* BAB 14 *

620 52 2
                                    

"Apa jadi dengan Yaya, Mak?" kedengaran suara Epa ketika aq tersedar dari pengsan. Aq tak larat nak membuka mata, jadi aq hanya sekadar memasangkan telinga.

"Mak tak tahula Epa..tiba tiba je dia jadi macam ni..dia elok je tidur macam biasa, dalam pukul 2 pagi macam tu dia tiba tiba menjerit...sebelum ni tak pernah jadi benda macam ni.." jelas Mak.

"Takpe Mak, biar kami yang jaga dia. Mak boleh balik berehat dulu ye." ramah Wijah. Korang jangan pelik pulak kenapa depa panggil Mak aq 'Mak', depa tu macam dah jadi ahli keluarga aq so mak aq yang suruh depa panggil macam tu.

"Tolong jaga Alyaa ye" kata Mak seperti meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Epa dan Wijah. Mereka berdua menggangguk tanda faham. Mak kemudian beredar dari bilik.

"Mak Yaya kata apa?" Farish dan Elman bertanya serentak. Depa pun ada kat sini? Yang lain pun ada jugak ke?

"Sama macam apa yang doktor tu cakap, haa, apa kau buat kali ni ya.." Kedengaran sayu dalam suara Epa. Aq cuba menggerakkan badanku.

"urghh..." mak aii..sakit sangat ni, macam dah lumpuh je aq ni. Mereka semua terkejut melihat tindakan aq yang mengejut itu.

"Yaya! Jangan gerak!" Marah Wijah. Semua orang meluru ke arah ku. Perlahan lahan Epa dan Wijah membetulkan kedudukan ku.

"Nak panggil doktor ke?" cepat cepat aq menggeleng. Malas dah aq nak buat check up. Tak nak kena suntik lagi, elok dah kejang badan aq ni, karang dia suntik lagi, tak ke lumpuh terus.

Semua orang melihat aq dengan muka yang menginginkan penjelasan. Tak yah la tengok aq macam tu, seram tahu tak..tahu la saya cantek..eh salah. Aduh..takkan aq nak bagitahu kut.

"Kau ada sorok something dari kitaorang ke Ya?" Tanya Epa. Mukanya jelas mengaharapkan agar aq tidak menipu pada kali ini. Apa aq nak buat nii? Ya Allah, tolong aq..

"Bagitahu je, takpe. Saya izinkan." suara Hayden! Biar betul dia ni.

"Yaya, bagitahu je..ikut cakap saya..trust me" kata Hayden lagi. Aq mengeluh..

"Baiklah kalau macam tu..." Aq menceritakan segelanya. Dari kali pertama aq berjumpa dengan Hayden sampai la sekarang. Takde satu pun yang tertinggal. Depa berhak untuk tahu.

"Jadi Hayden tu yang datang minta tolong kat kau and kau setuju untuk bantu dia?" tanya Farish. Aq mengangguk perlahan.

"Do you know what you have done? Are you crazy? Gile eh? kau setuju untuk tolong orang yang tetiba muncul dekat cermin tandas kau? seriously?" Marah Epa. Nak marah pun pakai bahasa English. Cakapla melayu. Saya gak bisa bahasa english. ehehe..gurau gurau

"Aq tolong dia sebab dia nampak terdesak..lagipun dia jadi macam tu disebabkan aq..takkan aq nak biarkan kut?" balasku. Aq hanya buat perkara yang sepatutnya aq lakukan.

"Tapi kau dah bahayakan diri kau, kau tak nampak ke apa dah jadi kat kau?!" Ehh, tak nak kalah eh minah ni. Kau sabar jap.

"Aq tahu apa yang aq tengah buat! aq tahu korang risau tentang aq! aq tahu korang nak aq bahagia! tapi apa function aq bahagia kalau ada orang yang tengah merana disebabkan aq! takkan aq nak duduk diam kut?! itu bukan benda yang sepatutnya aq abaikan!" aq menghentakkan tangan aq pada meja katil. Sakit la pulak tangan aq..takpe acah cool je.

Tersentak semua orang melihat kelakuan aq. Puas?! Tercungap cungap aq bercakap. Semua orang hanya mendiamkan diri, tiada sesiapa yang berani untuk bercakap.

 Mungkin ini pertama kali depa melihat aq berperangai sebegini. Yelakan, selama ni aq cakap lembut je dengan diorang, tetiba je menjerit tak tentu pasal hari ni.

"Yaya...kitaorang bukan nak salahkan kau, cuma tindakan kau terlampau terburu buru. Apa yang kau buat sekarang ni tak salah, tapi kau tak fikir baik buruk keputusan kau..."Nebi memulakan semula percakapan tadi.

Semua mengangguk tanda bersetuju dengan katanya.

"Aq tahu..tapi aq tak menyesal dengan keputusan aq..aq tak menyesal berkenalan dengan Hayden, dia selalu ada time aq dilanda masalah. Dia sentiasa ada dengan aq ketika aq sedang bersusah payah menyelesaikan masalah ni.." luah aq. 

Bunyi decitan dari belakang membuatkan kami menoleh serentak.

"Apa tengok tengok?" kata Daus.

"Jeles ke bang?" usik Elman. Daus menayangkan muka menyampah. Tertawa kami melihatnya. Epa kemudian mendekati aq lalu mengusap kepala aq perlahan.

"Sorry Ya, aq tengking kau tadi"

"Lek lek sudah." senyuman manis kuberikan kepada Epa agar dia tidak terasa dengan perbuatan dia kepada aq sebelum ini.

"So, settle la ni kan. Tak baik gaduh lama lama." Gembira Wijah apabila kami sudah berbaik semula. Kami mengangguk serentak.

"Tapikan Yaya, Hayden kat mana sekarang ni?" Farish menyoalku

"Dia koma. Sekarang Family dia tengah jaga dia dekat rumah  mereka"

"Ooo, berapa banyak petunjuk yang kau ada sekarang ni?" Farish ni interested dengan kes ni ke macam mana? mentang mentang budak pandai.

"Takdela banyak mana...Aq ada maklumat peribadi Hayden dengan dokumen penjelasan untuk kes penculikan tu" Farish menayangkan muka tidak percaya. Mesti dia tertanya tanya mana aq dapat kan?

"Mana kau dapat semua tu? kau curi ke?" tanya dia. Eh dia ni, aq takdela jahat mana sampai nak mencuri bagai..lagipun ni hak kerajaan kut, kalau depa tahu aq mencuri, tak ke masuk penjara aq dibuatnya.

Sebelum aq membalas pertanyaannya, pintu dibuka dari luar.

"Hi, Yaya. Saya datang nak mela.." tergantung ayat Syawal apabila dia melangkah masuk ke dalam bilik. Terketar ketir dia apabila semua sedang memandangnya.

"Err, saya kacau ke?" apa main tengok tengok ni..segan la. tahula saya hensem hehe..

" Tak, masuklah" pelawaku. Syawal mengambil tempat disebelah Daus.

"Perkenalkan ini Syawal, salah seorang adik kepada Hayden. Dia seorang polis dan ditugaskan untuk menyelesaikan kes Hayden ni. Dialah yang memberikan semua maklumat yang diperlukan kepada aq. Bukan aq pergi curi semua benda tu ye.." jelas aq. 

Ayat terakhir ditujukan kepada Farish dengan tatapan yang tajam. Tersengih Farish melihatku. Syawal pula hanya mengangguk tanda bersetuju dengan kata kata aq.

"Awak ada bawa klip tu tak Syawal?" terkejut beruk semua orang apabila mereka mendengar aq berawak awak dengan lelaki. Depa melihat aq dengan muka yang terkejut. 

Tak pernah pernah depa dengar aq berkata sebegitu kat mana mana lelaki. Haa..macam macam..yang Daus tu pulak dah berside eyes dekat Syawal. Payah betul..

"Jangan la terkejut sangat. Takut member tengok..Sini Syawal." aq memanggil Syawal untuk duduk berhampiran denganku.

"Hehe..sa..saya lalu ye" kan dah tergagap member. Ter tunduk tunduk Syawal berjalan. Belum sempat Syawal duduk di penjuru katil, Daus berkata

"Duduk jauh sikit, tak yah mengada nak dekat dekat" mak ai..bukan kemain garang suaranya. Terkejut Syawal. Terbantut terus niat dia nak duduk. 

Takkan polis pun takut kut. Tapi memang patut pun Syawal takut..sebab dia sorang nak lawan member aq yang ramai ni, mana lepas.. kalau aq kat tempat Syawal, aq pun takut.

"Takpe Syawal, duduk je. Biarkan dia..dia memang macam tu. Korang jangan la serius sangat. Takut member." bukan main lagi depa perhatikan Syawal. Macam nak telan pun ada.

Syawal ni bukan nak buat apa apa pun dekat aq. Aq kembali fokus kepada Syawal. Dia mengeluarkan klip cctv yang aq perlukan. 

Aq mendekatkan diri sedikit kepada Syawal untuk melihat dengan lebih jelas. Tiba tiba Daus datang lalu duduk di antara kami.

"Aq pun nak tengok juga" la mamat ni dah kenapa..dengan muka tegang dia. Jeles tak bertempat.

"Nak juga" ni lagi sorang. Farish datang lalu duduk dibelakang Syawal. Last last semua orang tengok sama sama. Haih..perangai..


MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now