagi orang lain makan." Arahku. Mak memandangku pelik. Muka dia jelas menampakkan wajah ' dah kenapa budak ni '

"Makanan tu nampak pelik. Alyaa risau. Mak buanglah, kalau tak nak juga, Alyaa cadangkan Mak bagi dekat doktor suruh cek makanan ni. Mana tahu ada apa apa kan." Mak aq hanya sekadar mengangguk. Malas nak layan karenah aq lah tu.

"Siapa ni?" Aq menoleh ke arah Syawal. Lupa pulak tentang dia. 

"Ni Syawal, kawan Alyaa"

"Hi mak cik" senyuman manis ditayangkan oleh Syawal. Acah baik pulak mamat ni.

"Kawan ke bakal menantu mak?" gurau ibuku. Tersedak Syawal dibuatnya. Dah terbatuk batuk member mendengar kata kata Mak aq.

"Apa mak ni, mana adalah." ada ke cakap macam tu, kesian aq tengok Syawal, habis muka dia merah. Siapa je tak terkejut kalau dengar orang cakap macam tu? 

Mak aq hanya ketawa melihat gelagat kami berdua. Dia kemudian keluar sambil membawa dulang tersebut.

"Sorry Syawal, mak aq memang macam tu." mak  aq dulu bukan kemain lagi larang aq dekat dengan lelaki, sekarang dah terbalik eh.

"takpe" Syawal berdehem sebelum kami meneruskan perbincangan.

-

Lenaku diganggu dengan bunyi derapan kaki di luar bilik.

"Ish, bisingla" rimas aq mendengarnya. Siapa pulak yang berjalan jalan kat luar pada pukul 2 pagi?! depan bilik aq pulak tu dia nak berjalan. Macam takde bilik lain kat hospital ni

Lama kelamaan bunyi itu menjadi lebih kuat. Dari bunyi berjalan menjadi bunyi seperti orang sedang berlari ke hulur ke hilir. Aq dah tak dapat bertahan lagi.

"WOI! DIAM BOLEH TAK?!" tengkingku dari dalam bilik. Bunyi tu hilang, tapi sekejap jelah, bunyi tu sambung buat bising lagi. Kalau kaki aq tak berbalut, dah lama aq bangun pestu strike kepala dia.

Aq mengintai sedikit mengikut lubang dibawah pintu. Tak nampak pun bayang bayang macam orang tengah berjalan...haa, payah. Tiba tiba bunyi itu berhenti dihadapan bilik.

Pintu bilik diketuk dengan kuat secara tiba tiba. Bukan sekali, tapi berkali kali sehingga membuatkan telinga aq sakit mendengarnya. 

Bulu romaku mula meremang. Bunyi ketukan itu memecahkan kesunyian malam. Aq menutup kedua dua telinga.

"Aaa, bisingnyaa" aq dah mula rasa takut. Pintu tu aq rasa boleh pecah dibuatnya. Bermacam macam andaian telah ku fikir. Pencuri? Penceroboh? Perompak? Penculik? ataupun...lelaki itu?

Ketukan itu tiba tiba berhenti. Sunyi sepi kembali mengisi ruanganku. Kedengaran pintu bilik dibuka perlahan. 

Bukan main peranan lagi bunyi engsel pintu tu...berkeriut kuat betul. Aq memejamkan mataku sambil berselindung di bawah selimut.

Tap..Tap..Tap.. bunyi tapakan kaki seperti seseorang sedang mendekatiku. Perlahan lahan dia memanjat ke atas katil. Dapat aq rasakan tilamku tenggelam sebelah. 

Dalam hati, aq mengharapkan supaya dia tidak melakukan apa apa yang buruk kepadaku. Dengan sekelip mata, badanku direntap kuat dari belakang. Aq menjerit sekuat hati.

"Adik? Adik?! Bangun!! Akak! panggil doktor cepat!!" aq meracau seperti orang kena rasuk. Kelihatan ramai orang mengelilingi aq di dalam bilik.

"Pergi! Pergi! Jangan dekat! Blah la!" tengking aq. Kaki aq menendang semua benda yang ada berdekatan. Sakit yang ada pada kaki tidak aku kisah. Aq meronta ronta di atas katil dan cuba untuk bangun dan melarikan diri.

"Pegang dia! Jangan bagi dia lari! Kak Ani bagi saya ubat penenang, segera!" Mak aq yang berdiri kaku melihat aq sebegitu, tersentak apabila dia menerima arahan. 

Dengan segera dia memberikan satu jarum suntikan kepada doktor itu. Tangan aq dipegang kuat termasuk kakiku sekali. 

Sedang semua orang sibuk memegang aq, kelihatan satu sosok hitam sedang berdiri dibelakang khalayak ramai sambil merenungku dengan mata yang merah menyala.

Dunia aq menjadi kabur apabila tanganku disuntik sesuatu. Sebelum aq menutupkan mata, sempat aq melihat sosok itu tersenyum kearahku.

"kau yang nak sangat kan..hehe.rasalah." katanya sebelum hilang dari pandangan aq.

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now