•5

31 4 0
                                    

Sedar tak sedar rupanya tinggal seminggu je lagi tempoh kita puasa. lepas tu kita raya yeahhh!! Time macam ni lah semua orang akan beli baju raya.

Begitu juga keluarga Reen. Mereka sibuk mencari baju raya yang akan dipakai mereka.

"Eh kita nak pakai tema apa ye? Biru cair tu macam cantik jer" ucap paksu Reen yang bernama Amir.

"Eii tahun lepaskan dah pakai biru takkan tahun ni biru jugak. Takde tahun ni kita semua pakai hijau."ucap Reen dan kerana tidak sefahaman, Reen dan Paksu Amir beradu mulut kerana tidak terima cadangan Satu sama lain.

"Sudah cukup la tu! Haish yang korang berdua ni dah macam anjing dengan kucing asyik bergaduh je" marah wak Pie.

"Dia yang mula dulu!" Ucap Reen dan Paksu Amir serentak.

"Dah cukup. Tahun ni kita semua pakai merah. Muktamad!" Ucap wak Pie dan dibalas anggukan sahaja.

"Ni semua salah kau" ucap paksu Amir. "Eii salah ucu la" ucap Reen tidak mahu kalah.

Malamnya pada pukul 9:45. Keluarga Reen baru sahaja sampai di rumah.

"Penatnya!" Ucap adik Reen. Azhar Rayyan. " Terpaling penat mat. Bukan kau buat pape pun" kata Reen kepada Azhar.

"Ha dah mula la tu nak gaduh. Takde sekarang semua pergi masuk bilik, pergi mandi. SEKARANG!" marah puan Lina. Reen dan Azhar terus berlari ke bilik mereka.

Selepas mandi dan menunaikan solat Isyak, Reen baring di katilnya sambil melihat TikTok di telefonnya. Ketika dia leka dengan telefonnya, muncul notification whatsapp.

Reen menekan notification tersebut dan melihat siapa yang mesej dia.

Qaisarah kesayangan ku🙈

Weyy!
22:00

You:
Ape bende kau ni haish.
Rindu cakap jela.🙈
22:01

Eii takde masa aku
Nak rindu kau 🤢.
22:02

You:
Sampai hati kau Hiks.
Btw kau nak ape ni chat
Aku?
22:02

Aku saja nak tanya
Raya nanti kau pakai baju
Ape?
22:02

You:
Aku pakai warna merah .
Nape kau nak matching dgn
Aku ke😱.
22:03

Eh drpd aku matching
Dgn kau, lebih baik
Aku matching dgn cikgu
Luth buah hati ku😘
22:03

You:
Ehh kau ni. Aku bagi tau
Mak kau yg kau gatal.
22:03

Eleh kau pun sama
Jee
22:04

You:
HAHAHA. Dah aku
Nak tgk TikTok Cau luu.
22:04

Iyooo
22:05

Reen kembali menonton TikTok nya itu. Sedang leka dia menonton, ada satu video yang menarik perhatian Reen. Video itu mengisahkan tentang seorang perempuan yang matching dgn crush dia sewaktu jamuan raya!! lelaki tu pun sebenarnya suka kat perempuan tu!! Diorang pun confess each other. Ha Lepas tu korg tau sendiri laaa.

Reen diam memerhatikan video tu. Tiba-tiba perasaan sedih datang ke  hati Reen.

"Aku pun nak matching dgn dia juga..tapi boleh ke? Hm" ucap Reen sendu. Reen keluar dari apps TikTok dan membuka apps galeri.

Dia menekan satu album 'special' di galeri itu. Selepas 2 saat album 'special' itu ditekan, dia melihat gambar seorang lelaki.

"Kenapa susah sangat kau nak terima aku? Buruk sangat ke aku ni? Kenapa aku susah sangat nak lepaskan kau ni? Kau dah calit minyak dagu kat aku ke? Atau kau dah bagi aku makan nasi kangkang ;)?" Ucap Reen sambil mengusap gambar seorang lelaki misteri.

Bersambung..

Jgn lupa vote Yee byee

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now