•15

18 6 1
                                    

"semua.." panggil seorang gadis dengan pakaian yang serba putih. Dengan keadaan takut dan gementar, dia berjalan di suatu tempat yang sangat pelik. Tempat itu hanya berwarna putih dan Reen seorang sahaja berada di tempat itu.

Reen mencari keluarga dan kawan-kawannya di tempat misteri itu. Tetap kuatkan diri untuk terus berjalan dan mencari semua orang.

"Reen.." panggil seorang wanita tua. Reen lantas menoleh ke belakang namun tiada sesiapa. Rasa takut mula menyelimuti diri Reen.

"S-siapa tu?" Tanya Reen dalam keadaan gagap. Dia masih mencari pemilik suara itu. Wanita tua itu memanggil Reen berkali-kali. Peluh di dahinya semakin deras mengalir.

"SIAPA KAU?! JANGAN PANGGIL AKU KALAU NIAT KAU NAK BERGURAU! hiss..hiss.." jerit Reen sambil menangis. Dia terduduk di lantai putih itu. Wanita tua itu mula menunjukkan diri.

"Reen dah lupakan nenek ke?" Tanya wanita tua itu dan berjalan mendekati Reen. Reen berhenti menangis ketika mendengar suara itu. Sudah 6 tahun dia tidak mendengar suara yang lembut itu. Perlahan Reen memandang wanita tua di hadapannya.

"NENEK!!" Air mata Reen kembali mengalir ketika melihat wajah nek Sainah. Nek Sainah lantas memeluk Reen dengan erat. Kepala Reen diusap lembut. Reen masih lagi menangis.

"Dah-dah.. jangan menangis lagi. Reen kan kuat? Mana boleh menangis" ucap nek Sainah sambil mengusap air mata Reen.

"Kenapa nenek tinggalkan Reen? Waktu tu kan nenek dah janji nak makan aiskrim oren dengan Reen" tanya Reen dan kembali mengingati kejadian 6 tahun lepas sewaktu hari terakhir neneknya.

"Nenek minta maaf ye sebab ingkar janji." Jawab nek Sainah lembut. Dia mengusap pipi Reen dengan lembut. Nek Sainah merasa sedih kerana terlalu banyak cabaran yang dihadapi Reen di usianya yang masih muda. Kehilangan nenek dan dituduh menjadi punca nasib malang pada keluarga. Air mata nek Sainah perlahan mengalir.

" Nenek.. nenek jangan menangis. " Ucap Reen sambil mengusap air mata neneknya. Nek Sainah mengambil tangan Reen yang berada di pipinya lalu menggengam erat.

"Reen nak ikut nenek?" Tanya nek Sainah. Dengan pantas Reen menganggukkan setuju. Mereka berpimpinan tangan dan berjalan di tempat misteri itu.

--

" CEPAT CEK MESIN OKSIGEN TU. JANGAN BAGI BERKURANG." arah seorang doktor muda pada jururawat yang ada dalam bilik kecemasan itu.

Seorang jururawat wanita yang sedang memberi cpr pada Reen semakin cemas ketika degupan jantung itu mulai perlahan.

"Reen.. tolonglah bertahan. Bertahan untuk keluarga awak. Untuk saya.." mohon doktor muda lelaki itu pada Reen.Wajah pucat lesu Reen ditatap.
Dia kembali memberi arahan pada jururawat yang lain.











*Bersambung

*Vote tau cinta hati sekalian.

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now