* BAB 9 *

653 53 0
                                    

"Haa..sekarang ni macam mana aq nak cari dia" terpinga pinga aq dekat cafe tu. Dia tak bagitahu pun dia pakai apa? duduk kat meja mana? kan dah jadi masalah nak aq mencari dia bagai. Sedangku merungut soran sorang, ada orang menegurku.

"Awak ke perempuan yang skodeng orang tu?" suka hati dia je panggil aq macam tu walaupun itula realiti, but still mana boleh! Eh, jap..dia tanya soalan tu kat setiap orang yang dia rasa tu aq ke? weyhh, jangan, tersebar aib aq nanti!

"Awak ni elok sikit eh, saya tepuk awak kang"

"Maaf..maaf, saya nak pastikan saja...nanti tersilap macam tadi, tak ke malu saya?" haa..pikir malu kau sorang je ke mat? malu aq ni nak taruk mana? kat muka kau?

"Jum duduk" aq hanya mengekorinya dari belakang, macam pernah nampak je mamat ni, muka dia sama dengan muka mamat yang usha rumah aq..Aq meneliti mukanya....Tenung...

"Jangan tengok muka saya macam tu, tahula saya hensem, malu saya" perasan betul la dia ni, angkat bakul sendiri.

"Perasan" meluat aq. Dia tersengih sengih pulak..

"Jadi, let me introduce myself. Nama saya Syawal. Adik kepada Hayden" bukan adik kepada Ramadhan ke? okay..hambar..Adik Hayden? adakah ini satu petunjuk untuk aq?

"Macam mana awak tahu yang saya tengah tolong Hayden?" 

"Dia bagitahu saya, saya bermimpi dia datang dekat saya dan bercakap tentang awak. Bermula dari situ saya mula mencari maklumat tentang awak. Kalau awak ingat saya ni stalker, awak salah. Saya ni polis, saya ditugaskan untuk menyelesaikan kes abang saya." panjang lebar dia terangkan dekat aq. Tak sangka Hayden boleh masuk mimpi orang..Hebat hebat..

"Ooo, sebab tu haritu saya nampak awak usha rumah saya."

"Rumah awak?" berkerut muka syawal.

"Saya memang tahu alamat rumah awak tapi saya tak pernah pergi sana, lalu pun tak pernah" Ah sudah, kalau bukan dia, sape pulak mamat yang muka sebijik macam dia tu? Aq yakin aq nampak dia haritu. Tiba tiba fon Syawal berbunyi.

"Kejap ye.. ya saya tuan?" dia berlalu pergi meninggalkan aq seketika.

"Itu ke adik saya, hensem macam abangnya." ni lagi sorang perasan. Tak sangka dia betul betul ikut aq kesini. Aq bagi cadangan je tadi.

"Awak boleh masuk mimpi orang ke Hayden?"

"Saya pun tak pasti, saya tak ingat bila saya jumpa dia" Ha.. mungkin itu hanya kebetulan. Tapi ada benefitnya juga. Kalau tak, sampai bila pun aq tak tahu yang Hayden ni ada adik.

"Maaf lama menunggu" kami meneruskan perbincangan kami hingga petang.

"Dah lama rasanya kita berbincang, hari pun dah petang. Saya ada kerja lagi nak buat kat rumah" Syawal mengangguk tanda faham. 

"Kalau awak perlukan apa apa, call je saya" aq tersenyum lalu meminta diri untuk pulang. Hari ni saja, aq dah dapat banyak maklumat tentang Hayden. Syawal pun ada bagi maklumat peribadi Hayden kepadaku. Tak sia sia aq berjumpa dengan dia.

"Yaya.." aduh..tak sempat aq nak balik, datang lagi satu masalah. Bala...bala... Takyah tengok muka, aq dah tahu dah siapa

"Yaya.." haa..

"Ye, daus. kenapa?" mempasrah aq.

"Jum, ikut aq pergi minum?" aq baru je bangun dari kerusi beberapa minit yang lalu. Kebas kat bontot aq ni pun, tak hilang lagi. Dah kena duduk balik. Daus melihat mukaku yang seakan tidak bersetuju dengan pelawaannya.

"Please, Ya" Ish..yela yela, nasib baik kau member aq

"Fine" bercahaya mukanya mendengar jawapanku. Kami menuju ke siber cafe yang berdekatan dengan rumahku. Dengan alasan cepat sikit aq sampai rumah. Nasib baik dia setuju, kalau tak aq dah cau balik dulu.

"Kau nak apa?"

"Aq nak bincang tentang kita" err, cringe. 'Tentang Kita'...geli.

"Aq busy, lagipun kau nak bincang apa? kita bukannya ada apa apa pun"

"kau dah janji, Aq ikut apa yang kau nak, aq buat apa yang kau nak. 13  tahun aq tunggu..13 tahun!..apa lagi yang kau nak ?!" tersentak aq apabila nada suaranya meninggi. 

"Aq nak balik" laju aq bangun ingin beredar dari situ..panas pulak hati aq. Dia dengan janji dia tu boleh pergi mampos.

"Ya..kejap. sorry, aq tak sengaja" pujuk daus. Aq hanya memekakkan telinga. Tanganku disambar Daus, pantas aq menepisnya.

"Kau dah melebih" marahku. Dah tak tahu halal haram ke camne?

"Dengar dulu apa yang aq nak cakap" rayu Daus. Geram la aq dengan dia ni.

"You have nothing to say. Dah aq nak balik" dengan tidak sengaja aq terlanggar seseorang. Aduh, kau pun. Mata letak kat mana Yaya.

"Maaf" ucapku lalu terus beredar, dah takde masa nak menunduk mohon maaf bagai. Dah tak larat nak layan scene baru. Daus tu lantak dia nak buat apa kat situ.

"Yaya eh?" katanya sebelum beredar sambil bersiul.

"Arghh! geramnya! nyampah!" bebel aq. Kusyen sofa dijadikan mangsa amukan aq. 

"Sabar yaya. Bertenang." Ni lagi sorang, macam mana aq nak bersabar lepas kena macam tu? dia ingat aq ni perempuan murah ke? Macam aq tak nampak orang lain bercakap cakap pasal kitaorang. Sape je tak marah?

"Kalau saya tak keluar tadi, benda ni takkan terjadila!" bentakku. Naik turun dada ku..keadaan itu menjadi sunyi buat seketika. Ah, aq terlepas cakap!

"Maaf, ini semua sebab saya" pinta Hayden. Aduh..mulut pun lain kali fikir dulu sebelum bercakap. Tengok apa jadi? orang yang tak bersalah jadi mangsa kemarahanku.

"Bukan salah awak Hayden" pujukku. Namun tiada balasan darinya. Dia merajuk ke? Ala..tolong la. Aq mana pandai pujuk orang. Tambah lagi satu masalah hidup. Dah la penat aq macam ni, semua benda nak jadi masalah ni, serabut kepala otak aq.


MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now