-SPECIAL FOR RAYA🎵-

18 5 3
                                    

Tahun berikut-berikutnya...

*Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, allahhuakhbar..

Takbir raya mula bergema di masjid. Ramai penduduk di kawasan perumahan taman Sri Mawar mula bersiap ke masjid bagi menunaikan solat subuh dan melaungkan takbir raya.

Mereka berasa gembira kerana hari kemenangan untuk umat Islam sudah tiba. Riuh rendah rumah kerana sanak saudara. Ada juga yang pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan ibu bapa mereka.

Berbeza dengan Reen, di pagi raya yang indah ini dia sudah terpekik terlolong mengejut suaminya yang tercinta ;).

"SAYANG BANGUNLAH!! AWAK NI TIDUR KE MATI?!!" Jerit Reen pada suaminya. Nak Aje dia mengeluarkan kata kasar tapi itu dikira berdosa dengan suami. Kesabaran Reen semakin menipis ketika suaminya semakin lena. Tanpa fikir panjang, Reen mencubit telinga suaminya.

"Shafiq Nazrie bangun!!" Jerit Reen dan menguatkan cubitan ditelinga Rie. " ADUH!! ANJEE SAKIT ANJEE!" jerit Rie kesakitan. Dengan perlahan Rie duduk di atas katil sambil memegang telinganya. Rie yakin telinganya akan bengkak untuk beberapa hari.

" Awak ni tidur ke mati hah?! Susah betul nak bangun. Malam tadi awak beria cakapkan nak tolong saya sediakan barang untuk balik rumah mama, sekarang dah pukul ni?! Takkan orang balik solat raya baru awak nak bangun?!" Marah Reen. Nahaslah Rie. Reen takkan berlembut bila tengah marah.

Harap bersabar Yee :|

" Anje sabar anje. Bawa mengucap. Kesian baby kita dalam perut tu" ucap Rie yang cuba menenangkan isterinya. Dia mengusap perut 9 bulan Reen. Usapan itu sangat lembut namun disebabkan masih marah Reen menepis tangan suaminya.

" Asyik fikir pasal baby je, saya ni awak tak fikir!" Ucap Reen. Dia keluar dari bilik tidur mereka dengan kaki yang menghentak lantai. Rie menghela nafas panjang.

"Sabar Rie, perempuan mengandung memang gitu" kata semangat Rie pada diri sendiri. Dia turun dari katil dan pergi ke tandas untuk mandi.

__

__

__

"Assalamu'alaikum.." Rie memberi salam lalu masuk ke dalam rumah. Dia baru sahaja pulang dari masjid untuk menunaikan solat sunat raya.
Rie meletakkan songkoknya di atas meja dan pergi mencari isteri kecilnya.

"Anje.. anje kat mana??" Panggil Rie. Terdengar suara bancuhan air di dapur. 'kat dapur rupanya' ucap Rie dalam hati. Dia pergi ke dapur dengan langkah perlahan.

"Hehe.." ketawa Rie dengan perlahan.
Satu langkah...
Dua langkah...
Tiga langkah...

/"BAAAA!!"

/"ARGHHH!!" Jerit Reen terkejut. Dia pusing ke belakang dan melihat Rie sedang ketawa riang. Dengan perasaan geram dia mencubit perut suaminya.

"Aduh..duh sakit anje sakit." Keluh Rie. Pagi tadi telinga lebam, ni perut pula yang lebam. Ish Ish Ish kesian.

"Siapa suruh awak terkejutkan saya ha?! Pat pat siku lipat, siapa suruh minta,kan dah mendapat." Marah Reen. Rie tergelak kecil sambil memegang perutnya yang dicubit Reen. Ngilu ;)

" Anje buat air ni untuk apa??" Tanya Rie sambil memeluk Reen dari belakang. " Tadi waktu sayang solat raya mama call. Dia cakap nak datang dengan papa. Ibu dengan ayah pun ikut sekali." Jelas Reen panjang lebar. Rie mengangguk faham.

Selepas Reen siap membancuh air, dia hidangkan di atas meja makan. Rie menyuruh Reen duduk di sofa kerana takut Reen terlalu penat. Maklumlah ibu mengandungkan cepat penat. Selepas dipaksa beberapa kali, Reen pasrah dan duduk di sofa sambil menonton tv.

Rie pun pergi ke dapur untuk menghidang makanan di atas meja.

-
-
-

Tok..Tok..Tok..

" Assalamualaikum." Suara seseorang memberi salam dan mengetuk pintu rumah Rie. Reen yang mendengar suara tetamu diluar ingin bangun dari duduknya. Tapi pergerakannya ditahan oleh Rie.

"Anje duduk je okey? Biar sayang yang buka pintu." Ucap Rie lalu pergi ke pintu utama. Tepat waktu pintu rumah dibuka, seorang wanita tua berbaju kurung ungu dan bertudung bawal memeluk Rie dengan erat.

"Rindunya dengan anak mama ni" ucap puan Zuraidah. Mama Rie dan mama mertua Reen. Selepas puas memeluk Rie, puan Zuraidah pergi ke arah Reen dan memeluk wanita itu.

" Rindunya kat menantu kesayangan mama ni" ucap puan Zuraidah sambil mencium pipi kiri Reen. Reen tersenyum kecil kerana tingkah laku itu. " Eh lupa pula. Assalamualaikum cucu nek ma. Selamat hari raya ye." Ucap puan Zuraidah sambil mengusap perut buncit Reen. Mereka tergelak ketika bayi itu menendang perut Reen.

Sedang seronok mereka berborak sakan, ada sepasang mata yang memandang dengan wajah tak puas hati. Orang itu pergi ke puan Zuraidah dan Reen lalu memeluk Reen dengan erat.

" Ish mama ni sibuk je nak peluk isteri Rie. Dahlah peluk lama-lama, siap cium pipi Reen lagi." Ucap Rie sambil mengelap pipi Reen yang dicium puan Zuraidah. Puan Zuraidah yang tak mahu kalah pun bersuara.

" Eh suka hati mama lah. Ini menantu mama tau" ucap puan Zuraidah. Akhirnya pertengkaran antara Rie dan puan Zuraidah bermula. Encik Yusuf hanya memandang sambil menggeleng kepala sahaja.

"Assalamualaikum. Kami datang nak raya.." pertengkaran Rie dan puan Zuraidah berhenti ketika mendengar suara seseorang memberi salam.

"Ibu!!" Jerit Reen gembira. Dia bangun dari duduknya dan berlari ke arah puan Lina. " Ish Reen, jangan lari-lari. Reen tengah sarat mengandung, kalau apa-apa jadi macam mana?" Tegur puan Lina. Reen tersenyum arnab saja.

Akhirnya semua orang yang dinanti telah berada di rumah Reen. Ibu bapa Reen yang sedang berbual dengan mama papa Rie, Azri adik bongsu Reen sedang meluat melihat abangnya, Azhar sedang bergambar dengan tunangnya Farhana.

Reen cukup bahagia melihat semua orang ada di sisinya. Dia mengalirkan air matanya kerana teringatkan atok dan neneknya. Air mata Reen yang mengalir itu diusap oleh Rie.

" Anje. Janganlah sedih. Hari ini sayang nak anje happy je. Taknak sedih- sedih. Okey?" Ucap Rie dengan lembut. Reen cuma mengangguk kepala.

" SEMUA SELAMAT HARI RAYA!!" Jerit seorang wanita didepan pintu rumah. Wanita itu ialah Shila. Di hari yang mulia ini, sifat extrovert nya muncul.
Disebelah Shila, ada seorang lelaki tinggi berkulit putih. Lelaki itu adalah Harraz. Suami Shila. Mereka baru berkahwin sebelum puasa.

Selepas Shila dan Harraz masuk ke dalam rumah. Ada lagi tetamu yang datang dan memberi salam. Kini pasangan yang lain pula yang datang. Qaisarah yang ayu berbaju kurung coklat bersama suaminya yang tercinta, Taufiq. Alyssa yang sedondon dengan tunangnya Zafri Aiman. Akhir sekali, Amira dan Amirul yang baru sahaja dalam frasa mengenal hati.

Makin meriah suasana rumah Reen kerana kehadiran kawan-kawannya.
Tiba-tiba..

"ARGHHH!" jerit Reen kesakitan sambil memegang perutnya. Rie yang terdengar jeritan Reen itu menjadi panik begitu juga dengan semua orang.

" Anje.. anje kena- HAH?!" Rie terkejut ketika dia menghampiri Reen. Air mengalir dari kaki Reen ke lantai. " Woi air ketuban pecah!!" Jerit Alyssa. Semua semakin panik dan tak tentu arah.

Dengan panik, Rie mendukung Reen untuk dibawa masuk ke hospital. Semakin menggila mereka ketika enjin kereta Rie tidak hidup. Akhirnya mereka pergi ke hospital menggunakan kereta encik Anwar.
Seluruh seisi rumah mula bergegas ke hospital.

Jadinya, pada 1 syawal yang indah nan mulia ini, keluarga serta kawan-kawan Reen dan Rie dilanda dengan masalah panik.

Selamat bersalin Azreen!!






















*Hai semua saya kembali!!

Tidak terlambat untuk ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf jika Amai ada salah dan silap dengan korang Yee.
Oh ye untuk chapter kali ni Amai spoiler sikit untuk masa depan Reen dan Rie. Huhu. Agaknya panjang sangat tak chapter ni? Hm takpe la hehe.

Byeee semua jgn lupa vote 😻

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now