#40 - Penat

49.1K 2.4K 70
                                    

Fahrin menepuk lembut punggung Reza yang sedang tidur itu. Sesekali dia tunduk mengucup pipi gebu anaknya.

Comel macam mama.

Cepat sahaja masa berlalu, sedar tak sedar dah tiga bulan usia Reza. Dah pandai meniarap pun.

Tetapi setiap kali pandangan Fahrin jatuh pada Rose yang masih terlantar koma di katil hospital, dia rasa macam masa tak pernah berlalu. Honey...

"Ryan," Fahrin menoleh pada pintu yang terbuka. Puan Sri Syazwani masuk ke dalam bilik anaknya.

"Reza dah tidur?"

"Dah, mummy."

Wanita itu melabuhkan punggung di sisi katil. Rambut Reza diusap lembut sebelum sebuah ciuman dihadiahkan pada pipi cucu kesayangannya.

"Rasa macam baru semalam mummy dodoikan Ryan, hari ni Ryan dah dodoikan anak sendiri,"

Fahrin ketawa kecil. "Ryan dah besar la, mummy."

"Mummy tahu,"

Sunyi mengisi ruang di antara mereka. Hanya sesekali bunyi deruan pendingin hawa mencelah sepi.

"Mummy,"

"Ya, sayang?"

"Mummy rasa bila Rose nak bangun?" Matanya berkaca memandang Reza. Bila mama nak bangun, kan?

Wanita itu menahan sebak memandang anak tunggalnya. Kasihan melihat Fahrin yang kelihatan begitu tertekan.

Siapa yang tak depressed bila terpisah dengan orang tersayang? Walaupun jasadnya dekat, namun jiwanya begitu jauh.

Bahu Fahrin ditepuk lembut. "Sabarlah sayang. When she's ready, she'll wake up in no time."

Fahrin memejamkan mata, cuba memendam rasa perit. Namun setitis air mata jatuh menjadi bukti betapa rapuhnya hati.

"Rose macam bidadari dalam hidup Ryan, mum. Betul, starting point kitorang ni teruk. Kenal pun dekat pub. Honestly, mum, I was attracted to her for her beauty je masa tu. You know me, mum. I didn't deal with romance back then.

"Tapi bila tengok mata dia, her big brown orbs was like... screaming love for me. She was definitely falling for me, cuma dia je played hard to get," Fahrin tertawa kecil mengimbas kembali kenangan mereka.

Tak banyak yang indah tapi yang indah itulah yang paling manis.

"So I decided to fall together. I fell for her charms. But who knows that I'd fall this hard? Too hard that I can't get up anymore,"

"Ryan, sabar nak,"

Fahrin menggeleng. Air matanya luruh. Lantaklah orang nak kata dia pondan sebab menangis, lantaklah orang nak kata lembik mengadu dekat mak.

Dia penat.

Fahrin terasa tubuhnya dipeluk si ibu lalu dia membiarkan. Dia dapat dengar kata-kata semangat dan pujukan mummy namun dia tak mampu bereaksi.

"Doa banyak-banyak, minta pada Allah, nak. Jangan putus asa. Inshaallah, Rose akan bangun. Percayalah cakap mummy,"

"Kalau dia bangun dan dia benci Ryan macam mana, mum? You know what had happened right? I hurt her so badly,"

"She won't, inshaallah. If you think you have fallen hard, Rose must have fallen harder,"

*musibat english bersepah. saje nak cakap, i tak main wicet ehh kehkehkeh*

~~~>>.<<~~~


"Assalamualaikum, honey."

Sebuah kucupan dihadiahkan pada dahi Rose sebelum dia duduk di atas kerusi plastik yang telah disediakan. Reza di dalam dukungannya didudukkan di atas riba.

 Reza di dalam dukungannya didudukkan di atas riba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*yusof iskandar as reza farhan yg gomok hahahha*

Tangan Rose digenggam erat. "Honey, I bawa Reza,"

Hanya bunyi heart monitor menyahut kata-kata Fahrin. Sejenak lelaki itu tersenyum pahit.

"It's okay. I faham, you penat,"

Tangan Reza ditarik dan diletak dalam genggaman Rose. Seperti memahami, bayi itu lantas meletakkan kepalanya pada lengan ibunya yang masih tidak sedarkan diri.

Bergenang air mata Fahrin melihat aksi kecil itu.

"Reza rindu mama eh? Papa pun rindu mama." Kucupannya singgah di ubun-ubun anaknya.

"Mama penat tu. Nanti kalau mama dah bangun, bolehlah Reza main dengan mama, manja-manja dengan mama. Sekarang sayang papa ni manja-manja dengan papa je dulu, okey?"

Bayi berusia tiga bulan itu hanya diam sambil sesekali menderam manja dan menyembamkan muka montelnya pada lengan Rose. Tersenyum kecil Fahrin melihat keletah anaknya.

"Reza sayang, jom baca Yaasin untuk mama,"

Dia cuba menarik Reza supaya duduk dengan betul di ribanya namun bayi itu menggenggam erat tangan ibunya. Berkali-kali Fahrin cuba meleraikan pautan anaknya namun gagal malah Reza semakin beriya cuba merapatkan dirinya dengan Rose.

Melihatkan katil yang menempatkan isterinya agak luas, Fahrin meletakkan Reza disisi Rose tetapi masih berhati-hati agar tidak mendekati mana-mana tiub dan wayar.

Cepat sahaja Reza meniarap di sisi Rose sambil memeluk lengan ibunya. Suara kecilnya sesekali keluar membebel dalam bahasa bayinya.

Fahrin tersenyum dengan mata yang berkaca.

"Reza jangan kacau mama tau. Duduk diam-diam,"

Bismillah dimulai dengan bibir yang terketar.







Wait!! Lupa nak cakap. Thanks utk 100k reads maigaddd!!! Heksaited aku menari kuda kepang sambil main caklempong bila baru perasan tu.

Aku cakap dengan abang aku, read banyak tapi vote sikit. Jap lagi dia boleh cakap apa?

"Nampak sangat cerita kau ni tak best. Sebab tu diorang tak vote."

Aww, sakit.

Honey ✔Where stories live. Discover now