•18

15 6 1
                                    

Selepas mengambil wudhu, Reen menunaikan solat subuh dan diimamkan doktor Faiz.

"Bismillahirrahmanirrahim.." doktor Faiz membaca surah Al-Fatihah. Reen yang menjadi makmum sedikit terpana mendengar suara merdu doktor Faiz.

-
-
-

Akhirnya mereka sudah selesai melakukan solat subuh. Disaat doktor Faiz memusingkan badannya ke belakang untuk melihat Reen, dia telah didatangi tangan Reen.

"Haha.. Reen kita belum halal lagi, mana boleh bersalaman." Jelas doktor Faiz dengan lembut. Reen juga terkejut ketika dia tidak sengaja menghulurkan tangan untuk menyalam imam.

Mungkin ini effect terbiasa solat diimamkan keluarga sendiri. Huhu.

Reen dengan rasa malu, menyembunyikan mukanya di dalam telekung. Doktor Faiz tergelak kecil melihat tingkah Reen.

" Kalau awak nak salam, boleh je. Bagi alamat rumah awak nanti saya datang masuk minang, kita tunang lepas tu kita kahwin. Senangkan? Hehe." Jelas doktor Faiz dengan senyum lebar.

Mata Reen terbeliak. Dia tak percaya dengan apa yang doktor Faiz katakan.
Tolonglah doktor, jangan jadikan Reen tomato.

"Ish doktor ni!! Tiba-tiba cakap pasal kahwin dah kenapa?!" Tanya Reen. Mukanya masih merah. Doktor Faiz menggeleng kepala.

" Saja. Kenapa tak boleh ke?" Tanya doktor Faiz. Reen menjeling doktor Faiz. " Tak boleh welkk" ucap Reen sambil menjelirkan lidahnya lalu melipat tangan didada.

"Kenapa tak boleh hm?" Tanya doktor Faiz. Kini auranya yang ceria dan hangat bertukar menjadi dingin. Ejuk angat ah, ejuk angat.

"Sebab yang boleh dengan saya cuma Wisy saya sorang Jee tauuu" jawab Reen dengan keyakinan tinggi. Mata doktor Faiz memandang Reen dengan tajam. Rasa panas membara di hatinya.

"Oh, siapa dia tu?" Tanya doktor Faiz ingin kepastian. Reen memandang doktor Faiz. Dia menyepetkan sedikit matanya.

"Hm.. Wisy tu Darwisy. My lovely crush hehe." Jawab Reen dengan senyuman arnabnya. Makin panas hati doktor Faiz. Bagi mengelak kejadian buruk berlaku, dia bangun dari duduknya.

"Saya minta diri dulu ye Reen, saya ada kerja sikit. Saya pergi dulu. Jangan lupa makan okey? Assalamualaikum." Ucap doktor Faiz. Reen menganggukkan kepala lalu membalas salam doktor Faiz.


"Heh. Budak mentah je, takkan boleh lawan aku." Ucap seorang lelaki yang keluar dari wad pesakitnya.





















Bersambung.

*Halu Amai kembali hehe,miss me? Huhu gerak luu la. Angan upa ote auu

crushku,seniorkuWhere stories live. Discover now