•14

14 4 0
                                    

Hospital Besar Segamat.

Terdapat beberapa doktor dan sebuah keluarga berlari membawa seorang pesakit yang terbaring di katil ke bilik kecemasan. Berlari dan meminta laluan pada pengunjung yang datang ke hospital.

Keadaan pesakit itu amat kritikal. Wajahnya pucat, tidak bermaya, detak jantungnya mulai perlahan namun orang di sekelilingnya tetap memberi semangat untuk terus bertahan. Pelbagai semangat yang diberi kepada Reen.

Ye pesakit kritikal itu ialah Reen.

Selepas encik Anwar sampai hospital, dia bergegas pergi ke pintu utama hospital. Di pintu utama hospital itu, wak Pie dan puan Lina turun dari kereta dengan Reen yang masih didukung wak pie. Dengan cemas, puan Lina pergi ke kaunter hospital itu.

"Selamat petang cik. Boleh saya bantu?" Tanya petugas kaunter itu.
" Anak perempuan saya pengsan. Dah dekat 1 jam lebih tapi dia masih tak bangun." Jawab puan Lina dengan nada cemasnya.

Petugas kaunter itu segera menghubungi doktor dan menjelaskan keadaan yang berlaku.

-
Setelah 2 minit menunggu, datanglah 4 orang doktor dengan katil pesakit dan alat untuk pesakit. (Ala alat yang untuk check degupan jantung pastu air yang kena masuk dalam badan tu ha.)

Reen dibaringkan di atas katil pesakit itu dan mereka bergegas pergi ke bilik rawatan. Waktu itu juga encik Anwar masuk ke dalam hospital. Dia berlari menuju doktor yang membawa anaknya ke bilik rawatan.

"Berhenti." Ucap seorang doktor muda lelaki. Semua yang berada di keliling katil itu menghentikan langkah.

" Kita perlu bawa pesakit ni ke bilik kecemasan. Detak jantungnya makin perlahan!" Ucap doktor itu dan disetujui doktor yang lain. Mereka bergegas ke bilik kecemasan.

" Reen.. kuatkan semangat Reen. Cucu atok kuatkan? Reen kena kuat" ucap wak pie dengan suara yang sayu.
" Betul tu. Anak ibu selalu kuatkan orang jadi sekarang Reen pun kena kuat macam orang yang Reen selalu tolong." Ucap puan Lina yang menahan tangisannya.

Encik Anwar hanya diam tak bersuara. Menangis tanpa bunyi. Dia ingin memberi semangat tapi lidahnya kelu tak mampu berbicara. Dia berasa dirinya telah gagal untuk menjadi seorang ayah.

Samar-samar kata semangat yang diberi itu masuk ke telinga Reen. Dia sempat memanggil atoknya dengan suara yang tidak dapat didengari oleh sesiapa. Reen memandang wajah doktor lelaki yang berada di sebelah kirinya dengan ekor mata. Doktor itu kelihatan cemas kerana jantung Reen hampir berhenti berdetak.

Perlahan Reen menutup matanya.





*Bersambung

*Untuk sementara waktu ni kita rehatkan Reen ye. Sape rindu Reen boleh la komen sikit hoho. Jangan lupa vote ye.

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now