•13

18 4 0
                                    

Reen mengusap airmatanya yang mengalir di pipi. Selepas turun dari motor dan tidak sengaja mengingati seseorang di masa lalunya, Reen terus berlari masuk ke dalam rumah. Dia sempat pergi ke dapur untuk meletakkan aiskrim dalam peti sejuk dan berlari ke biliknya.

Dia menangis tanpa suara supaya tidak didengari sesiapa. Reen menekup mukanya dengan bantal agar bunyi tangisan tidak dikeluarkan.

" Dia takkan terganti. Dia takkan terganti!" Ucap Reen dengan tangisan yang belum reda. Dia terlalu menyukai Darwisy sehingga hanyut dalam perasaan.

" Kenapa aku terlalu suka kat dia?! Patutnya lepas aku tau Zila suka dia, aku terus buang perasaan ni!! Tapi aku tetap pendam!" Marah Reen pada dirinya sendiri.

Satu jam setengah Reen menangis dan sekarang dia termenung. Fikirannya terlalu kosong. Dia memandang setiap sudut biliknya. Pandangannya terhenti pada pisau kecil di atas meja belajarnya.

Reen pergi ke meja belajarnya dan duduk di kerusi kecil berwarna ungu. Dia mencapai pisau kecil dan menggenggam erat. Dia bersedia untuk menoreh tangannya tetapi sempat dihalang oleh wak Pie.

Selepas Reen berlari masuk ke dalam bilik, wak Pie berasa tidak sedap hati. Seolah ada sesuatu yang buruk ingin Reen lakukan. Setelah satu jam setengah wak Pie berdiam diri, dia pergi ke bilik Reen.

Banyak kali wak Pie mengetuk pintu bilik itu namun tiada sahutan. Akhirnya wak pie bertekad untuk menendang pintu yang terkunci itu berkali-kali.

Setelah lima kali percubaan untuk menendang  pintu itu, akhirnya pintu bilik Reen terbuka luas. Wak pie masuk ke dalam bilik itu dan terkejut melihat Reen yang menggenggam pisau kecil dengan tatapan kosong.

"REEN!" jerit wak pie dan merampas pisau kecil itu. Reen memandang wak Pie dengan tatapan sayu. Dia kembali mengalirkan airmatanya. Wak pie membuang pisau kecil itu ke dalam tong sampah' dan menghampiri Reen.

"Reen.." panggil wak Pie dengan lembut. Reen memeluk wak pie dengan erat. Tangisan dia semakin menjadi. Fikirannya yang kosong menjadi celaru.

"Atok tau tak semua orang sanggup hadapi ujian yang tuhan bagi tapi bukan ini cara untuk menyelesaikan masalah." Ucap wak Pie sambil mengelus rambut Reen.

Wak pie cuba menenangkan Reen dengan memeluk cucunya dengan erat. Setelah beberapa minit berpelukan, wak pie memanggil Reen.

"Reen" panggil wak Pie namun tiada sahutan. Dia memandang wajah sembab Reen. Wak pie menepuk pelan pipi Reen untuk membangunkan gadis itu namun tiada hasil.

"Reen bangun Reen" ucap wak Pie dengan panik. Dia menggoncang pelan badan Reen agar cucunya segera bangun. Tapi Reen masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bangun.

Dengan cemas wak Pie mendukung Reen dan berlari ke rumah tamu. Dalam keadaan cemas, wak pie sedikit menjerit untuk meminta tolong.

" Semua! Cepat sini!! Reen pengsan!" Jerit wak pie dengan cemas. Seisi rumah mula berlari ke ruang tamu tempat wak pie datangi.

Encik Anwar mengambil kunci keretanya dan membawa Reen ke hospital. Dia memandu dengan laju.
Reen masih didukung wak Pie. Puan Lina yang duduk di sebelah wak Pie cuba membangunkan Reen. Dia membasuh muka sembab Reen dengan air mineral yang dibawa.

Banyak lampu merah yang dilanggar encik Anwar kerana mengejar kecepatan. Baginya Reen lebih penting berbanding undang-undang jalan raya.






Bersambung

* Org dah penat buat tauuu so korang kena penat vote ye byee

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now