•6

21 4 0
                                    

"Ish terangnya." Ucap Reen sambil menggosok matanya. Akibat cahaya putih yang sangat terang itu, Reen pun membuka matanya.

"Eh aku kat mana ni?" Tanya Reen bila melihat tempat yang asing baginya.

"Jap.. ni tempat ni macam majlis kahwin. Tapi majlis kahwin siapa?" Ucap Reen selepas menggosok matanya untuk kali kedua.

"Majlis kahwin kau lah." Ucap seseorang dari belakang Reen. Reen terkejut dengan suara tu lalu menoleh ke belakang.

"Ehh Shila?! kau buat ape kat sini??" Tanya Reen dengan terkejutnya apabila melihat rakan sekelasnya di tempat misteri itu.

"Buat ape kau tanya? Haish aku kan nak jadi pengapit kau. Kau ni mesti banyak fikirkan, sampai senget tudung kau. Sini aku betulkan." Ucap Shila lalu membetulkan tudung Reen.

Reen terdiam sejenak. Dia tak dapat fikir dengan betul. Majlis kahwin dia? Tapi dia nak kahwin dengan siapa? Abang Bad yang kerja jual air kat kantin sekolah tu ke?

"Shila.. betul ke ni majlis kahwin aku?" Tanya Reen dengan ragu.

"Aik, kau ni makan semut ke? Betul la ni majlis kahwin kau" ucap Shila. "Ha cantik dah kakak ipar aku ni huhu" ucap Shila lagi dengan gembira.

Ha kakak ipar? Ape maksud si Shila ni? Pelbagai soalan berlegar dalam otak Reen.

Tok
Tok
Tok

Bunyi pintu bilik diketuk. Shila pun menyuruh orang dibalik pintu itu untuk masuk.

"Pengantin perempuan dah siap ke sayang?" Ucap seorang lelaki yang memakai baju warna coklat dan Reen sedar bahawa Shila dan lelaki itu memakai baju yang sama. 'Matching' gituww.

"Dah sayang. Ni pengantin lelaki dah tunggu kat luar ke?" Tanya Shila kepada lelaki itu.

"Lagi 5 minit diorang sampai. Dah sayang bawaklah Reen keluar." Ucap lelaki itu. Shila menganggukkan kepala lalu memimpin Reen untuk keluar.

"Eh kejap siapa laki tadi?" Tanya Reen kepada Shila. Shila yang mendapat soalan itu mengerutkan dahi.

"Eh soalan ape yang kau tanya ni? Tu kan suami aku, Harraz. Takkan kau dah lupa." Ucap Shila sambil mencekak pinggang. Reen hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Akhirnya mereka berdua pun sampai ke ruang tamu rumah Reen.

"Sampai pun pengantin perempuan. Bolehlah kita mulakan ye." Ucap tok kadi

Reen masih lagi terpinga-pinga dengan kejadian ini. Ingin sekali dia melihat wajah bakal suaminya atau boleh dikatakan lelaki misteri itu tetapi tidak tercapai. Lelaki misteri itu membelakangi Reen dan hanya memandang tok kadi sahaja.

"Kalau semua dah sedia tok mulakan ye" ucap tok kadi itu. Tuan rumah dan tetamu mengangguk setuju.

Tok kadi menghulurkan tangan kepada lelaki misteri itu untuk memulakan akad nikah.

" Mohd Shafiq Nazrie bin Abdul Yusuf, aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan Nurul Azreen Natashah dengan mas kahwinnya RM500 tunai" lafaz akad nikah daripada tok kadi.

"Hah?? Shafiq Nazrie?? Kenapa nama dia sama macam nama abang Shila"

Bersambung..

*Heyo korangg. Sowwy ye lama tak update hehe ade masalah syikitt.
Hope korang enjoy dengan cerita dan jangan lupa vote.

Happy new year!

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now