#14 - YOU ARE MINE

51.4K 1.7K 103
                                    

"W- Wow! Congrats, then!"

Dani cuba untuk menarik senyum tapi jelas gagal. Dia benci apa yang dia dengar. Dia cukup benci!

"Kau... okey kan? I mean, pasal aku dengan Rose. We're still bros right?"

"Nahh, I'm fine!"

Fine. Fine sangat!

"Woahh woahh! What am I missing here? Apa kaitan Rose dengan kita as bros?" Syed Shukri mencelah tiba-tiba. Iyalah, dah datang lambat, lepas tu nak menyampuk pula.

Fahrin tumbuk bahu Syed Shukri. Ala, tumbuk manja je. "Tu la kau, sibuk sangat terkejar-kejarkan Emilin tu sampai tak tahu isu kitorang. Tapi takde apalah, benda dah settle. Kan, Dann?"

Dani masih tayang senyum plastik sambil mengangguk. Ya, dah settle.

"Guys, jangan sebut lagi pasal Emi boleh?"

"Apasal? Dia dah balik dengan laki dia? Kata nak payback!" ujar Fahrin sambil ketawa. Wajah mendung Syed Shukri langsung tak dihiraukan.

Bukan dia tak tahu kemain tercalar ego si Shuk ni bila wanita itu menyebabkan namanya dibuang dari team projek mega syarikat mereka.

"Emi... dia..." lelaki itu mengetap bibir. Lama. Riak wajahnya jelas sebak.

"Weh Shuk, jangan nangis dekat sini!"

Syed Shukri menggeleng menidakkan kata-kata Dani. Dia lelaki kut, takkan nak menangis dekat dalam Starbuck ni. Cuma rasa sebak tu tak boleh tahan.

Pertama kali dia jatuh cinta. Dan dia hancurkan hidup perempuan itu.

"Emilin dah meninggal," perlahan dia menyebut tetapi cukup jelas di telinga Fahrin dan Dani. Masing-masing tergamam.

"Maksud kau? Kenapa-"

"Semua salah aku. Aku tak tahu dia ada kanser. Aku hancurkan rumah tangga dia. Dia perempuan pertama yang aku suka, aku sayang, tapi aku yang buat dia mati dalam kesedihan. Aku bunuh dia dengan cinta aku, obsession aku,"

Syed Shukri meraup rambutnya. Matanya jelas hilang sinar. "Aku rasa aku memang tak layak untuk jatuh cinta,"

Sepi kembali mengisi ruang.

Dani dan Fahrin masing-masing termangu mendengar luahan Syed Shukri. Mereka tidak pernah mengalami cerita cinta setragis ini.

Ternyata bertepuk sebelah tangan itu menyakitkan. Tetapi membunuh cinta tak berbalas itu lebih memeritkan. Lalu rasa bersalah membunuh cinta itu yang memakan diri.

"Macam ni la Shuk. Aku nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab antara kita bertiga, kau yang pertama attached teruk macam ni. Kau lupakan je la apa yang dah jadi. Bukan salah kau dia mati, dah memang dia sakit. Nak buat macam mana?"

"Entah. Aku nak kahwin pun tak senang tengok muka penyek kau ni," sambung Fahrin, menyokong kata-kata Dani tadi.

Pantas Syed Shukri mengangkat muka. "Siapa nak kahwin?"

"Aku la!" Fahrin mengangkat kening. Senyumannya masih berbunga-bunga.

Seronok sangat la tu dapat bunga idaman.

"Seriously? Hmm... untunglahhh..." Syed Shukri menepuk bahu Fahrin. "Jaga la dia baik-baik. You're one lucky bitch!"

"Shut up, manwhore!"

Senyum fake Dani masih belum hilang. Dia sama-sama ketawa dengan dua kawan baiknya tapi dalam dada, hatinya membara.

Rose, Rose, you ingat you boleh lari dari I?

YOU. ARE. MINE.










Sorry pendek 😭😭😭

Bab ni pehal la pasak Em pulak kan? Hahahha. Kesian la Shuk asyik kena bash je kan.

Penat.

Saje nak cakap, aku tak suka minggu orientasi. Tapi nasib baiklah orientasinya takde lari-lari bawak barang amanah kejadah kan.

Penat ahh jawab paper english dgn arab tadi. Choyy, padahal kertas arab kosong tak berjawab 😂😂

#biliktingkatlima
#roadtokurus

Honey ✔Where stories live. Discover now