#2 - Sweet Tooth Cafe & Bakery

63.4K 2.6K 122
                                    

"Morning, Rose!"

"Morning, Ipan! Such an early bird. As always, my first costumer of the day," gurau Rose yang sedang mengelap kaca rak pameran.

"Ehemm! Tegur Rose je? Sexist!"

Irfan memandang Jai si mamat barista yang tengah sibuk berdehem. Ketawanya terhambur.

"Sexist? Kalau aku tegur kau, aku tak bunyi macam gay ke?" Pandangannya dialihkan semula pada Rose. "Kan, Rose?"

"Sikitlah. Sikit,"

Mereka bertiga ketawa.

Glass sprayer dan kain lap diletakkan di tepi kaunter sebelum tangannya dilap pada apron. Langkahnya diatur ke belakang kaunter granit itu.

"Dah, order cepat. Haruk bos you tu kang!"

"Okey, for me, bagi I Steel-Cut Oatmeal dengan hot chocolate and for my beloved boss, macam biasa la,"

Tangan Rose lincah key-in order di komputernya. Sementara menunggu pesanan siap, mereka berborak sambil sekali-sekala disampuk Jai.

"Dah dua tahun sejak I buka kafe ni and almost every morning you datang tapau breakfast untuk bos you. Bos you ni takde kaki ke nak beli sendiri?"

"Rose, dah nama pun sekretari. Memang kerja I la memberi keselesaan untuk bos I. Am I right?"

"Haah, buat kerja macai. Entah-entah kau ni berskandal dengan bos kau tak?"

Terhambur ketawa Rose dibuatnya. Spekulasi liar betul budak Jai ni la!

Irfan pula dah buat muka bengang. Elak kena bantai je mamat ni.

"Eh, lek, lek. Gurau je. Benda boleh bawa bincang,"

Ting! Ting!

"Amboi korang kalau berborak. Pagi-pagi dah memekak eh. Patutlah takde customer lain nak datang kalau si Ipan ni ada. Bising!"

Seorang gadis bertudung Keknis warna jingga bercekak pinggang dengan sebelah tangannya lagi menatang pesanan yang telah siap.

Hidangan itu diletakkan di atas kaunter hadapan Rose sebelum berpeluk tubuh.

"Dah, ambil cepat. Blah! Blah! Menyemak je dekat sini,"

"Babe, tak baiklah!" Rose tolak bahu Wafa. "Dia kan customer kita,"

"Ntah you ni. Selalu nak halau I. Nanti kalau lain kali I dah taknak datang, baru tahu!"

Pintu yang tiba-tiba dibuka dan membunyikan loceng itu menyelamatkan mereka dari bebelan ayat sentap Irfan. Bosan dah, hari-hari dengar.

Seorang wanita dan seorang budak lelaki dalam lingkungan umur lima tahun masuk ke kafe bakeri tersebut.

"Selamat datang, puan!" Ucap mereka berempat serentak.

Sebab asyik lepak dekat kafe ni, sampai Irfan sendiri dah terikut macam staf dekat sini.

Wafa cuit hujung bahu Irfan. "Dah, balik dekat bos you yang takde kaki tu cepat. Aku takut customer ni lari dengar kau bebel,"

"Wafa!" Rose cubit lengan business partnernya apabila telinga menangkap bisikan gadis itu pada Irfan.

Lelaki itu menjelir pada Wafa. Puas hati dia bila Rose back up. Childish? Kisah pulak!

Seketika kemudian, langkahnya sudah diatur keluar dari kafe bakeri tersebut dengan senyuman yang lebar. Heyy Wafa! Sehari tak berhaduh dengan dia, macam tak lengkap je hidup.

《《《♡》》》

Beg plastik berisi bekas makanan dan cawan kertas itu diletakkan di atas meja Ryan Fahrin. "Breakfast, boss!"

"Thanks, Pan. So, schedule?"

Bekas kertas itu dibuka sebelum buttermilk pancake itu ditikam laju. Dia punya gelojoh tu sampai tak sempat tuang maple syrup.

The best pancake ever!

"Amboi bos, saya cerita panjang-panjang, bos boleh buat tak tahu bantai makan je pulak?"

"Okey, okey. Sambung," kopi flat white itu disisip perlahan.

Irfan terus membaca jadual COO syarikat B2B Corp untuk hari ini. Siapa lagi pengarah operasi dekat company ini selain Ryan Fahrin. Walaupun baru menjangkau umur 30 tahun, dia berjaya sandang jawatan besar sebegitu. Woahh!

Tak, tak payah nak acah kagum sangat la. Dah nama pun family business, faham-faham je la sistem monarki yang kalis itu.

"Macam biasa, pancake ni tak pernah menghampakan!"

Irfan dah menjulingkan mata. "Bos, ada banyak lagi benda lain bos boleh makan dekat dunia ni, lempeng juga yang bos gilakan? Seriuslah? Taste bud bos mati ke apa?"

"Sedap sangat la Pan. Elak diorang letak dadah je dalam pancake ni, buat aku ketagih,"

"Haishh! Ada pula cakap macam tu! Perempuan yang masak pancake ni kemain lawo, manis dan ayu bak bidadari. Takkan la dia nak buat macam tu,"

Fahrin ketawa kecil. "Aikk, Pan! Bunyi macam orang jatuh cinta je,"

"Jatuh cinta, jatuh jugak bos! Tapi ego lelaki kena jaga,"

"Haihh, bawak-bawak la kahwin, Pan. Kerja stabil, duit cukup, tapi tak kahwin lagi,"

Bukannya takde rupa setiausahanya ini. Cuma Fahrin taknak la mengaku. I mean, lelaki mana puji lelaki lain kacak?

Ego kena jaga, beb!

"Bos, tak payah cakap dengan cerminlah!" Jarinya dipetik dihadapan muka Encik Ryan Fahrin itu. Biar sedar diri sikit.

"Bos tu yang kena kahwin tau. Saya muda setahun daripada bos. Saya ni dah penat dengar orang duk skandalkan kita, bos. Tolooooong la kahwin!"

Okey, kali ini Fahrin ketawa besar. Tak pasal dia kena skandal gay. Masalah betul!

"Tak pun bos cari la secretary perempuan lain kali. Paling-paling pun kena gosip dengan perempuan. Takde la tak pasal-pasal bos dapat boyfriend,"

"Betul jugak cakap kau?" Fahrin mengetuk jari telunjuknya ke dagu gaya berfikir.

"Tapi sebelum cari secretary perempuan, aku kena pecat kau dulu la,"

Rahang Irfan dah tercicir di lantai bila mendengar kata-kata Encik Ryan a.k.a. bos kesayangan. Sekali kena smash balik.

"Takpe, lepas ni kau boleh mula taip surat. You know, job terakhir kau sebelum kena pecat ialah taip surat pemecatan sendiri. Sounds great, isn't it?"

"Bos!!" Irfan dah rasa nak mengaruk. Ada makan pili bomba bos aku ni kang!


《《《♡》》》

Aku mohon semua orang bertabah dengan kehambaran cerita ni. Ahahaha baru nak warm up. Choyy!

Aku sendiri pun macam belum ada emotional attachment lagi dengan watak Fahrin dan Rose ni. Masih takleh move on daripada Emilin dan Nazreen sebab macam nak buat sekuel la hahhahaahahha~~

Papepun, thanks sebab gigih baca second chapter ni. Aku tak paksa eh! *tayang AK-17* Serius tak paksa *keluarkan dynamite*

Ok babi. Eh, sorry! Babai.

Typo can be lehnet.

Honey ✔Where stories live. Discover now