•11

17 4 0
                                    

"Kau suka aku ke?" Tanya Reen. Rie memandang Reen. Jantung mereka berdua sedikit berdegup ketika memandang satu sama lain. Entah kenapa tatapan kali ini membuatkan mereka makin terpesona antara satu sama lain.

/*Dup

Dap

Dup

Dap

Bunyi jantung mereka yang berdegup laju bagai irama lagu. Mereka berdua seakan lupa dimana mereka berada.

"Reen...Reen" panggil seseorang. Reen tersedar dari lamunannya. Dia terdengar suara seseorang menyebut namanya dan mengetahui siapa orang itu.

Rie juga tersedar dari lamunan kerana melihat muka Reen yang gelisah. Suara yang memanggil Reen itu semakin dekat. Reen dengan pantas mengambil serbuk roti yang ada pada tangan Rie dan berlari ke suara itu.

"Opocot" melatah Reen kerana terkejut melihat wak Pie berada di depannya. Wak pie kebingungan. Dia berasa pelik kerana peluh dari dahi Reen mengalir dengan deras.

"Reen pergi mana tadi? Kenapa lama sangat ambil serbuk roti? Ni kenapa pulak berpeluh-peluh? Ada yang tak kena ke?" Pelbagai soalan wak pie tanya.

"Ha itu..itu-" ucapan Reen dipotong seseorang. "Dia tadi lari sebab nampak lipas bawah rak tu" ucap lelaki itu sambil menunjuk sebuah rak yang dipenuhi barang dapur.

Reen terkaku apabila mendengar suara itu. Reen memusingkan badannya ke belakang untuk memastikan siapa orang itu. Mata mereka bertemu lagi. Sangkaan Reen memang betul. Orang yang disangka itu ialah Rie.

Rie memandang Reen dengan senyuman yang sedikit miring. (😏 Lebih kurang macam ni). Reen semakin kaku.

"Oh iye ke? Reen ni memang takut lipas. Nampak dari jauh je dah menjerit." Ucap wak Pie. Reen memukul bahu wak pie. Wajahnya memerah menahan malu. Ye lah aib dia tu!!

"Ni nama kamu apa?" Tanya wak pie pada Rie. Reen memandang wak Pie lalu menarik tangan wak Pie.

"Ish atok ni buat apa tanya nama dia? Dah jom balik!" Ucap Reen sambil menarik tangan wak Pie. Rie melihat itu mendapat idea. Dia pun menarik tangan wak pie.

"Ala kau ni pun biarlah atok kau nak berkenalan dengan aku. Tak rugi pun. Kan tok?" Ucap Rie. Wak pie mengangguk setuju. Reen ternganga. Bagaimana wak pie boleh bersetuju dengan lelaki yang acah cool kat sekolah ni?

"Nama saya Shafiq Nazrie tok. Ha orang biasa panggil saya Rie. Sebenarnya sayalah yang tolong cucu atok ambil serbuk roti tu. Kesian dia tok tak sampai nak ambil sebab tinggi sangat. Jadi saya yang berhati nurani ni tolonglah dia." Ucap Rie sambil memandang Reen dengan senyuman penuh kemenangan.

"Terima kasih ye Rie sebab dah tolong Reen. Haih dah tingkatan 1 pun tinggi masih tak meningkatkan. Suruh makan sayur dia tak nak" ucap wak Pie. Reen rasa hatinya bagai dihiris. Wak pie buka aib dia lagi?!!

"Atok jom balik. Dah lama sangat kita keluar ni" ucap Reen dengan sedaya upaya untuk memujuk wak Pie agar segera pulang.

"Ha yelah. Atok balik dulu ye Rie. Ada masa kita jumpa lagi." Ucap wak Pie. Rie mengangguk kepala dan salam tangan wak pie.

Selepas membayar, wak pie dan Reen menaiki motor dan pulang ke rumah.
Di atas motor Reen terus membebel tidak puas hati kerana perkara tadi.

"Atok ni janganlah buka aib Reen. Malu tau tak?!" Jerit Reen di atas motor. Wak pie hanya pasrah. Dia sudah terbiasa dengan perangai cucu sulungnya ini. Kalau dimarah nanti nak lari rumah.

"Ye lah Reen atok salah. Lain kali atok tak buka aib Reen ye" ucap wak Pie mengalah. Reen menghela nafas. Mereka diam di atas motor.

"Reen suka dekat Rie ke?" Tanya wak Pie. Reen terpinga-pinga. Reen suka Rie? Lambertttttt lagiiii!!

"Eww suka oh tidak sama sekali ye atok ku sayang" ucap Reen. Wak pie tersenyum dan menggelengkan kepala.

"Jangan tipu atok Reen. Atok nampak korang bertentangan mata tadi" ucap wak Pie. Reen tergamam. Bagaimana atoknya boleh tau pasal tadi.

"Err...Kitorang.. ye memang kitorang pandang satu sama lain tapi pandangan tanpa perasaan" ucap Reen membela diri.

"Yakinkah?" Tanya wak pie. "Yakinlah!" Ucap Reen dengan semangat.

"Atok kenal Reen bukan semalaman atau hari ni tau. Atok faham sangatlah cara Reen dengan Rie pandang satu sama lain. Jantung korang berdua berdegup betul tak? Itu maknanya korang ada rasa suka." Ucap wak Pie. Reen hanya diam. Ingin bantah tapi perkataan wak pie ada betulnya.

"Atok tak sangka." Ucap wak Pie lalu belok ke kanan dan masuk dalam garaj rumahnya. "Apa yang atok tak sangka?" Tanya Reen sambil turun dari motor dan mengambil barang di bakul motor.

"Shafiq Nazrie" ucap wak Pie sambil tersenyum. Reen kehairanan kerana melihat wak Pie menyebut nama Rie.

"Dia adalah orang yang berjaya buka kunci pintu hati Reen dan hilangkan 'Darwisy' dari ingatan Reen" ucap wak Pie sambil memandang Reen. Reen kaku apabila mendengar nama lelaki yang disebut oleh wak Pie itu.

Siapa Darwisy?

Bersambung

*tetiba rasa rajin pulak hihi. Panjang sangat ke? Maaf ye sengaja. Hoho jangan lupa vote. Cau luu gess

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now