~12

19 3 0
                                    

24 Jun 2020

Hari dimana sesi persekolahan kembali dijalankan. Selepas beberapa bulan pelajar dan seluruh manusia duduk di rumah kerana pandemik COVID-19, kini semua telah berakhir. Pelajar boleh kembali ke sekolah dan penduduk lain juga boleh kembali bekerja.

Reen datang ke sekolah pada pukul 6:34 pagi. Dia begitu teruja kerana dapat kembali ke sekolahnya dan berjumpa dengan buah hatinya iaitu Qaisarah ;).

'5 Jebat '

Itulah nama kelas Reen. Reen sedikit berlari untuk pergi ke kelasnya. Namun langkahnya terhenti apabila melihat seorang lelaki yang mencuba membuka pintu kelasnya. Reen menghampiri lelaki itu.

"Assalamualaikum" ucap Reen. Lelaki itu memusingkan badannya dan memandang Reen yang sedikit rendah darinya.
"waalaikumussalam" balas lelaki itu. Reen memandang lelaki itu dengan teliti.
Lelaki yang dipandang itu rasa pelik. Reen memandangnya dari atas sampai ke bawah.

"Kau budak baru ye?" Tanya Reen teruja. Sebagai seorang yang mudah berkawan, dia mesti mengenali lelaki ini dengan ramah mesra.

"Ye, aku budak baru" ucap lelaki itu. Reen sedikit terpana dengan mata lelaki itu. 'Mamat ni macam helok je. Suara pun boleh tahan soft.' Ucap Reen dalam hati.
Lamunan dia tentang lelaki itu terhenti kerana lelaki itu memetik jarinya di depan muka Reen.

"Kau budak kelas ni kan? Tolong aku buka pintu ni boleh? Aku dah cuba tapi penahanan pintu tu ketat sangat." Ucap lelaki itu seakan mengadu pada Reen.

"Hmm. Kejap aku cari idea." Ucap Reen. Dia mundar mandir memikirkan idea. Sudah pukul 6:47 tapi rakan sekelasnya yang lain masih belum dilihat. Biasanya, Reen akan datang ke sekolah pada pukul 6:50 pagi. Waktu itu sudah ada pelajar lain di kelasnya. Jadi tidak perlu ia bersusah-payah untuk membuka pintu.

💡 Sebuah mentol menyala di kepala Reen. Dia pergi ke pintu belakang kelasnya. Sebelah pintu itu, terdapat tingkap yang tidak mempunyai cerminnya. Reen memasukkan tangannya ke tingkap yang kosong itu untuk mengambil penyapu. Sedikit susah untuk mencapai penyapu itu kerana agak jauh dan tinggi.

"Ish kenapalah tangan aku ni pendek sangat" bebel Reen. Dia masih berusaha mengambil penyapu itu. Tiba-tiba sepasang tangan menarik beg sekolahnya ke belakang. Reen memandang orang yang menarik beg sekolahnya. Lelaki yang memegang gelaran budak baru itulah yang menarik begnya ke belakang.

Lelaki itu memasukkan tangannya ke dalam tingkap yang kosong itu dan mengambil penyapu. Dia sudah melihat gerak geri Reen dari awal lagi. Dia rasa kesian kerana usaha Reen untuk mengambil penyapu itu tiada hasil. Jadi dia mendekati Reen dan menarik beg sekolah perempuan itu.

Selepas mengambil penyapu itu, dia memandang Reen. " Aku tau yang aku ni budak baru. Tapi tak salah kalau kau minta tolong aku." Ucap lelaki itu dan pergi ke pintu depan dan membuka pintu. Dia sudah tau idea yang Reen fikirkan.

Lelaki itu masuk ke kelas dan diikuti Reen. Lelaki itu memulangkan semula penyapu pada Reen. Reen mengambil penyapu itu dan mula berbicara.

"Terima kasih sebab dah tolong aku tadi and sorry sebab aku macam sombong, acah taknak minta tolong kau tadi" ucap Reen sambil menggaru tengkuknya dari luar tudung.

" Sama-sama. Kau tak payahlah minta maaf benda kecil je tu." Ucap lelaki itu sambil senyum. Walaupun memakai mask, Reen tau bahawa lelaki di depannya ini sedang senyum, jadi dia pun membalas senyuman itu.

"Oh ye kita tak berkenalan lagi. Nama aku Azreen Natashah. Kau panggil aku Reen ataupun panggilan yang kau suka. Nama kau pulak apa?" Tanya Reen memulakan perkenalan. Lelaki itu masih lagi tersenyum.

"Nama aku Aizad Darwisy. Aku pun tak kisah kau nak panggil aku apa, asalkan panggilan yang elok." Ucap lelaki itu dengan senyuman yang tidak lepas dari bibir. Walaupun senyum itu tidak dapat dilihat kerana mask tapi riak mata lelaki yang bernama Aizad Darwisy ini mampu membuat jantung Reen berdegup kencang.

"Okey. Erm kalau aku panggil kau Wisy je boleh tak?" Tanya Reen sambil tersenyum. Darwisy mengangkat kening sebelah kirinya lalu mengangguk kepala.

"Comel. Ok kau boleh panggil aku Wisy tapi kau kena benarkan aku untuk panggil kau Az. Boleh?" Tanya Darwisy. Reen menganggukkan kepalanya. Reen menghulur hujung penyapu pada Darwisy sebagai tanda ingin bersalam.

"Selamat berkenalan Aizad Darwisy." Ucap Reen dengan senyuman yang lebih manis dari gula. Darwisy membalas senyuman Reen dan memegang hujung penyapu itu. " Selamat berkenalan Azreen Natashah." Balas Darwisy. Mereka menggerakkan penyapu itu seperti gaya orang sedang bersalaman. 

'WisyAz'


Bersambung.

* Oke ni adalah flashback tentang Reen dengan Darwisy. Sorry kalau tak best hehe. Jangan lupa vote ye Sinta 😘 sayang ketat-ketat

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now