* BAB 10 *

642 56 1
                                    

Boleh meletup otak aq memikirkan apa yang terjadi. Semua masalah belaku dalam sekelip mata. 

First tentang kes Hayden. Second tentang lelaki yang serupa macam Syawal tu. Third tentang masalah Daus dan yang terakhir Hayden sendiri!

Macam mana aq nak pujuk mamat ni...seharian dia palau aq. Aq panggil, sikit pun dia tak menyahut. Patutnya aq yang merajuk. Ni dah lain dah ni.

"Hayden...Hayden" lembut je aq panggil. Kalau kasar, makin merajuk pulak dia tu.

"Hayden, dah la merajuk, susah tau nak pujuk. Sorry saya tak sengaja tengking awak semalam." Sunyi...dah la malas aq, baik aq cakap dengan dinding lagi seronok.

 Apa nak jadi, jadila. Aq nak keluar ambil angin.Selesai menukar pakaian, aq terus berjalan menuju ke laut. Di situlah tempat aq selalu melepaskan tekanan. Pemandangan yang cantik...

"Penatla..." aq menekup muka ku lalu mengeluh. 

"Apa aq nak buat ni?" tanpaku sedar, mataku mula berkaca. Setelah sekian lama, air mutiara ku akhirnya jatuh membasahi pipi. Perlahan lahan badanku mengherot ke bawah.

"Dah lama tak menangis, hehe.." tawaku perlahan. Hanya bunyi tangisanku mengisi kesunyian malam pada waktu itu. Ditemani dengan bulan yang menjadi saksi tangisan aq.

"Awak okay? kenapa ni?" sape pulak spoil mood ni, aduh..semak je. Nak healing healing pun susah. Aq mengintai sedikit untuk melihat oranh itu.

"Syawal?" kenapa dia ada kat sini? malam malam pulak tu? aq cakap orang. Habistu aq buat apa kat sini malam malam.

"Awak buat apa kat sini?" cepat cepat aq mengesat air mataku. Nanti kantoi menangis tak ke malu..

"Saja jalan jalan ambil angin" lain betul suara dia malam ni, bunyinya lebih garau dari semalam..main tukar tukar halkum eh?

"Awak pula?"

"sama" dia mengambil tempat disebelahku. Aq mengesot sedikit untuk menghasilkan jarak antara kami. Nanti kena tuduh macam macam, payah. Dia hanya tersenyum melihat perbuatanku.

"Awak ada masalah ke?"

"Takde masalah pun. Cuma stress dengan kerja je" takkan nak bagitahu hal sebenar pulakkan. Tiada topik untuk dibicarakan. kami hanya melepaskan pandangan ke arah lautan.

"Awak kenal Hayden?" aik, apa kena dengan mamat ni? bukan semalam kita bincang pasal dia ke? Sah sah la aq kenal. Dia lupa ke camne?

"Mestila saya kenal, kan baru semalam kita bincang pasal dia"

"Ye eh?" eh, mamat ni. Amnesia macam abang dia ke macam mana.

"Awak ni betul ke polis? mana ada polis cepat lupa" tukang interview kerja salah ambil pekerja ke? Pelikla Syawal malam ni, demam eh?

"polis?" ucapnya perlahan tapi masih lagi boleh didengari oleh ku. Berkerut muka aq.

"Demam eh? Awak penat sangat kut, takpela awak pergi balik dulu, rehat. Saya pun nak balik dah ni" aq dah mula rasa tak sedap hati. Baik aq gerak dulu sebelum jadi apa apa.

"eh kejap" nak apa lagi mamat ni.

"err..awak kata nak tolong saya siasat kes Hayden kan? Jumla ikut saya pergi tempat kejadian. Kita pergi cari bukti." bunyi macam mencurigakan je. Tapi bukan dia ke yang kata nak tolong aq, sejak bila aq offer diri nak tolong dia?

"Malam malam macam ni, awak ajak saya pergi? biar betul. Sihat ke tak awak ni Syawal?

"Ye, saya sihat je. tak salah pun siasat malam malam kan?" ada betulnya jugak tapi tak ke pelik? pukul 12 malam kau ajak aq pergi berdua duaan.

"Jangan ikut dia. Lari" arah Hayden. Sejak bila dia ada kat sini?

"Balik sekarang jugak!" terkejut aq mendengar Hayden menengking. Rasa nak nangis pun ada. Ish, fokus yaya! sekarang bukan masa nak ber-emosi bagai.

"Tak nakla Syawal. Lagipun dah lewat ni. Tak elok anak dara keluar malam malam" Habis tu kau tak fikir dulu ke sebelum keluar dari rumah tadi? nak buat alasan pun, carila yang masuk akal sikit.

"Saya balik dulu ye" belum sempat aq beredar, Syawal menarik tanganku.

"Eh, apa ni? lepaslah!" bentakku. Pengangannya kuat. Sakit weyh tangan aq..Aq meronta ronta minta dilepaskan.

"kau jangan degil boleh tak?!" mak ai, garang betul. Sape dia ni? ni bukan Syawal. Walaupun aq baru sahaja berkenalan dengannya, aq sudah dapat meneka sifat Syawal yang sebenar. 

Dia seorang yang baik, tekun, bijak dan apa yang aq pasti, dia takkan bertindak kasar dengan perempuan. Kalau ni bukan Syawal, habistu siapa?

"Lepaslah aq kata!" jeritkku. Aq memijak kakinya sekuat hati. Dia meringis kesakitan. Cepat cepat aq melarikan diri mencari pertolongan. 

Time time ni la takde kereta nak lalu, selalunya busy memanjang je jalan ni. Aq menoleh kebelakang dan melihat dia sedang laju mengejarku,

"AAA MAK TOLONG!! ALYAA TAK NAK MATI LAGI!!" aq mempercepatkan langkahku. Dah boleh masuk sukan olimpik rasanya. Ada sebuah kereta sedang menuju ke sini. Cepat cepat aq berlari ke tengah jalan lalu

"BERHENTI!!" aq menjerit sambil mendepakan tangan

SRTTT!! 

"hah..hah..hah.." perlahan lahan aq membuka mata. Aq masih hidup! Nasib baik dia sempat brek, kalau tak mati dah aq. Cepat ceoat aq pergi ke arah pintu kereta.

"Cik, tolong saya cik!" cerminnya diketuk beberapa kali. Cepatla buka, kau nak aq ketuk sampai pecah dulu baru nak buka ke?  Akhirnya pintu itu dibuka.

"Yaya?" laa..pemandu dia Daus ke? Aduh, aq dah la tak nak berjumpa dengan dia. Dalam banyak banyak orang, kenapa dia jadi penyelamat tak berbayar aq malam ni? Ahh, biarla janji aq selamat.

"Daus, tolong aq! aq kena kejar"

"kena kejar? dengan siapa?"

"Ada tadi! sekarang aq tak tahu dia kat mana, tolong aq Daus.." terpaksalah aq merayu dekat dia. Buat malu je.

"Yela, naik cepat" nasib baik dia setuju nak tolong, kalau tak aq rembat kereta dia, biar dia pulak yang kena kejar. 

Sepanjang perjalanan, kami selesa mendiamkan diri. Aq sibuk memikirkan tentang lelaki yang ku sangkakan Syawal manakala Daus hanya fokus pada pemanduannya.

"Hmm..thank you Daus, sudi tolong aq" aq memulakan perbualan.

"hmm.." itu je? hmm je? asal dia yang marah pulak. Salah ni salah. Dia yang start dulu. Lantak kau la. Aq melepaskan pandangan ke luar. Tak lama lepastu aq terlelap akibat terlalu penat.

"Yaya, bangun. kita dah sampai" badan ku digoyangkan seseorang.

"hmm?" terpisat pisat aq bangun dari tidur

"dah sampai?"

" Ye dah" kata Daus nak tak nak. Dia tak pandang aq pun. Auch..terasa.

"Kalau macam tu, terima kasih sekali lagi, maaf menyusahkan kau. Bye.."

"Kejap.." ha baru nak bunyi. Aq pikir dah bisu.

"Aq nak minta maaf pasal semalam. Aq tahu aq dah melebih. Aq tak sepatutnya tengking kau, paksa kau...aq minta maaf" keluh Daus. Dia menekup mukanya pada stereng kereta. Nampak macam menyesal sangat je.

"Takpe, aq maafkan. Salah aq juga tak dengar dulu penjelasan kau"

"So kita fair la ni?"

"Ye, kita fair. Kosong kosong." terlepas tawa kami.

"Takpela aq gerak dulu, jumpa nanti" aq keluar dari kereta lalu melambai padanya. Dia membalas lambaian aq sebelum berlalu meninggalkan kawasan perumahan.

 Aq pula menapak masuk ke dalam rumah untuk merehatkan diri. Esok ada kerja lagi. Rasa lega sikit bila satu masalah dah selesai. Tapi aq salah. Ternyata masalah ini tidak lagi selesai bagi dirinya.

"Aq akan tuntut hak aq" sinisnya.

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now