•4

29 5 0
                                    

Selepas tamat sesi pemilihan Ubb, sukan , kelab dan rumah sukan , kini tibalah masanya untuk pelajar tingkatan 1 pulang ke rumah.

Ade beberapa pelajar tingkatan 1 yang teruja kerana telah menghabiskan hari pertama sekolah di SMK. Ade juga yang berharap untuk makan dengan banyak bila balik sekolah. Maaf dik tak boleh makan adik kena puasa HAHAHAHA.

Reen mencari sosok seseorang yang datang untuk mengambilnya.

"Reen" panggil seorang wanita dan Reen terus menoleh ke arah suara itu.
" Ibuu!" Jerit Reen dan dengan pantas dia berlari ke arah ibunya.

"Reen,kan ibu dah pesan jangan lari-lari. Kalau jatuh macam mana? Lagi satu sekarang ni banyak motor kereta lalu lalang tau" bebel ibu Reen atau boleh dipanggil puan Lina.

"Hehe sorry ibu" ucap Reen dengan senyuman gigi arnabnya.

"Dah jom kita balik" ucap Reen lalu Menghidupkan enjin motor. Selepas enjin motor itu hidup, Reen terus sahaja naik seat belakang motor itu.

Mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Sebelum mereka pulang, mereka sempat singgah di stesen minyak.

Sesampai sahaja di rumah, Reen terus turun dari motor dan memberi salam untuk masuk ke rumah.

"Assalamualaikum! Reen dah balikk" jerit Reen dengan gembira. " Waalaikumussalam, eh cucu atok dah balik la" ucap atok Reen yang digelar wak pie.

"Hehe atok, atok nak tau tak? Sekolah baru kakakkan sebesar sangat pastu ramai orang tau" cerita Reen kepada Wak Pie. "Haha iyeke? Jadi Kakak suka la sekolah tu?" Tanya Wak Pie sambil mengusap kepala cucunya.

"Suka sangat, eh tapi tadi kan ada bende berlaku tau waktu akak datang sekolah" ucap Reen. Wak Pie yang kehairanan pun bertanya " ha ape yang jadi?" Tanya Wak Pie.

"Tadikan tok waktu akak tengah jalan dekat koridor sekolah, akak hampir nak langgar seorang lelaki ni. Akak tak kenal dia siapa. Lepas tu akak mintak maaf dekat tapi dia cakap "hmm" je kat akak tok. Lepas tu akak cuba la tanya dia mana dewan. Dia tak cakap apa-apa pun terus dia tunjuk dewan guna jari. Bila akak dah tau mana dewan tu, akak cakaplah terima kasih. Ha waktu akakk jalan sebelah dia, kitorang pandang satu sama lain. Dia pandang akak, pergh sinis betul. Dia buat akak macam musuh je. Ish geram betul" cerita Reen kepada Wak Pie.

Selepas mendengar itu, Wak Pie terus ketawa. " Eh kenapa atok ketawa?" Tanya Reen kehairanan.

"Atok rasa kelakar bila tengok cara Reen bercerita. Dengan gayanya lagi aduhai" ucap Wak Pie.

Reen yang melihat itu terus tersenyum. Ketika itu juga pinggang Reen dicuit oleh seseorang.

"Amboi bukan main seronok kamu bercerita ye. Dah pergi mandi sekarang." Ucap puan Lina. Reen yang merasa sakit kerana dicubit, dengan cepat mengusap pinggangnya itu.

"Ibu sakit la" ucap Reen dengan memuncungkan bibirnya ke bawah. Selepas itu Reen terus berlari ke bilik untuk mandi. Merajuk kononnya.

Wak Pie hanya tersenyum melihat gelagat cucu sulungnya itu.



Bersambung

Harap korang suka ye. Jangan lupa vote tau. Byee

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now