•2

49 6 0
                                    

Selepas tamat sesi berkenalan di dewan, tepat pukul 11:30, semua pelajar tingkatan 1 diarahkan untuk berkumpul di dewan terbuka ( saje nak bagitau sekolah yg aku buat ni Ade dua dewan ha tu je la dh sambung ).

"Hm ingatkan hari pertama masuk sekolah dapat rasa makanan kantin SMK" keluh Reen. Selepas berkata begitu, bahu Reen dicubit oleh seorang pelajar perempuan yang kecil molek.

" Kau giler ke ha? Kita ni tengah puasa memang la tak pergi kantin" marah Putri Qaisarah, kawan baik Reen dari sekolah rendah lagi.

"Hehe aku lupa la" kata Reen sambil mempamerkan senyumannya yang manis seperti gula anjayyy.

Melihat itu, Qaisarah hanya menggeleng kepala sahaja. Dia sudah terbiasa dengan sikap 'random' dan pelupa si Reen ni. ( Bertabahlah Qaisarah hehe lope you )

Setelah semua pelajar tingkatan 1 berkumpul di dewan terbuka, cikgu Adnin selaku guru yang bertugas untuk menjaga adik-adik yang baru sahaja memasuki SMK pada hari itu mengarahkan mereka untuk membuat satu barisan lurus.

"Sekarang dekat tangan cikgu ade empat kertas. Saya nak empat orang dari sebelah kiri kehadapan satu langkah untuk ambil kertas ni secara random" ucap cikgu Adnin.

Selepas empat orang pelajar itu mengambil kertas dari tangan cikgu Adnin, mereka memulangkan semula kertas itu kepada cikgu Adnin dan memberi giliran untuk pelajar lain mengambil kertas itu.

"Jadi semua dah ambil kertas ni dan dah tahu ape yang tertulis di kertas ini betul?" Tanya cikgu Adnin dan dibalas anggukan dari pelajar tingkatan 1.

"Baiklah. Kertas ini adalah nama rumah sukan kamu. Alphard adalah biru, Velfire adalah kuning , Lambor adalah hijau dan Myvi adalah merah. Siapa yang dah tahu dia rumah sukan ape bole tulis dalam kertas kosong agar tidak lupa rumah sukan,kelab, sukan dan Unit badan beruniform"

"Eh tenok, kau dapat rumah sukan ape??" Tanya Reen.

"Aku rumah biru. Kau pulak?" Jawab Qaisarah dan menanya pula Reen.

"MANTAP SAMA DHO RUMAH SUKAN KITA! YES BOLEH LA AKU BERKEPIT DENGAN KESAYANGAN AKUU!" jerit Reen dengan riangnya.

Qaisarah yang mendengar jeritan itu menutup telinganya dan juga mukanya kerana malu dilihat orang
"Siot la kau Reen, nak jerit tu perlahan la sikit. Malu la orang tengok." Marah Qaisarah

Reen hanya tergelak kecil dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Kini mereka diarahkan untuk duduk ditepi dewan untuk sesi pemilihan Unit badan beruniform, kelab dan persatuan dan sukan permainan.

Sedang duduk di tepi dewan, Reen membuka perbicaraan antara dia dan Qaisarah.

" Wey Qai.. kau rasakan si 'd' tu masuk rumah sukan ape eh?" Tanya Reen dengan suara yang perlahan sambil menunduk namun Qaisarah dapat mendengar pertanyaan itu.

" Kau ni demam ke? Tetiba tanya pasal mamat Bangla tu. Kau kata nak move on. Come on Reen kita dah masuk tingkatan 1 tau and kau still berharap kat dia?" Tanya Qaisarah bertubi-tubi dan Reen yang mendengar itu hanya menundukkan kepala sahaja.

Siapa lelaki yang dimaksudkan Reen itu? Kenapa Qaisarah marah sangat bila Reen sebut pasal lelaki tu?

Siapa 'd'?



Bersambung..

Hehe harap korang suka ye. Jangan lupa vote tau. Dah babaiii



crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now