#11 - Sailang ke?

45.7K 2K 50
                                    

"Morning, Rose!"

"Morning, Ipan!"

"Hak alah, hari-hari menghadap muka kau!"

Rutin pagi itu seperti biasa. Irfan datang tapau sarapan untuk bos tak berkaki itu yakni Ryan Fahrin, lepas tu dia dengan Wafa bertekak sampai subuh.

Okey itu hiperbola.

Rose termenung memandang ke luar kafe. Hujan lebat pagi itu dan Irfan pun sudah kembali ke pejabatnya.

Sejak kejadian hari tu, dia jadi kekok dengan Fahrin. Seboleh-bolehnya dia cuba melarikan diri dari lelaki itu. Kalau terserempak pun dia buat tak tahu je dan terus berhambus. Rose tak tahu macam mana nak react.

Setiap kali berdepan dengan Fahrin, mesti pipinya akan panas sendiri teringatkan aksi mereka.

"Knock! Knock!"

Gadis itu mengangkat muka, memandang orang yang menegur. Automatik senyumannya mekar. "Who's there?"

"Pretty's here!"

"Pretty who?"

"Pretty lady lost in thought, termenung tengok hujan,"

Tawa gadis manis itu nyata membuatkan hati Dani berbunga. Kerusi di hadapan Rose ditarik untuk duduk.

Ceh, padahal lame gila kut lawak knock-knock tu. #teamRain

"Yes Dani, what would you like to eat?"

"Bagi I cappucino dengan blueberry muffin dua,"

Dengan senyuman manis Rose menyediakan pesanan itu. Tanpa dapat ditahan, setiap langkah gadis itu diperhatikan Dani.

Setelah siap, dengan berhati-hati Rose menatang tray ke meja yang diduduki Dani. Ye la, tak nak pisang berbuah dua kali. Kang kejap lagi ada Dani pula mandi kopi.

"Rose," panggil Dani ketika gadis itu sudah berpaling mahu meninggalkan mejanya.

"Yes?"

"Temankan I makan. Please?"

Dengan senyuman nipis Rose melabuhkan duduk pada kerusi yang dihuninya mula-mula tadi.

Lelaki itu pula tersenyum senang. Ye la, ingat tak seronok ke ada perempuan cantik teman kau makan?

Semenjak pertemuan mereka di kelab dahulu, Dani dan Rose sudah semakin rapat. Setiap kali ada peluang, pasti lelaki itu singgah ke Sweet Tooth Café and Bakery.

"Rose, I just want to ask. You dengan Ryan together ke?"

Terangkat kening Rose mendengar soalan itu. "I'm sorry, Ryan?"

"Ryan. Ryan Fahrin,"

"Ohh..." Rose ketawa kecil. "Rain? Takde la, we're just... neighbours,"

"Tipulah. Ryan tak pernah ada steady tau. Semua girls yang dia kenalkan dekat I dengan Shuk semua flings je. Tapi dengan you, takde angin takde ribut tiba-tiba dia cakap korang together,"

Rose ketawa sambil menolak rambutnya ke belakang telinga. Gesture simple seperti itu pun mampu menarik perhatian Dani.

She's really pretty and innocent.

"I've told you guys, dia yang mabuk sebenarnya kan? Alah, Dann, benda dah sebulan lepas. Cerita dah basi,"

"Pandai la you! So, kalau you dengan Ryan takde apa-apa, I ni tak kira sailang sesiapa la?"

"Maksud you?"

Dani mencapai tangan Rose di atas meja. Dikucup lembut jemari halus itu.

"Dani..."

Honey ✔Where stories live. Discover now