#17 - Aftermath

41.4K 1.4K 82
                                    

Wafa menekan butang loceng itu berkali-kali. Sebal pula dengan Rose ni! Nak kata tiada di rumah, ada je kereta dia dekat bawah.

Krekk!

"Ya Allah, Rose! Kau kenapa?!"

Wafa terus menyambut tubuh Rose yang sudah mahu melorot ke lantai. Rambut panjang sahabatnya dikuak ke belakang, menampakkan wajah yang jelas punyai kesan air mata.

Terkejut sakan Wafa apabila dapat melihat dengan jelas beberapa love bite di sekitar leher Rose. Terkejutnya berlipat ganda apabila dia baru perasan yang rumah Rose macam baru dilanda taufan Katrina.

Cermin pecah, pasu bersepai, stand lamp patah.

"Rose, kau kenapa ni? Kenapa sampai macam ni?"

"Aku ni kotor, Fa. Aku dah kotor," ujarnya perlahan tak beremosi.

Wafa memegang kuat kedua-dua belah bahu Rose. Tubuh yang lemah itu digoncang kuat.

"Apa maksud kau? Siapa yang buat kau macam ni? Fahrin?!"

Rose menggigit bibirnya, cuba menahan esak. Gagal. Air matanya jatuh juga. "Aku tak layak untuk Rain. Dani... dia adik Darius. Dia buat semua ni sebab nak balas dendam dekat aku,"

"Adik Darius?!" Membulat mata Wafa mendapat maklumat baru itu. "Wait, dia balas dendam sebab apa? Mamat psiko tu yang huru-harakan hidup kau kut!"

Rose tunduk merenung lantai. Air matanya diraup. "Dia kata... sebab aku, Darius mati. Kenapa dia tak bunuh je aku, Wafa?! Kenapa?!!"

"Rose... astaghfirullah, mengucap Rose!"

"He drugged me, Fa. Aku tak boleh kawal diri aku... aku.. aku jijik dengan diri sendiri! Kenapa Allah uji aku macam ni, Fa? Aku tak sanggup... semuanya berat sangat..."

Terhinjut-hinjut bahu Rose kerana esakan yang kuat. Wajahnya ditekup dengan tapak tangan. Sungguh, dia rasa begitu lemah dengan dugaan seperti ini.

"I'll make you suffer, Rose. I'll make sure that your pretty little tummy will carry my baby,"

"Kalau aku mengandung, macam mana?"

Wafa menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri sendiri. Sejujurnya, dia pun buntu.

"Okey, sekarang ni kau nak buat report polis ke tak?"

Rose ketawa sinis. "Report polis? He didn't rape me. Technically, I'm the one who came and submit myself to him,"

"Okey... kalau macam tu, kita kena pergi hospital. Cuci. Just to avoid the possibility,"

Gadis itu mengangguk lemah. Hanya mengiyakan cadangan Wafa. Akan tetapi, mendung di wajahnya masih tak beralih.

"R..Rain boleh ke terima aku?" Perlahan Rose menyoal. Takut.

"Ingat Rose, no matter what, aku sentiasa ada untuk kau," tangan Rose digenggam kemas. "Tapi, aku rasa lebih baik kau teruskan je wedding korang. Kesian dekat keluarga Fahrin kalau tiba-tiba cancel,"

"And deal everything after the wedding?"

"Ceritakan dekat Fahrin apa yang jadi. Every single detail. Kau tahu kau tak bersalah, kan?"

Telefon bimbit yang berbunyi di atas meja kopi itu menganggu perbualan mereka. Wafa bangun mengambilkan telefon tersebut untuk Rose. "Fahrin,"

Dengan tangan yang terketar, Rose menjawab panggilan tersebut. "Hello,"

"Honey! Rindu I tak?"

"Rindu..." bibirnya digigit kuat menahan sebak.

"You okey tak ni? Are you crying, hun?"

Risau Fahrin apabila mendengar suara tunangnya yang bergetar itu. Persis seperti orang sedang menangis.

"I'm okey. Period pain je,"

"Okey... I call ni sebenarnya nak bagi tahu, mummy tak bagi I balik rumah. Dia takut kita dating. You know all those rules kata bakal pengantin tak boleh jumpa takut hilang seri la semua tu kan, so, sorry honey,"

"It's okay," entah kenapa, Rose rasa lega kerana tidak perlu berhadapan dengan Fahrin buat masa ini.

Dia perlukan ruang untuk adapt dengan masalahnya.

"One more thing, balik dari kampung tadi I terus pergi rumah Dani. I tengah on the way nak hantar dia pergi airport ni. Dia dapat short notice untuk job dekat Dubai. Dani kata sorry tak sempat jumpa you. Do you want to talk to him?"

"No!" Laju Rose menjawab. Spontan. "N-No, I mean... I'm not feeling well, Rain. I letak dulu eh?"

Fahrin mengangguk walaupun dia tahu Rose tidak dapat melihat. Spontan.

"Okey. Take care, honey. I love you, can't wait for the day!!"

"I love you too, sayang."

Setelah Rose mematikan panggilan, Fahrin turut mencabut earpiece di telinganya.

Dani di seat penumpang dipandang sekilas. "Sorry, Dann. Rose tak sihat pula hari ni. Tak larat nak cakap lama-lama,"

"It's okay. Selamat pengantin baru, Ryan. In advance wish,"

Fahrin ketawa mendengar kata-kata Dani. Tiba-tiba rasa sedih pula kawan baiknya tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya.

Dani pula tak mampu menahan senyum ketika pandangannya dilontar ke luar tingkap. Selamat pengantin baru yang aku dah rasmikan, Ryan.

Honey ✔Where stories live. Discover now