* BAB 26 *

708 54 2
                                    

" Aqish ngan jiha ! Kena culik ! "

" apa ? " macam mana kena culik ? Macam mana boleh terjadi ? Tak sampai beberapa jam pun rancangan kita dijalankan...benda lain dah jadi !

" macam mana kau tahu ? "

" ikut call diaorang lah, kok nanyak ! " betul juga eh. Aduh time time ni lah otak aq tak berfungsi.

" apa yang korang dengar time tu ? " katanya mula mula semua berjalan dengan lancar tapi tiba tiba de[a dengar Aqish ngan Jiha jerit minta tolonh sebelum semua nya senyap.

" lepastu kitaorang try lah panggil diorang tapi orang lain yang jawab....dia kata...good luck dalam pencarian kau and then panggilan tamat. " aq hanya mampu mengetap bibirku. ni mesti kerja Alan ! aq yakin sebab laki gila macam dia je akan buat macam tu.

" Epa ngan farish mana ? " takkan diorang tak tolong kut. Ke diorang kena culik sekali.

" Yang tu kitaorang tak tahu kat mana "

" kalau macam tu..aqish ngan jiha kat mana sekarang ? "

" lagilah aq tak tahu gile " aduh nebi ! Takkan lah semua benda kau tak tau, apa yang kau tahu sekarang ni! Bukan kau selalu selesaikan masalah orang ke ? aq tengah ada masalah ni.

" ok takpe macam ni, kau dah dapat belum rahsia minah tu "

" dapat lah juga sikit tapi kalau nak bagi polis..aq rasa tak boleh kut sebab tak cukup bukti...sikit sangat dia cakap tadi, selebihnya dia banyak merapu ngan membawang " dah agak dah...si minah Raisya tak cukup kain tu kalau tak merapu tak sah...kalau boleh semua benda dia nak cerita...kalau boleh sampai 7 keturunan dia yang lepas pun dia nak cerita. kalau aq ada kat situ, dah lama kaki aq masuk mulut dia.

" susah lah macam ni...hmmm "

" kita nak buat apa sekarang ni ? "

" better kita balik rumah dulu...pergi rumah aq jangan balik sendiri... aq risau jadi benda lain pulak " panggilan itu ditamatkan selepas nebi menerima arahan daripada ku. Aq cuba untuk menelefon Epa dan Farish tapi hampeh...dua dua tak angkat...aq suruh jaga orang bukan pergi jaga harimau lepastu menghilangkan diri. 

Sekarang ni kitaorang kena hati hati, kalau depa boleh culik aqish ngan jiha...besar kemungkinan yang lain boleh jadi mangsa seterusnya. Nasib baik wijah tak ikut rancangan kitaorang...dia tu dah lah dah berkahwin anak satu. Tak pasal pasal aq kena menjawab dengan suami dia kalau dia kena culik.

Tanpa buang masa lagi, aq menuju ke kereta dan pulang ke rumah. Sempat aq melintasi butik Aqish dan melihat Raisya bersama dua orang lelaki keluar dari butik itu. Boleh aq nampak muka Raisya tersenyum bahagia di situ. Rasa nak koyak koyak je muka dia.

Disebabkan marah yang melampau, pedal minyak ditekan kuat oleh ku...tangan aq menggenggam erat pada stereng kereta. Kau nak main sangat kan perempuan...kau sabar...semua benda buruk yang kau buat akan terbongkar satu hari nanti....

" Ya...yaya..bawa kereta tu slow sikit...bahaya! "

" semua ni salah kau! kau tahu tak! aq pun tak faham kenapa aq tolong kau...kadang kadang aq benci dengan diri aq yang selalu sangat rasa simpati kat orang lain! kalau kau tak jumpa aq malam tu semua ni tak akan jadi ! " air mata laju mengalir...kereta semakin laju membelah jalan...kenapa?! kenapa?! apa yang aq buat salah kali ni?!

" Bella cukup! " laju aq menekan brek apabila merasakan diriku dipeluk seseorang. Nafas aq tercungap cungap...terasa kepala ku dielus perlahan...menenangkan diri aq untuk seketika sebelum bunyi esakan ku memenuhi ruangan kereta.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now