* BAB 15 *

623 60 3
                                    

Kami semua tidak mempercayai apa yang dilihat di dalam klip cctv itu. Semua terkejut..terkedu..terpaku..terkesima..ahh semua ter- la.

"Tak mungkin..." aq sudah tidak tentu arah. Otak aq cuba memproses apa yang sudah aq lihat. Aq memandang sekeliling dan semua orang sedang memandang kearah aq.

"Tak..tak..masa tu aq baru balik dari office. Aq lalu je benda ni dah terjadi. Tak mungkin la.." bantah aq. 

Dalam klip itu, terang menderang yang aq la orang yang datang menyelamatkan Hayden dari diculik. Takkan lah aq orang awam tu?

"Tapi Ya..terang terang kau tengah menjerit minta tolong dalam klip tu.." kata Farish. Laju aq menggeleng. Aq cuba untuk menenangkan diri.

"Bo..boleh korang keluar sekejap, nanti korang masuk balik..dalam sejam macam tu. Aq nak rehat kejap" Semua orang saling berpandangan tetapi tiada yang membantah. 

Bilikku menjadi sunyi selepas semua orang beredar.

"Tarik nafas..lepas..tarik..lepas..rilek Alyaa..bertenang" aq memegang dadaku, cuba untuk mengembalikan semula semangat dalam diri aq. 

"Yaya.."

"Apa yang jadi sebenarnya ni, Hayden. Makin lama, makin runsing saya fikir tentang masalah ni. Macam mana saya sendiri boleh ada kat situ sedangkan saya baru je balik dari office?" aq mendengar Hayden mengeluh.

Dia pun pening melihat klip itu. Dia tidak ingat apa yang berlaku dan siapa yang menyelamatkan dia sebenarnya. 

Aq memicit kepala beberapa kali. Denyutan pada kepala semakin bertambah menyebabkan aq meringis kesakitan.

"Aduh..peningnya" aq ingin menekan butang merah pada hujung katil untuk mendapatkan bantuan tetapi terkejut aq apabila tanganku ditahan seseorang.

"Mesti kau menyesalkan?..." perlahan lahan aq menoleh dan tersentak apabila melihat satu sosok hitam sedang tersenyum ke arahku. 

Rongga hidung ku dapat menghidu bau busuk yang datang daripada sosok itu. Memandangkan jaraknya yang betul betul dekat dengan muka sehinggakan aq dapat melihat mukanya yang hodoh dan dipenuhi dengan ulat itu.

Wajah dan baunya membuatkan aq rasa nak muntah. Jijik dan geli apabila melihat ulat sampah sedang berjalan jalan di dalam mulut dan mukanya. Dia tertawa melihat aq.

"Aq dah bagitahu awal awal...kau yang degil.." sebelah lagi tangannya naik mencekik leher aq. Tersenyum sinis dia melihat aq seperti nyawa nyawa ikan. Aq terbatuk menahan sakit.

Aq cuba untuk menarik nafas tetapi hanya udara yang busuk dan hanyir itu sahaja yang masuk ke dalam pernafasan aq. 

"Le...lepaskan.." aq cuba untuk melawan pegangannya tapi kenapa kuat sangat hantu ni? tak bergerak seinci langsung walaupun aq sudah bergelut minta dilepaskan.

"To..tolong.." aq memejamkan mata apabila tangannya mengeratkan lagi pegangan pada leherku.

"Merda! Lepaskan dialah makhluk hodoh" sosok itu menjerit apabila dia terdorong kebelakang dan jatuh dari katil. Aq cepat cepat menarik nafas setelah pegangan itu dilepaskan.

"Yaya! awak okay?" Tanya Hayden kerisauan. Mungkin dia yang menarik sosok itu sehingga jatuh ke belakang. 

Asal dia buat menjadi, aq buat tak menjadi? lemah sangat ke aq ni? hantu pun select eh sekarang..

Aq mengangguk beberapa kali. Aq masih lagi mencuba untuk menstabilkan nafas. Terasa belakang badanku diusap perlahan. 

"Bernafas perlahan lahan..breathe in..breathe out.." kata Hayden.

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now