•3

36 5 0
                                    

"aku.." belum sempat Reen menjawab soalan Qaisarah, cikgu Adnin telah memanggil pelajar yang ingin menyertai Unit badan beruniform.

"Sekarang saya nak buat pemilihan Unit badan beruniform. Ubb pertama ialah kadet remaja sekolah. Siapa yang ingin menyertai sila bangun sekarang." Ucap cikgu Adnin.

"Haa tu cikgu dah tanya. Erm aku bangun sat eh." Ucap Reen dan lantas sahaja ia bangun dari duduknya. Qaisarah hanya menggeleng kepala sahaja.

"Ada lagi yang nak menyertai KRS? Kalau takde yang berdiri ni boleh bagi nama dekat cikgu Rohaya. Selaku guru penyelaras KRS." Ucap cikgu Adnin lagi. Semua pelajar tingkatan 1 yang ingin menyertai KRS bergerak ke cikgu Rohaya untuk memberi nama.

Perkara ini berlanjutan sehingga tamat sesi pemilihan Unit badan beruniform. Untuk aktiviti ubb ini Reen terpaksa berpisah dengan Qaisarah kerana Qaisarah memilih puteri Islam dan Reen memilih KRS.

"Ehh asal kau masuk puteri Islam. Nanti aku takde kawan macam mana.." kata Reen dengan sedih.

"Aku malas nak beli baju baru lah. Lagipun baju puteri Islam waktu aku darjah enam tu muat lagi so pakai jela." Ucap Qaisarah yang sebenarnya sedikit sedih kerana berpisah dengan Reen.

Selepas pemilihan Unit badan beruniform, kini cikgu Adnin menyambung ke sesi pemilihan kelab dan sukan sekolah.

" Wey Reen" seorang pelajar perempuan memanggil Reen yang ada dihadapannya.

Reen yang merasakan dirinya dipanggil pun menoleh ke belakang.
"Oh kau rupanya Dina, ingatkan sape lah yang panggil tadi" ucap Reen sambil memposisikan dirinya menghadap Dina, kawan sekelas Reen sewaktu di sekolah rendah.

" Aku nak tanya ni. Kau masuk sukan apa nanti??" Tanya Dina. Reen memikirkan sukan apa yang ingin ia masuki.

"Erm kalau bola baling aku tak pandai main, kalau bola tampar nanti sakit tangan, bola jaring pula aku ni takde lah tinggi mana , bola sepak takde yang untuk perempuan haih. Pilihan aku ada dua je. Sama ada badminton atau catur" ucap Reen kepada Dina.

"Jom lah masuk badminton, nanti aku Ade geng kat sukan tu takde lah lonely." Ucap Dina. Reen berfikir lagi.

" Hm boleh jugak tu. Kalau bab badminton ni aku boleh dah jadi anak angkat Lee Chong wei HAHAHA" ucap Reen dengan bangga. Qaisarah yang mendengar celoteh Reen itu hanya menggeleng kepala.

"Perhatian. Sekarang sesi pemilihan sukan badminton. Siapa yang nak masuk sukan ni dengan pantas beratur depan saya. Dalam kiraan tiga semua kena ada dihadapan saya"

1..

2..

Sebelum kiraan 3 disebut, Reen dengan pantas bangun untuk beratur di hadapan cikgu Adnin. Tapi nasib tidak menyebelahi Reen. Saat Reen ingin berlari melalui kerusi,dia hampir berlanggar dengan seorang pelajar lelaki yang secara tiba-tiba berada di hadapannya. Disebabkan itu, Reen dengan cepat mengundurkan badannya .

Tepat kiraan 3, semua pelajar yang ingin menyertai badminton telah beratur di hadapan cikgu Adnin.

Reen sedikit kecewa kerana tidak dapat menyertai sukan badminton dan menemani Dina di sukan itu. Dengan perasaan sedih, Reen kembali ke tempat duduknya.

"Oi janganlah sedih. Kau kan boleh masuk catur. Nanti kau geng la dengan aku." Ucap Qaisarah yang mengetahui perasaan sahabatnya itu.

"Huftt, bazirkan tenaga aku je. Penat tau tak lari-lari ni." Ucap Reen dengan kesal.

"Ala takpe la halalkan je. Dalam kau sedih sebab tak dapat masuk badminton tu, Ade untungnya tauuu." Ucap Qaisarah. Reen yang mendengar itu kehairanan.

"Aik, ape yang untungnya?" Tanya Reen kepada Qaisarah.

Qaisarah terdiam seketika. Dia memandang wajah Reen. " Untungnya ialah kau takkan hadap muka si 'd' tu dekat sukan badminton" ucap Qaisarah selepas diam untuk seketika.

Reen yang mendengar itu turut berdiam diri.

"Kenapa kau tak bagi aku hadap muka mamat tu?" Tanya Reen. Qaisarah yang mendengar pertanyaan itu dengan pantas menepuk paha Reen. Reen mengusap pahanya yang ditepuk dengan kuat oleh Qaisarah.

"Soalan bodoh ape yang kau tanya dekat aku ni?! Kau sendiri tau kan siapa lelaki yang buat kau rasa sakit hati untuk kali pertamanya? Dia kan. Siapa yang orang yang selalu buat kau terluka dan kau still sabar sebab dia first love kau? Mamat tak guna tu kan. And lagi satu, sebab dia juga kau tumpahkan air mata kau yang berharga dan kau sanggup toreh tangan kau sendiri. Sebab apa? Sebab kau terlalu cintakan mamat tu dan terlalu terluka pun sebab mamat tu!" Marah Qaisarah dengan panjang lebar.

Reen yang mendengar itu hanya menunduk. Dia tahu apa yang dikatakan sahabatnya itu, semuanya betul. Takde yang salah.

"Sebenci itu eh kau dekat dia?" Ucap Reen dengan senyuman yang hambar.

"Ye memang aku benci dia. Sebab dia kau sanggup toreh tangan kau. Sampai masuk hospital pulak tu!" Ucap Qaisarah.

Reen mendengar itu hanya mampu tersenyum. Dia faham sebab apa sahabatnya ini marah besar.

" Kalau waktu tu, dia tak pernah pindah sini.. mesti aku takkan rasa sakit kan?" Ucap Reen dengan airmata bergenang di kelopak mata.

Qaisarah yang tahu sahabatnya sedang menahan airmata itu, lantas sahaja memberikan tisu yang ada dalam poket seluarnya.

"Aku tau kau kuat Reen. Kau Ade aku, family kau dan kawan kau yang lain. Kalau ada masalah, jangan segan-segan cerita kat aku ok?" Ucap Qaisarah untuk menenangkan fikiran Reen.

Reen bersyukur kerana diberi sahabat yang baik seperti Qaisarah ini. Reen juga berharap di SMK ini , dia dapat membuang perasaan dekat masalalunya itu.

Siapa sebenarnya masalalu Reen?

Bersambung..

Hehe harap korang suka ye babaiii

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now