* BAB 18 *

607 59 3
                                    

" Yo gedik, abang kesayangan Alyaa dah datang!" suka hati bapak dia je rempuh masuk bilik aq. Eh, bapak dia, bapak aq jugak.

Terdiam abang aq melihat Syawal di dalam bilikku. Bergilir gilir dia memandang aq dan Syawal. Aq dan Syawal melihat antara satu sama lain.

"Kenapa dengan abang awak?" bisik Syawal. Aq mengangkat bahu. Apahal dengan abang aq tu?

"Ya Allah, Astaghfirullahalazim, Alyaa. Adikku. la taqrabu zina. Jauhilah zina. Awan tak ajar Alyaa berdua duaan dengan lelaki. Dalam bilik pula tu. Mana Awan nak sorok muka Awan yang hensem ni" Najwan acah acah mengelap air matanya.

Banyak drama lah mamat ni. Abang siapalah ni. Buat malu je. Tolong kutip dia..sesiapa?

"Last Awan makan kaki bila?" nak je aq cubit mulut dia. Biar tercabut. Ada ke cakap macam aq tengah buat dosa besar sekarang ni.

"Aik, Alyaa ada kaki ke? ehehe" sinis Najwan. Sabar jelah aq dengan dia. Nyampah aq lama lama melayan perangai dia ni.

Aq memandang Syawal yang terpinga pinga melihat aq dan abang aq. Haih..buat malu je. Aq dah sama macam Hayden dengan Syawal.

Gaduh je kerja. Dah nama pun adik beradik kan. Jarang lah tak bergaduh. Kalau tak bergaduh, kiamat lah tu.

"Syawal, ni abang saya, Najwan. Umur dia sama macam Hayden. 27 tahun. Awan yang ni Syawal, dia sebaya dengan Alyaa." aq memperkenalkan mereka berdua walaupun aq tahu Syawal dah tahu tentang abang aq. 

"Hmm..kerja apa? sekolah lagi ke?" tanya abangku. Apa dia buat ni? pergi temu bual pulak dengan Syawal dah kenapa?

"Ehehe..saya polis bang. Dah habis sekolah dah pun" tertunduk Syawal ingin menyalami abangku. Dah macam mertua bercakap dengan menantu je..

"ooo..polis, bahagian apa? abang kerja astronaut tau. Gaji berapa gaji?" melebih lebih dah dia ni.

"Woi, dah dah lah tu, takde siapa tanya Awan kerja apa. Yang sibuk tanya dia kerja apa, gaji berapa dah kenapa? sibuk je nak tahu" marahku. Baik aq hentikan sebelum benda lagi mengarut dia tanya kat Syawal.

"orang tanya pun salah" kata Najwan sambil memuncungkan mulutnya kehadapan. Gedik.

"Ha, elok lah tu. Buat mulut macam tu. Sini Alyaa stapler mulut tu. Awan datang sini buat apa?" geram aq. Tak pandai dengan tua.

"Abah yang suruh datang. Kalau tak, Awan pun tak hamaklah nak datang sini. Abah suruh bagi ni" Najwan menghulurkan sebuah kotak kepadaku. Cantik kotak ni abah hias.

Aq mengambil tapi belum sempat aq buka, Najwan menghalangku.

"Aip, jangan buka sekarang. Abah suruh buka time Alyaa sorang sorang.  Awan pun tak tahu kenapa" selamba dia je minum air aq lalu baring di atas katil. Aq biarkan saja. Malas nak layan.

"Syawal, awak nak balik dulu ke? kalau nak, pergilah. Kita boleh sambung nanti" kesian Syawal dari tadi terkaku di atas kerusi. 

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Kalau ada apa apa, just call me okay? A dopo" Syawal melambaikan tangannya sebelum berlalu meninggalkan bilik.

"Apa yang dia dopo dopokan tu?" tanya abang ku. Aq menggelengkan kepala. Alyaa pun tak tahulah awan. Dia memang suka cakap bahasa yang aq sendiri pun tak paham.

"Boleh tu Alyaa, nampak kaya" aq menjentik dahi abangku.

"Apa yang boleh? boleh makan penampar?" eh dia ni, tak habis habis suruh aq kahwin.

Dia pun single.  Bila orang tanya nanti, bagi alasan kata nanti isteri rindu time dia kat bulan. Menyampah.

-

"Bila awan nak balik ni?" semak pula aq tengok muka dia lama lama. Bukan apa, kalau dia duduk sini bagi benefit dekat aq takpelah jugak. 

Ni tak, melangut je kerja. Rumah sendiri ada tak nak duduk.

"Nantilah Awan balik, bagilah awan rehat. Nanti kat bulan, dah tak boleh nak rehat dah. Lagipun awan rindu daratan." banyaklah alasan kau. Aq campak kau pergi bulan, baru kau tahu.

"Eh nak kemana?" gelabah abang ku melihat aq turun dari katil.

"Alyaa nak mandi" tahu takut. Takut kena bebel dengan Epa lah tu. Macam aq tak tahu. Yela, nanti jadi apa apa kat aq. najwan yang kena marah sebab tak jaga aq. Ehehe

"mandi elok elok, kang tergelincir, jadi masalah baru pulak" pesannya tapi matanya tertancap pada telefonnya. Macam tak ikhlas je, baik tak payah cakap.

"Ye tahu" dah aq nak mandi. Panas.

Telefon aq berbunyi selang beberapa minit kemudian. Najwan tidak mengangkatnya kerana dia risau dia akan mengganggu privasiku. 

Abang yang bagus tapi keadaan itu tidak bertahan lama. Bunyi telefon itu menganggu ketenteramannya kerana banyak kali berbunyi.

"Ish, bisinglah" bengang pulak abang aq ni. Dia bangun lalu menuju ke arah telefon aq.

"Unknown number?" sape pulak yang call adik aq malam malam ni? kore wa daredesuka?" ehehe, Abang aq pandai cakap bahasa jepun tau. Sebongok bongok perangai dia, dia ni pelajar top dulu kat uni dia.

Najwan menekan butang hijau tetapi dia tidak bercakap apa apa. Hanya sekadar ingin mendengar.

"Hello awak" suara lelaki. Tak habis habis dengan lelaki, takde ke perempuan nak call aq. Tapi kalau ada perempuan cakap macam tu kat aq, tak ke seram. Pelik pula jadinya.

Najwan hanya membiarkan sapaan itu berlalu. Dia ingin tahu apa yang lelaki itu inginkan daripada aq. Lama mereka mendiamkan diri.

"Saya tahu awak ada dekat situ Yaya. Jangan fikir awak boleh lari. Nikmatilah kehidupan indah yang awak ada sekarang ni sebab saya akan ambil semuanya nanti." lelaki itu gelak sebelum sambung bercakap.

"Jangan salah kan saya, awak yang mulakan dulu. Btw seronok berjumpa dengan awak. Nampak macam awak ada masalah dengan boyfriend awak haritu. Buona fortuna. haha." dia menamatkan panggilan.

Termenung abang aq dekat situ. Apa kena dengan mamat ni? Takde perempuan lain ke? adik aq juga yang kau nak usik dah kenapa.

"Awan buat apa dengan telefon Alyaa?" terperanjat dia apabila aq menegurnya dari belakang sambil bercekak pinggang.

"Err, tadi..tadi awan tertendang telefon Alyaa, lepastu terjatuh. Awan cuma nak tolong angkat balik je" tergagap gagap dia bercakap.

"Telefon tu bukan atas meja ke? awan kan duduk atas katil. panjang betul kaki awan eh? sampai boleh tendang sejauh tu" aq mencerlung tajam ke arah abangku. Perlahan lahan aq mendekatinya.

"Ke..kejap, kejap. Bagi Awan explain dulu. Ta..tadi ada orang call tapi tak tahu siapa, bila awan angkat, tengok tengok scammer yang call." aq boleh nampak dahi abangku berpeluh sambil menerangkan apa yang terjadi.

"Betul ni?" nak gelak tapi kena tahan. Kena act cool. Biar dia takut. Aq tak marah pun sebenarnya. Saja nak tengok reaction dia.

"Ye betul. Watashi o shinjite. Watashi wa usowotsuku tsumori wa arimasen purinsesu." dah keluar dah bahasa jepun dia ni. Mana aq nak faham.

"Hmm, yela..lepas ni kalau awan usik lagi, siap Alyaa kerjakan" aq mengusik abangku seperti ingin mencubitnya. Terbeliak matanya. Laju je dia berselindung di bawah selimut.

"Ye, ye janji. Tak yah la cubit" hehehe...comle je abang aq. Nanti kahwin mesti takut bini kan?

"Dah tak yah nak sorok bagai, Epa ajak turun makan" dia bangun lalu berlari keluar dari bilik. Kalau cakap pasal makanan memang dialah orang first pergi.

Boleh dia tinggal aq terkaku macam kayu dekat tengah tengah bilik ni. Dah lah buat salah.

"Kalau pasal makanan, bukan main laju je dia tu" aq merungut lalu menutup suis dan pintu. Kemudian turun menuju ke ruang tamu.

Tanpa aq sedar, ada benda memerhatikan aq dari jendela sebelum hilang disebalik langsir.

"Tunggu kau..."

MIMPI NYATAWhere stories live. Discover now