•9

30 5 4
                                    

Tanah perkuburan Islam.

"Ha kita dah sampai" ucap wak Pie. Reen turun dari motor dan pergi ke pintu pagar tanah perkuburan itu.

"Atok Reen pergi pondok tu kejap ye, nak ambil kerusi" ucap Reen. Wak pie hanya mengangguk sahaja. Selepas mengambil kerusi Reen pergi ke kubur yang wak pie datangi.

"Atok nah kerusi" ucap Reen sambil menghulurkan kerusi pada wak Pie. Wak pie mengambil kerusi itu dan duduk berhadapan dengan Reen.

"Assalamualaikum buah hati abah, macam mana hari ni sihat?" Ucap wak Pie pada kubur yang tertulis nama 'Sainah'.

"Ih atok ni, mestilah nenek sihat. Kan Allah dah jaga nenek kat sana" ucap Reen yang cuba menenangkan wak Pie.

"Nenek, selamat hari raya Aidilfitri nek. Kosong-kosong tau nek hehe" ucap Reen dengan senyuman arnabnya.

Wak pie tergelak kecil melihat Reen.
"Nah, kau tahu? Permata sulung kita ni dah besar. Dah pandai buat kerja rumah. Sekarang dia dah pandai buat rendang ayam. Rasanya sama macam yang pernah kau buat untuk abah" ucap wak Pie sendu.

"Eh mestilah. Tengoklah cucu siapa, kan nenek" ucap Reen. Mereka terus membaca yasin dan menyirami kubur itu dengan air bunga.

"Cantik kubur nenek, kan atok?" Tanya Reen. Wak Pie memandang Reen lalu tersenyum.

" Betul, cantik sangat. Mungkin sebab yang duduk kat sini bidadari hati atok kot" ucap wak Pie. Reen tersenyum.

"Reen.." panggil wak Pie sambil mengusap batu nisan nenek Reen.
" Ye tok kenapa?" Tanya Reen.

"Andai raya tahun ni adalah raya terakhir Reen dengan atok. Reen jangan sedih tau" ucap wak pie sambil memandang Reen.Muka Reen yang tadinya tenang berubah menjadi masam.

"Atok kenapa cakap macam tu? Ish nenek tengok atok ni" ucap Reen. Merajuk la tu.

" Ajal dengan maut ditangan Allah, kita tak tau bila nyawa kita akan dicabut." Ucap wak Pie lagi.

Reen diam. Bukan dia tak terima pernyataan itu tapi dia tak ingin kehilangan orang yang dia sayang apatah lagi atok. Cukuplah dia menderita sebab kehilangan neneknya pada tahun 2017 iaitu pada waktu Reen darjah 2. Perkara itu sudah lama berlaku, tapi Reen masih ingat lagi bagaimana tenangnya wajah neneknya sewaktu nafas terakhir.

"Reen taknak hilang atok" ucap Reen dengan airmata yang mengalir. Wak pie mengusap air mata itu.

"Atok dah katakan? Airmata yang kotor dengan kesedihan ni tak boleh sentuh wajah Reen yang cantik." Ucap wak Pie menenangkan Reen.

"Reen, nanti kalau atok meninggal, kubur atok dekat dengan nenek tau. Kalau tak boleh nak dekat, dapat sebaris dengan kubur nenek pun atok dah bersyukur" ucap wak Pie.

Airmata Reen kembali mengalir. Kali ni semakin deras. Baju wak Pie sudah pun basah dengan airmata Reen.

"Reen janji, Reen akan dekatkan kubur atok dengan nenek." Ucap Reen dengan airmata yang masih mengalir.
Wak pie senyum dan mengusap pipi Reen.

"Dah jom kita balik, tadi kata nak beli aiskrim kan?" Ucap wak Pie. Reen menganggukkan kepala.

"Abah balik dulu ye Sainah Assalamualaikum." Ucap wak pie lalu mencium batu nisan isterinya itu.

"Reen balik dulu nek, nanti Reen datang lagi tau. Selamat hari raya nek, Assalamualaikum." Ucap Reen lalu bangun dari duduknya.Wak pie berdiri di tepi kubur nenek Reen.

"Selamat hari raya bidadari syurga ku, kau adalah cinta pertama dan terakhir aku. Aku disini akan sentiasa doakan bidadari ku yang disana. Semoga suatu hari nanti, kita akan bertemu kembali seperti mana kita bertemu dengan rasa cinta suatu saat dahulu. Assalamualaikum." Ucap wak Pie dengan lafaz cintanya.

Mereka pun keluar dari tanah perkuburan Islam itu dan pergi ke motor yang mereka naiki. Wak pie berasa berat hati untuk meninggalkan tempat itu.

Tiba-tiba dia rasa seperti dipeluk seseorang. Pelukan yang hangat dan menenangkan. Pelukan yang telah lama dia tidak rasakan.

" Reen tau atok tak sanggup tinggalkan tempat ni. Nenek pernah pesan kat Reen. Kalau atok nampak gelisah Reen kena peluk atok erat-erat." Ucap Reen.

Wak pie tersenyum dan melepaskan pelukan Reen.

" Perangai Reen ni tak ubah macam perangai nenek. Kehangatan pelukan pun sama Aje" ucap wak pie. Reen tersenyum.

Mereka menaiki motor wak Pie lalu keluar dari tanah perkuburan Islam itu.

bersambung.

*Vote ye sayang semua byee

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now