* BAB 12 *

685 58 2
                                    

" Yaya okay?" tanya Fatanah. Aq mengangguk sebagai jawapan. Tak sangka semua rakan aq datang melawat. Yelakan, depa semua ni busy busy belaka, susah tau nak dapat cuti. Terharu aq...

"Nah, kitaorang ada bawak buah tangan." sebakul buah-buahan diberikan kepadaku namun disambut laju oleh Wijah.

"Kau tu sakit, tak boleh pegang benda berat. Doktor dah cakap kan tadi" mencerlung Wijah memandang aq. Aq hanya tersengih. Caring betul member member aq ni.

Lama juga kami berbual. Tanpa kitaorang sedar, masa melawat pun tamat. Macam mana kitaorang tahu, sebab nurse yang bagitahu. Kalau tak sampai ke esok kitaorang tak habis menyembang.

"Nanti kitaorang datang lagi. Take care tau. Bye!" kata Nebi sebelum mereka semua keluar dari bilik.

"Kau duduk dalam ni diam diam. Rehat! Jangan banyak berjalan, nanti sakit lagi susah. Kalau nak apa-apa panggil je nurse, jangan kau nak memandai buat sendiri." pesan Epa panjang dan lebar. 

Aq rasa ni dah kali ke berapa dia bagitahu benda sama. Aq ni bukan nya degil sangat pun. Kan?

"Ya, ni aq dah siap siap potongkan epal. Jangan lupa makan tau." Wijah meletakkan sepiring pinggang yang berisi buah epal yang telah siap dipotong. Bukan main lagi corak epal tu, bentul arnab matt. Comel!

"Thank you korang. Sorry sebab susahkan korang. Korang ni dah lah busy, aq ni tambah masalah korang je" sebak aq. Yela, bukan main lama lagi depa jaga aq. Dari start aq pengsan tau. Ni sayang ni.

"Perkara biasa Ya, memang tu kan tanggangjawab seorang kawan" Wijah mengusap lembut kepalaku. Epa pula mengangguk tanda bersetuju dengan kata kata Wijah.

Mereka berdua pun beredar untuk pulang ke rumah masing masing selepas itu. Tinggallah aq seorang macam biasa. Sedang aq melihat setiap penjuru di bilik ini, pintu bilik aq dibuka.

"Daus?" baru aq sedar, time orang lain datang melawat tadi, dia tak ada. Pergi mana pun aq tak tahu. Busy kut.

"Kau okay Ya?" tanya dia sambil menapak ke arah ku. Dia meminta izin sebelum duduk di penjuru katil. Nasib baik katil queen. Takdela dekat mana jarak kitaorang.

Hehe, benefit duduk bilik VVIP. Kali ni Syah yang tolong bayarkan. Setahu aq hospital ni mendapat bantuan daripada Syah sebagai bantuan kepada pesakit cancer.

"Aq okay je. Tak teruk pun

"Tak teruk kau cakap? kau tak tengok kaki kau yang bersimen tu. Apa jadi lepas aq hantar kau semalam?"

"Aq terjatuh time Comel nak masuk ikut jendela." Keluahan berat dilepaskan Daus.

"Kalau aq ada, mesti kau tak jadi macam ni." Aik..macam tibe je mamat ni. Aq hanya mendiamkan diri.

"Yaya, bila kau nak bagi aq jaga kau?" Daus memandang aq dengan muka yang sayu.

"Sekarang bukan tengah jaga ke?" kita acah acah tak faham takpe kan. Bukan aq tak tahu maksud disebalik soalan tu. 

"I mean..seumur hidup. Aq jaga kau sepanjang hayat kau. Time kau susah, time kau senang..aq nak berada disisi kau walau apa pun." intonasi suaranya berubah. Tiada balasan daripada aq.

"Ha..takpe aq faham. Kau perlukan masa lagi." Daus bangun lalu menuju ke pintu.

"Aq akan tunggu kau Yaya..aq takkan mengalah selagi aq tak dapat bersama dengan kau." katanya sebelum keluar.

"Apa aq nak buat ni...mamat tu dah angau sangat tu.." aq bukan tak nak terima dia..tapi aq takut. Aq rasa bersalah kat dia, lama dia tunggu aq, tapi aq tolak dia macam tu je. 

Dah banyak kali aq suruh dia cari orang lain. But still dia tak nak dengar. Setia betul dia dengan aq.Runsing kepala otak aq. Malam akhirnya tiba.

Cahaya bulan menerangi bilikku. Aq memandang bintang yang menghiasi malam, dapat la sikit memberi ketenangan dalam diri. Telefon aq berbunyi tanda ada panggilan masuk.

"Hello Syawal?"

"Kenapa awak tak datang hari ni" aa..aq terlupa tentang perjumpaan aq dengan Syawal dekat cafe. Cepat cepat aq terangkan apa yang berlaku.

"Ooo..sorry saya tak tahu. Awak okay ke?"

"Saya okay je. Don't worry"

"Kalau macam tu, esok saya datang melawat awak. Alang alang tu boleh la kita bincang sikit" aq bersetuju dengan cadangan Syawal.

"Hmm..Syawal semalam awak ada pergi dekat laut yang berhampiran dengan rumah saya tak?" aq masih lagi berfikir tentang kejadian yang menimpa aq semalam.

"Takdela pula, sepanjang hari saya berada dalam office je" katanya.

"kalau macam tu takpela, kita jumpa esok ye. Bye!" aq menamatkan panggilan.

"Sape lelaki tu?" kepala aq kembali berdenyut apabila memikirkan apa yang berlaku.

"Tak payah fikir pasal tu. Awak rehat je." terkejut aq.

"Hayden? Hayden, awak pergi mana? penat saya panggil awak, awak tak sahut pun.." rungutku. Bilik kembali sunyi. Hayden tidak menbalas pertanyaan ku. Air mutiara mula bertakung.

"Sa..saya..saya minta maaf. Jangan la macam ni." pecah juga tangisan aq. Sok sek sok sek bunyinya. Terasa pipiku diusap lembut. Kehangatan yang aq rindu selama ini...

"Dah jangan menangis, bukan salah awak pun." Hayden memujukku. Perlahan lahan dia menyekat air mata ku.

"Dahtu, kenapa awak menghilang? kenapa awak tak layan saya?" tersedu sedu aq bercakap.

"Aik, kenapa? rindu ke?" eh mamat ni, orang tengah sedih. dia boleh buat lawak pulak/

"Ish, betul betul la" tertawa Hayden seketika.

"Saya balik rumah saya.

"Rumah awak?"

"Ye..saya dapat lihat keluarga saya berada di samping saya, mengharapkan saya untuk terjaga" sayu je bunyi..

"Takpe Hayden, semua ni akan berakhir. Saya akan tolong awak selesaikan semua ni. Awak akan dapat melihat semula keindahan di dunia ini, saya janji."

"Dah kena teruk macam ni, awak masih lagi nak tolong saya?" aq mengangguk laju.

"Saya akan tolong awak walau apa jua yang terjadi. Onlu cowards will run away dan saya bukan seorang pengecut." mendengar tawa daripada Hayden menimbulkan rasa pelik.

"Kenapa awak gelak? awak tak percaya ke?" aq tengah serius ni. Rasanya aq tak cakap benda lawak tadi. Dah kenapa mamat ni gelak pula? aq yang sakit ke dia yang sakit?

" Awak ni lain daripada yang lain, ada satu aura dalam diri awak membuatkan saya tertarik dengan awak. " kata kata Hayden membuatkan aq memerahkan muka. Dah kenapa aq blushing pulak ni!! 

Tak pernah pernah aq rasa macam ni bila dengar ayat macam tu. Selama ni Daus cakap macam tu biasa je aq rasa, tapi bila mamat ni cakap, lain pula rasanya!! weyh, parah macam ni..

"Yaya..yaya..jauh termenung?" aq tersentak apabila terasa badan ku ditunjal perlahan.

"Aaa..tak.. saya..saya mengantuk, hehe..saya tidur dulu ya. Bye!" aq menarik selimut hingga ke paras kepala. 

Tidak lama selepas itu, selimut itu perlahan lahan turun hingga ke paras dada. Aq tidak bergerak seakan akan sudah tidur.

"Tak boleh selimut sampai tutup muka, nanti susah nak bernafas.." terdengar suara Hayden seperti sedang berbisik. Perlahan je dia bercakap. Dia risau aq terjaga la kut.

" Sweet dream awak" kepala aq yang dilapisi tudung digosok dengan lembut. Aq seakan terbuai dengan usapan Hayden, akhirnya melelapkan mata.

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now