•10

24 6 3
                                    

Selepas Reen dan wak Pie keluar dari tanah perkuburan, mereka pergi ke kedai untuk membeli aiskrim.

"Ha Reen pilihlah Reen nak aiskr-" ucapan wak Pie terpotong kerana seseorang menelefon dirinya. Wak pie pergi ke luar kedai untuk menjawab panggilan itu.

Reen hanya berdiri di peti aiskrim itu sambil menunggu wak Pie. Selepas 2 minit wak Pie menjawab panggilan itu, dia kembali dan mendapati Reen masih berdiri dan tidak memilih aiskrim yang ingin dibeli.

"Reen, kenapa tak pilih aiskrim lagi?" Tanya Wak pie. Reen memandang wak Pie dengan wajah kebingungan.

"Atok je la yang pilih, atok pilih yang semua orang boleh makan tau." Ucap Reen. Wak pie mengangguk.

"Kalau macam tu,Reen boleh tolong atok?" Reen menganggukkan. "Tolong carikan serbuk roti, tadi Maklang telefon, dia minta tolong atok belikan." Ucap wak Pie sambil memilih aiskrim.

" Mestilah boleh, atok tunggu ye" Reen pun pergi mencari serbuk roti. Reen masuk ke bahagian barang dapur dan mencari di setiap rak.

" Ya Allah ya Tuhanku kenapa disaat aku menjumpai sesuatu,pasti ada halangan ya Allah" keluh Reen kerana serbuk roti itu berada di rak yang terlalu tinggi.Reen sedaya upaya mencapai serbuk roti itu walaupun tidak sampai.

"Ya Allah datangkanlah bantuan untuk ku" doa Reen sambil mencapai serbuk roti itu.

Tiba-tiba seseorang berdiri di belakang Reen dan mencapai serbuk roti itu. Reen terkejut melihat tangan yang datang dari belakangnya itu terus menoleh ke belakang.

"Kau?!" Jerit Reen tetapi dengan suara yang hanya mereka berdua sahaja dengar.Rie memandang Reen dengan muka yang kebingungan.

"Ha kenapa? Handsome sangat ke aku ni sampai kau menjerit nampak aku" tanya Rie. Ingin sekali Reen membantah perkataan itu dengan kuat tapi lidahnya seakan kelu untuk berbicara.

Mereka masih saling berpandangan. Rie sedikit terpesona melihat mata Reen yang cantik dan berkilat itu.

'minah ni boleh tahan ek. Kat sekolah nampak ganas tapi bila berdepan macam ni nampak ayu je. Mata dah lawa nak mampus' kata Rie dalam hati.

'Boleh tahan juga mamat ni. Haih bila tengok dari dekat, gaya dia ni lengkap cita rasa suami idaman aku' kata Reen dalam hati. Sedetik kemudian, dia tersedar dari lamunannya.

Reen beralih ke kiri. Akibat pergerakan Reen itu, Rie juga tersedar dari lamunannya. Rie sedikit menundukkan kepala dan mengutuk dirinya di dalam hati.

'Siallah kenapa aku tenung dia macam tu. Mesti dia rasa pelik ish' kutuk Rie dan merasa malu merenung anak dara orang dengan tatapan yang sedikit pelik.

"Kau-" belum sempat Reen berucap Rie sudah menyampuk dahulu.

"Heh jangan fikir aku suka kau eh. Aku kalau pandang orang memang macam tu. Bukan pandang sebab suka so jangan nak perasan faham?" Ucap Rie bertalu-talu. Reen kebingungan.

"Eh nyah kau ni kenapa? Aku bukan mention pasal cara kau pandang aku. Aku nak tanya kau ni datang sini sebab nak tolong aku ambil serbuk roti tu atau kau ambil untuk diri sendiri tu je" ucap Reen. Rie tergamam. Dia berasa malu yang amat kerana perbuatannya.

Reen memandang Rie dengan penuh rasa kebingungan. Rie menampar dirinya sendiri dan dan mengutuk dirinya.

"Kau suka aku ke?" Tanya Reen. Rie memandang Reen. Jantung mereka berdua sedikit berdegup ketika memandang satu sama lain. Entah kenapa tatapan kali ini membuatkan mereka makin terpesona antara satu sama lain.



Bersambung

*Awokknyoo votee tauuu muahhh

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now