#41 - Bangkit dan Sakit

59.8K 1.9K 142
                                    

Rose's POV

Aku rasa macam dah terlalu lama aku lena. Sudah terlalu banyak air mata aku tadah dari mereka yang selalu muncul hanya dengan suara.

Siapa mereka? Mengapa mereka menangis?

Kadang aku lelah. Aku ingin bangkit. Namun setiap kali aku mencuba, pasti ada sahaja yang menghalang.

Ternyata untuk bangkit itu sakit.

Suara yang hadir selalu bersilih ganti. Kadang seperti suara sepasang suami isteri yang sudah berusia, kadang seperti suara pasangan muda yang asyik bertekak. Yang perempuan tu selalu marah-marah suruh aku bangun.

"Rose, bangunlah! Aku tahu kau kuat! Kau tau tak sejak kau takde, regular customer semua bising cari lovely Rose diorang yang suka senyum pagi-pagi sambil serve. Weh, bangunlah!"

"Hmm, patutlah diorang cari Rose. Awak asyik marah-marah je. Dah takde penyeri dah kafe tu,"

"Eh, awak diam eh. Sibuk je menyampuk!"

Kalau aku mampu bangun, dah lama aku bangun.

Tapi suara yang paling selalu menemani aku ialah suara seorang lelaki. Husky. Tapi kenapa dia yang paling banyak menangis?

Dia selalu bercerita itu ini dengan aku, namun selalunya aku tak dengar isi percakapannya. Aku lebih senang memberi tumpuan pada suaranya.

Mesti dia kacak kan?

Bila dia bacakan ayat-ayat suci, sungguh aku rasa tersentuh. Aku nak bangun. Aku nak bangun untuk dia.

Dan apabila dia semakin kerap membawa seorang bayi bersamanya menyebabkan aku terlalu ingin bangun. Saat tangan aku terasa digenggam, pipi aku terasa dikucup, aku begitu ingin membuka mata, melihat bayi kecil itu.

Tapi aku tak mampu.

Saya minta maaf, saya dah cuba.

"Assalamualaikum, honey. How are you today?"

I'm fine. But it would be better if I can see you.

"Sorry, I tak bawa Reza hari ni sebab... hari ni hari special kita,"

Tangan aku terasa digenggam erat dan dikucup lembut. Ahh lelaki ini!

"Hari ni, genap setahun kita kahwin. I tahu, perkahwinan kita tak seindah mana, tapi itulah tarikh yang you sah jadi milik I. Walaupun I sia-siakan peluang tu," perlahan dia menyebut hujung ayat itu.

"Anyway, I bawa white tulips. Cantik! You nak bangun tak? Hmm honey?"

Nak! Nak sangat!

"I tak tahu you nak bangun atau tak. Mungkin you dah fed up menghadap I," dia ketawa kecil. Namun jelas hambar.

"Tapi I nak sangat tengok you bangun, hun. I terlalu rindu nak tengok mata bulat warna honey you tu. Dah lima bulan you tidur, sayang,"

Bahu aku terasa berat apabila dia menyembamkan wajahnya di situ. Lirih suaranya. "Please, honey. It's our first anniversary. I want to celebrate with you,"

Dan bahu aku terasa semakin basah.

Awak, tolonglah berhenti menangis! Okey, saya janji untuk cuba bangun tapi please, stop crying!


~~~>>.<<~~~

Fahrin tersentak apabila terasa tangannya yang menggenggam erat jemari Rose digenggam semula.

Namun dia tak mahu memberi harapan palsu pada diri sendiri. Dia tahu pesakit yang dalam koma memang akan sesekali menggerakkan sedikit badannya akibat tindak balas otot. Fahrin sudah banyak kali tertipu.

Tetapi apabila terasa pergerakan jemari Rose semakin aktif, Fahrin mengangkat kepalanya dari bahu Rose.

Mata cantik itu... terbuka!

"Honey... you dah sedar. Ya Allah, alhamdulillah!" Tubuh yang masih berbaring itu didakap. "I'm not hallucinating, right?!"

Wajah cantik itu dipandang. Namun pandangan Rose jelas kosong.

"Honey, what's wrong?" Pipi mulus itu diusap lembut. Risau melihat pandangan penuh keliru bidadarinya.

"Awak siapa?"

Heh! Tawa kecil meletus dari bibir Fahrin. "You gurau kan dengan I? I tahu you marah I but this is not funny, honey!"

"Siapa Hani? Awak siapa?" Suaranya masih lemah tetapi dia tetap mahu bersuara. Dia keliru! Siapa lelaki dihadapannya ini?!

Tetapi soalan yang lebih penting... siapa dirinya?

"Siapa saya?"

"Rose..."

Perlahan-lahan Fahrin cuba mendekati isterinya yang berbisik sendiri itu. Butang kecemasan di sisi katil ditekan berkali-kali.

"Siapa saya? Macam mana saya ada dekat sini?" Dia cuba bangkit dari katil namun sakit yang menyerang kepalanya menghalang.

"Kenapa saya dekat sini? Kenapa saya tak ingat apa-apa?!"

"Doktor!!"

Serentak itu beberapa orang jururawat dan doktor menyerbu masuk ke dalam bilik tersebut. Keadaan ini ternyata membuatkan Rose semakin kaget malah cuba mencabut segala tiub da jarum yang terlekat di tubuhnya.

Fahrin mahu mendapatkan Rose namun jerkahan wanita itu pantas sahaja mengahalang niatnya.

"Tolonglah, kenapa aku tak ingat apa-apa ni?! Korang ni siapa? Keluar!"

"Puan, bawa bertenang," ujar seorang doktor sambil mendekati Rose Amanda.

Namun sebaik sahaja dia merapati wanita itu, sebiji bantal melayang ke mukanya hasil balingan Rose. "Pergi!! Aku tak kenal korang! Aku tak kenal aku sendiri! Kenapa?!!"

Rose menjerit nyaring. Kepalanya dipukul dengan tangan berkali-kali, kecewa apabila gagal mengingati apa-apa.

Memorinya... kosong.

"Nurse, pegang pesakit,"

Tiga orang jururawat diperlukan untuk menahan Rose pada katilnya sementara doktor tersebut menyediakan picagari yang mengandungi sedative.

"Lepaslah! Kenapa aku tak ingat apa-apa? Siapa aku? Tolonglah!"

Sebaik sahaja disuntik doktor, pandangan Rose jatuh pada Fahrin di hujung katil. Sepasang mata beriris hitam itu bagai punyai aura familiar.

Itukan wajah pertama yang dia lihat sebaik sedar tadi?

"Awak, tolong saya..."

Melihatkan tangan Rose yang lurus menunjuk ke arahnya, segera dia mendekati bidadarinya itu. Pipi yang basah itu ditekup dengan tangannya sebelum jemari Rose turut menyulam sama.

"Honey, please calm down. You're going to be fine. I ada dengan you, I ada,"

"Kenapa saya tak ingat apa-apa? Siapa saya?"

Entah mengapa, Rose terasa matanya semakin layu dan sendinya semakin lemah. Dia penat.

"You're my honey," sebuah kucupan dihadiahkan pada dahi Rose.

"Nama saya Hani?"

Fahrin ketawa kecil melihat wajah keliru Rose Amanda. "No sayang, nama you, Rose. Rose Amanda. I je yang panggil you honey,"

Sedative yang disuntik betul-betul memberi kesan kepada Rose. Matanya semakin kuyu dan tutur katanya semakin tidak teratur.

"Nama aw...wakk?"

"Fahrin, sayang. Ryan Fahrin," sebuah lagi kucupan hinggap di hidung Rose.

Kalau boleh Fahrin memang ingin menghujani seluruh wajah Rose dengan kucupan. Dia terlalu rindu dengan si manis, Honey.

"Fa.. Rain..." ujar Rose sepatah sebelum matanya tertutup sepenuhnya.

Fahrin tersenyum manis sebelum mengucup bibir Rose sekilas.

Yes sayang, I'm your Rain. And you? You're my Honey.




Tamat.

Honey ✔Where stories live. Discover now