#12 - I Think I Love You

45.4K 2K 44
                                    

"I.. I need some time. Semua ni terlalu cepat,"

Fahrin menutup laptopnya. Perlukan masa? Ini dah lebih dua bulan masa diberikan buat Rose. Dalam masa dua bulan ni, boleh kira dengan jari berapa kali je dia berjumpa Rose, itupun terserempak dan gadis itu sudah cepat-cepat melarikan diri.

Dani pula, macam biasa je. Diorang takde pun buat drama bertumbuk berebut awek ataupun buat skrip sedih syahdu sanggup berkorban untuk persahabatan kejadah semua tu. Masing-masing buat macam takde apa-apa berlaku sebelum ni.

Jam dindingnya dikerling. Pukul 1 pagi? Perutnya yang berbunyi ditekan. Lapar~~

"Nak masak, malas. Mamaklah!"

Kunci kereta segera dicapai sebelum dia keluar. Apa, kau ingat orang kaya tak reti lepak mamak ke? Kalau ada lelaki bujang Malaysia yang tak pernah lepak mapley, kau tangankan je manusia tu.

Oh, kecuali kalau dia pandai dan rajin masaklah.

Bagaikan jodoh, Rain keluar dari rumahnya serentak dengan jiran sebelah rumah. Wajah Rose sedikit terkejut namun dia tidak berkata apa-apa.

"Honey... you nak pergi mana malam-malam ni?"

"Sibuklah!" Perlahan sahaja dia menjawab. Hoodie sweater itu ditarik menutupi kepalanya.

Berkerut dahi Fahrin memandang gadis itu. Dengan hanya menyarung seluar jeans dan sweater, nak ke mana gadis itu malam-malam ini?

Langkahnya diatur masuk je dalam lif seiring Rose. Okey, dia tak cuba mengelak dari Fahrin. "Hun, are you alright?"

"Hmm.."

Serasanya tadi dia nampak wajah Rose sangat pucat. Tubuh gadis itu diperhatikan dari belakang. Tangan yang kelihatan seperti menggigil itu Rose masukkan ke dalam poket sweaternya.

Menggigil?

"Honey!!"

Tubuh yang sudah hampir terjelopok itu ditarik ke dalam dakapannya. Gadis itu pula menggenggam erat kolar baju Fahrin dengan tangan yang terketar.

Wajahnya disembamkan pada dada Fahrin. Teresak-esak dia menangis, dah tak mampu nak tahan sakit ini.

"Honey, kenapa ni sayang?"

"Sakit, Rain... perut I sakit sangat,"

Segera tubuh kecil itu dicempung. Sebaik sahaja sampai ke lot parkir, Rose dibawa masuk ke dalam keretanya.

"You sakit perut kenapa ni? Food poisoning ke? Or you ada makan benda yang you allergic?"

"I tak tahu. Tiba-tiba sakit sangat. Rain... sakit...."

Fahrin mengucup kepala Rose yang masih teresak itu sebelum keretanya dipandu laju ke hospital. Sampai sahaja di hospital, Rose dikejarkan ke bilik kecemasan.

Setelah Fahrin selesai menguruskan pendaftaran Rose, seorang doktor wanita yang sedang hamil mendekatinya. "Assalamualaikum, encik, saya Doktor Wahi."

"Waalaikumussalam,"

"Encik ni ahli keluarga Cik Rose Amanda ke?"

Fahrin mengetap gigi. Apa nak goreng? "Nope. Tapi dia tak ada keluarga terdekat sekarang ni and I'm her future husband. I yang bawa dia datang tadi,"

"Kalau macam tu takpe. Saya cuma nak inform yang kami akan jalankan appendectomy iaitu pembedahan kecemasan pada pesakit untuk buang apendiks dia. Cik Rose Amanda dah sign surat kebenaran tadi, saya cuma maklumkan je la pada encik,"

"Maksud you, dia sakit perut tu sebab apendiks la?"

"Yes," Doktor Wahi mengangguk kecil. "Appendicitis. Baiklah encik, saya minta diri dahulu,"

Lama jugalah Fahrin menunggu hingga waktu sudah menginjak ke pagi. Ya tahu, pukul satu tadi tu secara teknikalnya pagi tapi ni pagi yang betul-betul pagi. Pagi yang matahari dah tersipu-sipu nak naik.

Setelah dimaklumkan bahawa Rose sudah dipindahkan ke wad rawatan, Fahrin segera masuk ke dalam bilik yang menempatkan gadis itu.

Wajah lenanya ternyata menggamit ketenangan Fahrin. Lembut pipi gebu itu dielus dengan jemari kasarnya sebelum sebuah kucupan dihadiahkan.

"Rain..."

Amboi kemain! Dah macam Snow White dah kena cium baru bangun.

"Honey, is it hurt?"

"Hmm..." Rose mengangguk perlahan.

Fahrin mengusap sayang rambut Rose sebelum dia bangun dan menuangkan air ke dalam cawan. Dengan penuh berhati-hati dia membantu Rose minum.

Setelah itu, tubuh gadis itu dibaringkan kembali dengan penuh lemah lembut. "Kenapa you tak cakap awal-awal yang you sakit, hmm? Nasib baik kebetulan I nak keluar, kalau tak?"

Rose menggigit bibir. Adoii, tak tahanlah bila Fahrin buat suara budiman serta lembut macam tu.

Fahrin menarik bibir bawah yang Rose gigit itu dengan ibu jarinya.

"Honey, please. You dah push me aside for god knows how long it is. I sanggup tunggu you, ambil berapa panjang masa yang you perlu but please, jangan avoid I like I'm some kind of plaque,"

"I'm sorry," berkaca matanya memandang Fahrin.

Entah kenapa dia terlalu sukar nak mempercayai Fahrin tapi dalam masa yang sama, dia pun turut berkongsi rasa itu. Dua bulan menghindarkan diri dari lelaki ini, dia sendiri jadi penasaran.

Rindu.

Tapi Fahrin... playboy.

"Honey, I love you so much. Yes, I tahu I jahat. I was a womanizer. But from the first time I've set my eyes on you, I tak pernah ada ada hubungan dengan perempuan lain. Not even a one night stand,"

Kedua-dua belah pipi Rose dipegang. "Please, honey. Give me a chance,"

Anak mata hitam itu diamati. Dia nampak kejujuran, tetapi takut hanya gurauan macam dulu.

"That was real but I was not sure yet but this time, the feeling is stronger. I love you, hun," dahi mereka dirapatkan.

"I- I think I love you too,"

Fahrin tersenyum senget. "Don't worry, tak lama takkan ada lagi 'you think'. It will be you're definitely falling hard for me,"

Lebar senyumannya. Hujung hidung Rose dikucup lembut.

Honey ✔Where stories live. Discover now