•8 🎵🎶

23 4 0
                                    

Di pagi raya aildilfitri tahun 2022, semua umat Islam berasa amat gembira kerana menyambut hari yang indah ini. Ada juga yang berduka kerana tidak dapat beraya bersama orang yang tersayang, sama ada duduk berjauhan ataupun yang sudah tiada.

Adik-adik, abang kakak, pakcik makcik, atok nenek , Tan Sri, YB akan ke masjid untuk menunaikan solat sunat raya. Ada juga yang duduk di rumah sedang menggosok tudung.
*Biasanya pagi raya kalau gosok tudung, bahagian yang dah gosok tu mesti kedut balik*

Waktu begini juga, kita akan bertukar makanan dengan jiran. Walaupun lauk yang sama tapi rasanya berbeza.

Sepulangnya dari masjid, kita akan bersedia untuk sarapan dengan lauk raya. Ada ayam rendang, daging rendang, ketupat pelbagai warna bentuk dan rasa. Ada juga lemang hangus eh tapi tak semualah ada yang elok.

Waktu itulah, seluruh keluarga dapat menumpahkan rasa rindu dengan yang telah lama tidak berjumpa.

Selepas sarapan, kita akan bersedia pula untuk apa? Untuk salam raya la geyss. Inilah yang dilakukan oleh keluarga Reen.

Reen dan sepupunya beratur mengikut umur. Seperti biasa yang tua mesti beratur belakang.

"Ha cepat sini salam atok, lepas salam nanti dapat duit raya" ucap wak Pie sambil menunjuk sampul duit raya.
Semua sepupu Reen berlari untuk beratur.

"Eii abang Har!! Mana boleh memotong! Aliff yang sampai dulu kan?!" Marah adik Alia yang bernama Aliff kerana Azhar memotong barisan.

"Nyenyenye nyahlah kau budak, bising je" Azhar menjelir lidahnya ke Aliff. Reen pergi ke belakang Azhar lalu..

"ADUHH! SAKIT!" jerit Azhar kerana telinganya dipulas oleh Reen. " Kau ni kan dengan budak pun tak boleh mengalah ke ha?!" Marah Reen lalu menarik Azhar untuk beratur di belakang.

"Hihi padan muka abang Har" ucap Aliff sambil menjelir lidah kepada Azhar.

Tunggu punya tunggu, kini tibalah giliran Reen untuk mengambil duit raya dari wak Pie.

"Selamat hari raya Aidilfitri tok. Reen minta maaf sebab banyak susahkan atok. Terima kasih ye sebab dah jadi penguat semangat Reen" ucap reen sambil memeluk atok nya.

"Iyelah sama-sama Reen" ucap wak Pie sambil membalas pelukan Reen.

Selepas sesi salam raya, kini masanya untuk ber ootd bersama keluarga. Semua sibuk mencari tempat untuk bergambar tapi tidak dengan Reen.

" Asal nak ber ootd je mesti aku kena tolong ambilkan gambar ciss" ucap Reen.

"Ha Reen, kat sini lighting cantik. Ok cepat ambil gambar aku" ucap Alia sambil membuat gaya 🙈 (lebih kurang gitu laa).

Reen hanya ikut sahaja arahan Alia. Pelbagai gaya yang telah Alia lakukan, dari diri ke duduk, lepas duduk bangun kembali dan bersandar ke tembok.

Ikutkan hati Reen, mahu saja dia berhenti mengambil gambar, tapi Alia telah berjanji untuk memberi upah jika Reen sanggup ambil gambar dia.

"Hehe makasihh ya sepupu ku, kau memang terbaik" ucap Alia sambil mengedipkan mata ke arah Reen.
Selepas Alia puas dengan gambar tersebut, mereka pun masuk ke rumah.

Reen pergi ke biliknya untuk menukar pakaian. Selepas Reen menukar pakaian, dia pergi ke sofa untuk merehatkan diri.

"Ya Allah panasnya. Penat juga ambil gambar orang ni" keluh Reen. Sedang sibuk Reen membebel sendiri, ada seseorang yang mengusap kepalanya.

"Apalah yang dibebelkan tu?" Tanya Wak Pie. Reen yang melihat wak pie duduk di sebelahnya itu terus bangun dari baringnya.

"Takde apalah atok hehe" ucap Reen. Wak pie hanya tersenyum dan mengangguk kepala sahaja.

"Nanti petang nak ikut atok tak?" Tanya Wak Pie. Reen mengerutkan dahinya.

"Pergi mana tok?" Tanya Reen. Wak pie tersenyum.

"Kita beraya dekat rumah nenek" ucap wak Pie. Reen yang mendengar itu diam seketika.

"Reen boleh ikut tapi ada syaratnya"
Ucap Reen. " Nak beraya pun kena ada syarat ke?" Tanya Wak Pie. Reen menganggukkan kepala.

"Mestilah. Syaratnya, lepas beraya atok kena belanja Reen aiskrim!" Ucap Reen dengan gembira. Wak pie tergelak kecil.

"Yelah nanti atok belikan. Kita beli untuk yang lain sekali ye" ucap wak Pie. Reen hanya setuju dengan ucapan wak Pie.



Bersambung

*Jangan lupa vote ye kawan-kawan

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now