* BAB 8 *

671 58 2
                                    

"A..apa jadi?"

"Tak tahu, tiba tiba je lampu terpadam, lepastu ada bunyi kuat datang dari mana pun kitaorang tak tahu. Nyala je lampu, dewan ni dah jadi macam ni" jelas Epa. Pelik..nak kata penceroboh tak boleh sebab teruk sangat kerosakan yang dia buat n.

Macam mana penceroboh tu buat dalam masa yang singkat? Lagipun security kat tempat ni ketat, banyak pengawai jaga keluar masuk hotel ni. Tak masuk akal betul.

"Weyh, tengok ni!" jerit Farish. Kami semua bergegas menuju kearah Farish berada.

'KAU AKAN TERIMA PADAHNYA!' tulisan yang ditulis menggunakan warna merah di atas lantai dewan itu menakutkan kami. Aq menyalit sedikit cecair pada tulisan itu. Rasa melekit dan baunya..hanyir. Macam...

"darah?" kami semua buntu tak tahu apa yang hendak dilakukan. Macam mana boleh jadi macam ni?Kedengaran bunyi siren polis dari luar. Kami memberi laluan untuk polis menjalankan tugas mereka. 

Kami disiasat oleh polis untuk mendapatkan sedikit maklumat berkaitan dengan kejadian ini. Kami dibenarkan pulang selepas berjam jam ditemu bual.Rasa penat tu, usah ditanya. 

Perancangan kami untuk luangkan masa lebih lama, terbatal macam tu je. See, aq dh kata, tak semestinya aq pergi semua benda akan berjalan dengan lancar. Malah benda lagi teruk yang berlaku.

Sampai sahaja di rumah, aq terus ke bilik untuk tidur. Rasa penat menguasai diriku. Tak sampai seminit, aq sudah terlelap dibuai mimpi.

"Sejuk.." aq terjaga apabila merasakan suhu bilik ku terlalu sejuk. Aq meraba raba untuk mendapatkan selimut. 

"Keras?" katil ku tidak selembut seperti biasa, rasa macam aq baring atas jalan. Keras betul. Aq bangun lalu melihat sekelilingku. Rasa pelik mula timbul dalam diri ku. Lain betul dengan bilik aq.

"Gelap.." ruangan yang gelap dan sejuk beza sekali dengan bilikku yang selesa dan suam. Aq bangun lalu memulakan langkah. Macam familiar je tempat ni. Bila ditengokkan balik, tempat ni macam lorong kecil dekat jalan tu. Tapi kenapa aq ada kat sini ?

"Cepatla sikit nanti ada orang nampak." hmm? ada suara..tapi dekat mana?

"Yela, kejapla. Kau tak nampak ke dia ni kuat sangat. Sakit tangan aq tahan dia." lagi satu? suara yg ni.. macam suara lelaki yang sembang dengan Raisya time dekat lorong haritu. Aq mencari dari mana datangnya suara suara itu.

Tiba tiba muncul seorang perempuan di hadapanku. Perempuan yang sama menghantui diriku selama ni. Terkejut aq apabila dia mengangkat mukanya.

"Raisya?" mukanya serupa dengan muka Raisya tapi...versi hodoh dia. Apa? aq cakap benda betul kut.

"AQ DAH BAGI AMARAN TAPI KAU TETAP BERDEGIL! SEKARANG KAU AKAN MENYESAL!" jalan lorong itu tiba tiba sahaja retak, aq terjatuh jauh ke dalam retakan itu. Aq menjerit meminta pertolongan sehingga kepalaku mencecah pengakhiran dan...

"YAYA!! YAYA!!" terbeliak mataku selepas tersedar dari mimpi itu. Tercungap cungap aq cuba untuk menstabilkan nafasku. Aq memandang sekeliling.. ini.. bilik aq. 

Seingat aq, aq terjatuh dalam retakan tu dan...cepat cepat aq meraba tubuhku, takde apa apa. Sedikit calar pun takde. Aq fikir aq dah ma..

"Awak okay tak ni?" kedengaran suara Hayden yang seakan akan risau dengan keadaan ku sekarang.

"Sa..saya okay" aq cuba untuk turun dari katil tapi entah macam mana boleh tersilap langkah, aq terjatuh.

"Ahh!" aq memejam erat mataku. Aik..tak sakit? perlahan lahan aq membuka mata, terkejut aq melihat diriku seakan terapung di udara. Muka aq hampir tersembam pada lantai.

"Nasib baik sempat" what the, Hayden sambut aq ke ?

"Awak penat lagi ni. Rehatla dulu." Dengan berhati hati, Hayden membaringkan aq semula di atas katil.  Aq cuba memproses apa yang tengah berlaku. Apa? Macam mana? Bagaimana?

"Haha, janganla terkejut sangat. Saya boleh lihat dan sentuh awak tapi awak boleh dengar dan rasa kehadiran saya sahaja" jelasnya sambil mencuit hidungku. Eh main cuit cuit pulak. Aq pukul kang. 

Hayden mengarahkan aq untuk tidur semula, kerana malas nak dengar dia membebel, aq hanya mengikut sahaja arahannya. Terasa diriku diselimuti dengan selimut. "sweet dream, awak" dan akhirnya aq tertidur.

-

Telefon aq berdering minta diangkat.

"unknown number?" Nak angkat ke tak nak eh? hmm..Kita biarla dulu, kalau dia call banyak kali baru aq angkat. Aq bangun untuk membersihkan diri, berlengas badanku disebabkan mimpi malam tadi.

"Eh, awak nak kemana?" lupa pulak ada mamat ni.

"Saya nak mandi" kataku sambil menuju ke tandas.

"Nak saya tolong? awak penat lagi kan" gurau Hayden

"Nak kena sepak?" balasku sebelum menutup pintu tandas. Kedengaran Hayden sedang ketawa di sebalik pintu. Gatal..

"Ish, bisingla!" boleh pekak telinga aq. Asyik berbunyi je dari tadi. Ringtone aq memang la sedap tapi bila dengar banyak kali ni, rimas jadinya. Tak sampai 30 minit pun aq tinggal fon tu. Important sangat ke sampai nak call banyak kali?

"Angkat jela, mana tahu benda penting ke?" Hayden pun dah bosan mendengar telefon itu berbunyi. Aq mengeluh sebelum mengangkat panggilan itu.

"Ye, Hello. Siapa ni? Nak apa?"

"Maaf mengganggu tapi boleh saya berjumpa dengan awak?" lelaki...macam tibe je mamat ni, dah la tak kenal astu ajak jumpa. Scammer ke camne?

"Awak ni scammer eh? apa yang awak nak? pergi cari orang lainla" sebelum aq menamatkan panggilan, ayatnya memberhentikan perbuatan ku.

"Saya tahu awak tengah tolong Hayden." mana dia tahu...dia stalk aq ke? Mataku melilau sekeliling, seram pulak rasanya.. meremang bulu roma aq..Tapi macam mana dia boleh kenal Hayden?

"Tolong, saya nak sangat jumpa dengan awak. Saya ada maklumat yang awak perlukan. Percayalah." Rayunya. Boleh jadi dia tipu aq, tapi dia kenal Hayden...Aduh macam mana aq nak percaya mamat ni?

"Saya nampak awak skodeng orang dekat lorong haritu. Awak menyorok dekat belakang pokok." mak ai..mana dia tahu! obvious sangat ke aq mengusha orang..Merah muka aq menahan malu.

"Lepastu.." sebelum dia sempat menyambung ayatnya, aq mencelah

"ok ok cukup. Awak nak jumpa dekat mana?" terpaksalah aq mengalah sebelum dia menceritakan semua aib aq. Mak tolong Alyaa kena ugut. Huhu. Mendengar dia tertawa kemenangan membuatkan aq menyampah. Kau bernasib baik je mat, tunggu kau!

"Tahu takut, Jumpa saya dekat Cafe Cat pukul 11 pagi. Saya tunggu awak kat sana, kalau awak tak datang, awak tahu la apa saya akan buat..hehe" dia menamatkan panggilan. Macam tu je dia ugut aq. ARGHH!!

"Apa jadi?"

"Awakla punca" marahku. Aq bangun menuju ke bilik. Pintu dihempas kuat.

"Aik, aq pulak yang kena" Hayden menggaru kepalanya yang tak gatal.

Aq hanya berpakaian simple. Tracksuit, t-shirt dan shawl. Nak pergi cafe je pun, bukan jumpa jodoh.

"Awak nak pergi mana ni?" tanya Hayden pelik.

"Saya nak jumpa seseorang. Awak ikutla sekali, mana tahu orang tu boleh pulihkan ingatan awak sikit sebab dia kenal awak, jadi mesti awak kenal dia dulu." cadang aq. Kunci kereta diambil, pintu dikunci dan kereta dituju. 

Sebelum berlalu pergi, aq perasan ada orang berdiri di halaman rumah, macam orang sama yang mengusha rumah aq haritu..Ish tak baik menuduh. Imaginasi aq je kut. Aq hanya meneruskan perjalananku untuk berjumpa dengan mamat tu.


MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now