•16

25 5 2
                                    

"Reen.. bila kau nak bangun?" Tanya Qaisarah dengan nada sedihnya. Sudah 4 hari Reen koma di hospital. Ramai orang yang cemas kerana tempoh koma Reen terlalu lama.

"Reen kau tau kan? Alyssa ni kalau tampar orang sakitnya tiada tara. Kau nak aku suruh dia tampar kau ke baru kau nak bangun?" Soal Shila. Alyssa yang berada di sisi kiri Reen memberi side eye.

"Wah wah kau, eh kita ni baru jadi circle tau. Kalau aku tampar dia, circle " anak Samsudin " tinggal nama je" marah Alyssa. Qaisarah dan Amira hanya menggeleng melihat tingkah Shila dan Alyssa. Kalau berjumpa asyik gaduh je.

"Heh, hormat sikit kita ni kat hospital." Amira bersuara. Alyssa dan Shila terus diam di tempat mereka. Sekali kak Mira bersuara uishh mummy mas Idayu pun takut.
(Gurau)

--

4:17 petang

Kini Reen bersendirian di wadnya. Kawan-kawannya sudah pulang dari 1 jam yang lalu. Kata Shila tak elok anak dara pulang lewat, nak pulak mereka semua datang ke hospital menaiki kereta ayah Qaisarah.

Dalam tido yang panjang, Reen bergerak gelisah. Tubuhnya berpeluh dan wajahnya pucat lesu.

Tempat misteri
(•15)

Reen dan neneknya ketawa riang di sebuah taman bunga. Di taman itu ada pokok yang sangat besar serta buaian yang cantik dihiasi akar hijau dan bunga.

Reen rasa sangat bahagia kerana dapat berjumpa nek Sainah. Dia sudah tidak peduli dengan tempat misteri yang dia datangi.

"Kan seronok kalau atok ada sekali. Boleh kita gelak sama-sama. Ha pastu ajak ibu, ayah, Azhar, Azri datang sini. Hehe" ucap Reen sambil memandang nek Sainah.

Nek Sainah memberhentikan buaian itu. Dia terdiam. Rasa serba-salah mula meliputi hatinya.

" Reen.." panggil nek Sainah. Reen menoleh ke belakang. Wajah sayu neneknya dipandang. Reen mengerutkan dahi ketika melihat air mata nek Sainah mengalir. Rasanya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi kenapa neneknya menangis?

"Jom nenek hantar Reen balik." Ajak nek Sainah. Wajah Reen menjadi masam. " Reen taknak balik. Reen nak duduk sini dengan nenek" jawab Reen. Dia turun dari buaian dan duduk di atas rumput yang hijau.

" Reen tak rindu yang lain ke? Reen tak sedar apa yang berlaku pada Reen?" Tanya nek Sainah sambil duduk di sebelah Reen. Reen yang tadinya memandang lurus ke hadapan kini menoleh ke kanan.

Tak sedar? Soalan itu berlegar di fikiran Reen. Dia tidak fikirkan  apa-apa semenjak berjumpa dengan neneknya. Dia juga tidak tahu yang jasadnya terbaring lemah di hospital.

"Reen kena bangun dari koma Reen.." ucap nek Sainah sambil menggenggam tangan Reen. Reen makin kehairanan. Nek Sainah faham dengan raut wajah Reen. Terlihat jelas gadis muda itu tidak faham dengan apa yang berlaku. Nek Sainah menceritakan semuanya pada Reen.

.
.

" Jadi.. kita berdua bukan dekat dunia nyata?" Tanya Reen. Nek Sainah menggelengkan kepala. Mereka sudah berada di tempat kali pertama mereka bertemu. Reen menggengam erat tangan neneknya seolah tidak ingin pulang ke tempat asal.

" Reen taknak balik, Reen nak duduk sini dengan nenek" ucap Reen dengan air mata yang mula mengalir. Nek Sainah memeluk Reen.

"Reen dah janji dengan nenek kan? Nak jaga atok, jaga ibu ayah dan jaga semua orang. Reen dah lupa janji tu?" Soal nek Sainah sambil mengusap pipi Reen. Dia membersihkan air mata gadis itu.

"Reen.. t-tak pernah lupa." Ucap Reen dengan gagap. Tangisannya belum reda. Berat rasanya untuk tinggalkan nek Sainah.

"Reen kena balik. Nenek tak sepatutnya bawa Reen ke sini. Belum masanya Reen datang tempat ni. Nenek minta maaf ye." Ucap nek Sainah dengan perasaan serba salah.
Reen menggeleng.

"Tak. Ini bukan salah nenek." Ucap Reen. Nek Sainah tersenyum dan memeluk Reen lagi.

"Reen balik ye. Semua orang rindu sangat dekat Reen." Ucap nek Sainah. Reen memandang wajah nek Sainah. Senyuman yang tulus terpapar pada wajah wanita tua itu.

" Jangan risaukan nenek. Kalau Reen rindu, doakan nenek dekat sini. Nak jumpa dekat mimpi pun boleh." Ucap nek Sainah. Dia faham yang Reen risau kerana neneknya tinggal seorang diri di sini. Berat hati Reen meninggalkan neneknya. Tapi dia rindukan keluarga dan kawan-kawannya.

"Baiklah, Reen akan balik. Reen nak tepati janji Reen. Reen nak jaga semua orang." Ucap Reen. Rasa berat hati itu cuba dia hilangkan. Nek Sainah tersenyum. Mereka kembali berpelukan.

"Reen pergi dulu ye nek. Reen akan selalu doakan nenek. Nenek tunggu Reen tau." Ucap Reen dalam pelukan neneknya. " Nenek pun akan doakan Reen dari sini." Balas nek Sainah.
Mereka melepaskan pelukan hangat itu. Reen berdiri di hadapan nek Sainah.

"Reen pergi dulu. Assalamualaikum nek." Ucap Reen sambil melambaikan tangannya. " Waalaikumussalam Reen." Nek Sainah membalas salam itu dan melambaikan tangannya juga.
Reen menutup matanya.

--

"A-atok.." ucap Reen dengan suara yang lemah. Perlahan dia membuka matanya. Wak pie. Orang pertama yang dilihat Reen selepas bangun dari koma nya.

" Reen!" Wak pie memeluk Reen erat. Dia rasa bersyukur kerana Reen sudah bangun dari tidur panjangnya. Wak pie melepaskan pelukan dan sujud syukur.

Wak pie memanggil puan Lina untuk datang ke wad Reen. Dia juga menyuruh puan Lina memanggil doktor.

Kini wad reen riuh dengan suara orang. Mereka saling menumpahkan rasa rindu. Sudah 4 hari Reen koma, akhirnya di hari ke-5 dia bangun dari tidur panjang.Kawan-kawan Reen juga hadir untuk melepaskan rindu mereka.

"Minah ku sayang. Syukurlah kau dah bangun. Tolong jangan tidur panjang lagi. Nanti siapa nak teman aku dating?" Ucap Alyssa sambil memeluk Reen erat. Shila yang berada di belakang Alyssa lantas menepuk bahu gadis itu.

"Eh kau suruh Reen bangun untuk teman kau dating je. Waktu Reen koma, elok je kau call malam-malam dengan si rambut tempurung tu." Ucap Shila. Alyssa menampar bibirnya pelan.

" Suka hati kau je panggil buah hati aku rambut tempurung. Hello. Nama dia Zafri Aiman tau. Zafri Aiman." Balas Alyssa dengan menekankan nama buah hatinya itu.

"At least buah hati aku melayu ori. Tak macam buah hati kau, cina bukit." Ucap Alyssa. Shila tak terima jika Harraz Helmi si pengarang jantungnya itu dipanggil cina bukit. Mereka berdua mula bergaduh.

"Cukuplah tu, pasal pakwe pun nak bergaduh." Ucap Qaisarah. Dia cuba untuk meleraikan pergaduhan itu.
" Biarlah. Yang penting kitorang ada pakwe , daripada kau mengharap cikgu Taufiq kaki rempit tu" ucap Alyssa dan Shila serentak.

Pergaduhan antara dua orang gadis menjadi semakin panas kerana Qaisarah ikut serta. Dia tak terima cikgu kesayangannya di katakan rempit.

Reen dan Amira hanya gelak melihat gelagat tiga sekawan itu. Mereka tidak masuk campur kerana tiada pakwe untuk didebatkan. Yang seorang itu masih mengenangkan masa lalu. Yang seorang ini pula sedang menunggu cik abang yang perwatakannya seperti orang bisu.

#Azreen ft Amira ; sendu.
























*Bersambung

*Panjang juga kali ni eh. Hehe vote tau

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now