•19

9 5 0
                                    

Seorang gadis kecil berjalan kaki pergi ke taman hospital. Di taman itu, ada ramai pesakit yang sedang beriadah dan ada juga orang yang melawat pesakit di hospital ini.

Gadis kecil itu hanya berjalan bersendirian sahaja. Ahli keluarga serta kawan-kawannya tidak datang melawatnya. Disebabkan bosan, gadis itu bersiar-siar di taman hospital.
Hatinya tenang melihat langit biru dan awan yang gebu. Dia menghirup udara segar.

"Az.." seseorang memanggil Reen. Ye gadis itu adalah Reen. Reen menoleh kebelakang untuk mencari sumber suara itu.

"Darwisy?" Ucap Reen pelan saat melihat figura manusia dibelakangnya. Orang itu menaikkan kening sebelah kanannya.

"Siapa Darwisy?" Tanya doktor Faiz. Dia memetik jari di hadapan muka Reen untuk menyedarkan gadis itu dari mengelamun. Reen kaku. Macam manalah dia boleh sebut nama Darwisy sedangkan doktor Faiz yang memanggilnya. MALU!!

"D-dia.." ucap Reen tergagap. Lidahnya kelu. Doktor Faiz mengangguk. " Takpe saya taknak tahu pun siapa dia." Ucap doktor Faiz. Reen sedikit lega kerana tak perlu memberi tahu doktor Faiz lagi.

"Az" panggil doktor Faiz. Reen terbeliak mata. Raut wajahnya berubah. Dahinya berkerut.
"Az?" Tanya Reen. Doktor Faiz mengangguk lagi. " Nama awak kan Azreen jadi saya panggil Az, nampaklah special sikit."
Reen tergamam.

"Kenapa awak tak suka ke saya panggil Az?" Tanya doktor Faiz.
"Tak, saya tak suka langsung." Jawab Reen tegas. Dia pergi ke bangku taman dan meninggalkan doktor Faiz.

'maaf, tiada siapa yang boleh panggil aku Az kecuali darwisy.' monolog Reen dalam hati.

'mesti panggilan Az Ade kena mengena dengan budak mentah tu. Cis' monolog lelaki itu dalam hati.








Bersambung..

*Halo ges saya kembali. Maaf chapter kali ni pendek sikit, idea dah kering hehe. Jangan lupa vote ye teman²😘

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now